Wednesday, June 13, 2012
Tuesday, June 12, 2012
KENA BELI KERETA DULU BARU DAPAT
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Botol air daripada Perodua. Inilah yang saya maksudkan "kena beli kereta dulu baru dapat". Dahulu saya memang ada sebiji kereta Perodua Kancil. Lepas kahwin, saya ada membeli sebuah lagi kereta buatan Toyota. Kereta Kancil lama saya beri pada abang dan dia sambung bayar.
Kebetulan abang saya masa tu adalah seorang Jurujual Perodua, jadi dia berilah pada saya botol air Perodua... Hahaha.. Sepatutnya dia berilah RM1K ke, RM2K ke? Ini tidak, botol air Perodua yang dia beri. Kelakau.. Kelakau.. Tapi tak mengapalah, saya memang sudah beritahu dia, kalau ada duit barulah beri.
Kebetulan abang saya masa tu adalah seorang Jurujual Perodua, jadi dia berilah pada saya botol air Perodua... Hahaha.. Sepatutnya dia berilah RM1K ke, RM2K ke? Ini tidak, botol air Perodua yang dia beri. Kelakau.. Kelakau.. Tapi tak mengapalah, saya memang sudah beritahu dia, kalau ada duit barulah beri.
Erm.. Menarik juga botol air Perodua ni. Merah Maroon lagi. Persilalah masuk ke dalam almari...
Simple dan ringkas.. :)
Perodua.. Lambang ke'mahal'an botol air ini.
Tak boleh bayar niat di dalam lubang ini ye...
Buka dan teguk
BERMANJA DAN BERMESRA DI TAMAN BUNGA
Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Saya bercuti 3 hari mulai semalam. Saja mahu rehatkan badan. Sudah lama tidak bercuti. Saya bercuti pun tidak pergi ke mana, hanya duduk di rumah sahaja. Kebetulan isteri saya pun bercuti kerana hendak menunggu kelahiran bayi kedua kami.
Pagi tadi, saya menghantar anak ke Taska. Selepas menghantar anak, saya singgah ke Taman Seribu Bunga di Ayer Keroh, Melaka. Niat di hati hendak berjoging, saya sudah siap berkasut sukan. Tetapi, saya leka mengambil gambar bunga-bungaan di taman itu. Walau tidak berjoging, berpeluhlah juga kerana meronda sekitar taman tersebut yang luas menghijau dan berwarna-warni dengan bunga-bungaan.
Sekiranya datang melawat ke Melaka, jangan lupa bertandang ke sini. Masuk percuma. Bagus untuk menghirup udara segar dan menikmati pemandangan hijau dan bunga-bungaan yang berwarna-warni.
Subscribe to:
Posts (Atom)