Tuesday, June 12, 2012

KENA BELI KERETA DULU BARU DAPAT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Botol air daripada Perodua. Inilah yang saya maksudkan "kena beli kereta dulu baru dapat". Dahulu saya memang ada sebiji kereta Perodua Kancil. Lepas kahwin, saya ada membeli sebuah lagi kereta buatan Toyota. Kereta Kancil lama saya beri pada abang dan dia sambung bayar.

Kebetulan abang saya masa tu adalah seorang Jurujual Perodua, jadi dia berilah pada saya botol air Perodua... Hahaha.. Sepatutnya dia berilah RM1K ke, RM2K ke? Ini tidak, botol air Perodua yang dia beri. Kelakau.. Kelakau.. Tapi tak mengapalah, saya memang sudah beritahu dia, kalau ada duit barulah beri.

Erm.. Menarik juga botol air Perodua ni. Merah Maroon lagi. Persilalah masuk ke dalam almari...


Simple dan ringkas.. :)


Perodua.. Lambang ke'mahal'an botol air ini.


Tak boleh bayar niat di dalam lubang ini ye... 


Buka dan teguk

BERMANJA DAN BERMESRA DI TAMAN BUNGA

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Saya bercuti 3 hari mulai semalam. Saja mahu rehatkan badan. Sudah lama tidak bercuti. Saya bercuti pun tidak pergi ke mana, hanya duduk di rumah sahaja. Kebetulan isteri saya pun bercuti kerana hendak menunggu kelahiran bayi kedua kami.

Pagi tadi, saya menghantar anak ke Taska. Selepas menghantar anak, saya singgah ke Taman Seribu Bunga di Ayer Keroh, Melaka. Niat di hati hendak berjoging, saya sudah siap berkasut sukan. Tetapi, saya leka mengambil gambar bunga-bungaan di taman itu. Walau tidak berjoging, berpeluhlah juga kerana meronda sekitar taman tersebut yang luas menghijau dan berwarna-warni dengan bunga-bungaan.



















Sekiranya datang melawat ke Melaka, jangan lupa bertandang ke sini. Masuk percuma. Bagus untuk menghirup udara segar dan menikmati pemandangan hijau dan bunga-bungaan yang berwarna-warni.

KATA SPONTAN NO. 14 : BENDA BULAT-BULAT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada hari Sabtu yang lepas (9 Jun 2011), jabatan saya ada buat Heritage Explorace 2012 di mana saya adalah pembuat soalannya. Ada satu soalan bonus berbunyi begini :

"BULAT-BULAT. AMAT BERMAKNA BUAT NEGERI INI"

Dalam kebanyakkan peserta yang menyertai pertandingan itu rata-rata membawa buah Melaka sebagai jawapannya. Ya, memang buah Melaka yang pihak saya kehendaki. Namun, ada dua kumpulan membawa belacan sebagai jawapannya. Nak ketawa pun ada. Tapi, ermm.. Walaupun ia agak benar dan ada persamaan namun ia tidak diterima sebagai jawapan.

Ps : Namanya pun pertandingan mencari harta karun, oleh itu, soalannya pun mengelirukanlah :)

Kalau anda dapat soalan macam tu, anda jawab apa?