Tuesday, June 12, 2012

BERMANJA DAN BERMESRA DI TAMAN BUNGA

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Saya bercuti 3 hari mulai semalam. Saja mahu rehatkan badan. Sudah lama tidak bercuti. Saya bercuti pun tidak pergi ke mana, hanya duduk di rumah sahaja. Kebetulan isteri saya pun bercuti kerana hendak menunggu kelahiran bayi kedua kami.

Pagi tadi, saya menghantar anak ke Taska. Selepas menghantar anak, saya singgah ke Taman Seribu Bunga di Ayer Keroh, Melaka. Niat di hati hendak berjoging, saya sudah siap berkasut sukan. Tetapi, saya leka mengambil gambar bunga-bungaan di taman itu. Walau tidak berjoging, berpeluhlah juga kerana meronda sekitar taman tersebut yang luas menghijau dan berwarna-warni dengan bunga-bungaan.



















Sekiranya datang melawat ke Melaka, jangan lupa bertandang ke sini. Masuk percuma. Bagus untuk menghirup udara segar dan menikmati pemandangan hijau dan bunga-bungaan yang berwarna-warni.

KATA SPONTAN NO. 14 : BENDA BULAT-BULAT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada hari Sabtu yang lepas (9 Jun 2011), jabatan saya ada buat Heritage Explorace 2012 di mana saya adalah pembuat soalannya. Ada satu soalan bonus berbunyi begini :

"BULAT-BULAT. AMAT BERMAKNA BUAT NEGERI INI"

Dalam kebanyakkan peserta yang menyertai pertandingan itu rata-rata membawa buah Melaka sebagai jawapannya. Ya, memang buah Melaka yang pihak saya kehendaki. Namun, ada dua kumpulan membawa belacan sebagai jawapannya. Nak ketawa pun ada. Tapi, ermm.. Walaupun ia agak benar dan ada persamaan namun ia tidak diterima sebagai jawapan.

Ps : Namanya pun pertandingan mencari harta karun, oleh itu, soalannya pun mengelirukanlah :)

Kalau anda dapat soalan macam tu, anda jawab apa? 

Monday, June 11, 2012

CAWAN KERTAS EPISOD (2)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Cawan kertas Episod (2)? Hehe, siap berepisod lagi tu. Bagi sesiapa yang terlepas episod permulaan, boleh klik pada link ini ---> Main Kumpul-Kumpul Cawan Kertas.

Sudah menjadi hobi terbaru saya dalam bidang kumpul-mengumpul ini dan saya akan pastikan untuk dapatb mengumpul sebanyak mungkin cawan-cawan kertas yang terdapat di pasaran. Bukan beli ye, tapi percuma.

Pada kali ini saya ingin menunjukan 4 jenis cawan kertas terbaru yang saya dapat iaitu cawan kertas Milo Baharu, Segala Yang Indari dari Nescafe, Sunquick dan Ais Krim Nestle.

Macam biasa, tidak mahu cerita panjang, layan sajalah koleksi cawan kertas terbaru saya ini.. :)

Milo, Nescafe, Sunquick dan Nestle

Terbaik dari ladang pasaraya

Milo (3), Nescafe (10), Sunquick dan Nestle (2)
Ps : Cawan kertas Nescafe adalah pemberian daripada isteri tercinta. Dia memahami hobi suami dia ni. Dia dapat semasa lori Nescafe bertandang ke tempat kerjanya di bangunan pejabat di Wisma Persekutuan, Melaka.