Wednesday, June 13, 2012

BOLA SEPAK DAN PERGADUHAN TIDAK DAPAT DIPISAHKAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Masih demam Euro 2012 lagi? Harap tiadalah yang ponteng kerja kerana terlalu asyik menonton Euro 2012 ni. Iyalah, kerjakan lebih utama berbanding Euro 2012.

Euro 2012 Official Ball

Berbalik kepada tajuk di atas berkenaan bola sepak dan pergaduhan tidak dapat dipisahkan. Lihat saja berita sukan hari ini, bukan yang pemain bergaduh, tetapi penyokong kedua-dua pihak Poland dan Russia pula yang bergaduh sebelum perlawanan diadakan. Ini disebabkan provokasi melampau di kedua-dua pihak sehingga mencetuskan kemarahan seterusnya berlakunya pergaduhan. Dilaporkan lebih 100 orang ditangkap. Erm.. Siapa yang rugi, mereka dan keluarga mereka juga kerana telah menghabiskan wang untuk membeli tiket tetapi tidak dapat menonton akibat ditangkap.

Sekiranya nak diceritakan pasal pergaduhan bola sepak ini, ia tidak tertumpu hanya kepada pergaduhan antara penyokong. Pergaduhan boleh tercetus antara pemain dengan pemain, pemain dengan pengadil, penyokong dengan pemain, penyokong dengan pengadil dan sebagainya.

Begitu juga dengan tahap perlawanannya, pergaduhan bola sepak ini tidak terhad kepada perlawanan peringkat negeri, negara dan antarabangsa malahan ianya berlaku di dalam perlawanan antara peringkat sekolah rendah lagi.

Sebagai contoh yang terdekat bagi saya, sewaktu perlawanan bola sepak MSSM Melaka bawah 12 tahun tempoh hari, ada seorang penonton telah memukul pengadil semasa perlawanan dijalankan akibat tidak berpuas hati dengan segala keputusan pengadil yang tidak memihak kepada pasukan sekolah yang di sokong. Pengajaran dari peristiwa tersebut, pada perlawanan akhir pada keesokan harinya, pihak penganjur telah meletakkan tali kecemasan untuk memisahkan para penyokong dan padang serta menempatkan 2 orang anggota polis untuk mengawal situasi yang mungkin tidak dijangka.

Pengalaman saya di sekolah menengah pula, bergaduh dalam perlawanan bola sepak sudah jadi macam biasa. Lebih-lebih lagi apabila masing-masing bertemu dengan musuh tradisi. Nak dijadikan cerita, sekolah menengah tempat saya belajar dulu merupakan kuasa bola sepak jugalah. Selalu juga juara. Namun, pergaduhan antara pemain dengan pemain dan antara penyokong dengan penyokong juga berlaku. Bukan sekadar pergaduhan melibatkan jiwa, malahan habis bas-bas sekolah pecah cerminnya akibat dibaling batu. Dahulu, sekolah saya itu telah digamkan supaya tidak boleh menganjurkan perlawanan bola sepak di padang sendiri selama beberapa tahun. Mujurlah saya ini bukanlah orang yang suka bergaduh, kalau ada pergaduhan saya akan cuba mengelak dari terjerumus.

Dulu saya juga pernah menonton perlawanan ragbi jemputan antarabangsa. Seperti yang kita ketahui, ragbi merupakan permainan fizikal di mana kekerasan kerap berlaku, namun apa yang agak pelik apabila jarang berlaku pergaduhan walaupun ternyata permainan itu lebih keras berbanding bola sepak.

Tidak hairanlah apabila pihak FIFA sering mempromosikan perkara-perkara seperti FAIR PLAY, RESPECT dan SAY NO TO RACISM bagi memastikan setiap perlawanan bola sepak berjalan lancar tanpa ada pergaduhan dan persengketaan. 

My games is fair play. Your Games?

Akhir kata, kita bersukan untuk menyihatkan tubuh badan bukan untuk membinasakan badan, oleh itu, elakkan dari berlaku pergaduhan. Sekiranya ada unsur-unsur yang mahu mencetuskan pergaduhan, cubalah elak dengan sedaya upaya. Ingat, kita mampu mengubahnya. :)

# 22 WORDLESS (HARIMAU MALAYA MEMBARA)

Tuesday, June 12, 2012

KENA BELI KERETA DULU BARU DAPAT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Botol air daripada Perodua. Inilah yang saya maksudkan "kena beli kereta dulu baru dapat". Dahulu saya memang ada sebiji kereta Perodua Kancil. Lepas kahwin, saya ada membeli sebuah lagi kereta buatan Toyota. Kereta Kancil lama saya beri pada abang dan dia sambung bayar.

Kebetulan abang saya masa tu adalah seorang Jurujual Perodua, jadi dia berilah pada saya botol air Perodua... Hahaha.. Sepatutnya dia berilah RM1K ke, RM2K ke? Ini tidak, botol air Perodua yang dia beri. Kelakau.. Kelakau.. Tapi tak mengapalah, saya memang sudah beritahu dia, kalau ada duit barulah beri.

Erm.. Menarik juga botol air Perodua ni. Merah Maroon lagi. Persilalah masuk ke dalam almari...


Simple dan ringkas.. :)


Perodua.. Lambang ke'mahal'an botol air ini.


Tak boleh bayar niat di dalam lubang ini ye... 


Buka dan teguk