Friday, June 8, 2012

GILA MILO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dalam entri yang lepas, saya ada menulis mengenai kegilaan. Ya, inilah kegilaan saya. Mengumpul koleksi barangan Milo. Yang lama atau yang baru, asal kena dengan harganya pasti saya sebat.

Jadinya, layan sajalah koleksi Milo yang baru saya dapat ini.

Boleh taruk botol air dan bawak jalan-jalan

Saiz sederhana, tidak sama dengan koleksi saya yang sedia ada

Menarik juga botol air ni...

Ramping sungguh pinggangnya

DEMAM EURO 2012


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ada yang sudah demam nampaknya, demam apa? Semestinya demam Euro 2012 yang akan bermula pada 8 Jun 2012 ini. Tahun ini Poland dan Ukraine menjadi tuan rumah bersama.

Logo Euro 2012
Terus terang saya katakan, tahap keterujaan saya terhadap bola sepak Euro agak kurang. Tidak pastilah mengapa. Kalau dulu, pantang ada perlawanan besar sama ada Piala Dunia mahupun Euro, pastinya tahap keterujuaan saya pada tahap yang tinggi.

Begitu juga dengan pasukan kegemaran. Tidak pasti mahu pilih yang mana. Kalau dulu-dulu di Piala Dunia saya sokong Itali. Ermm.. Rasanya Euro 2012 saya masih pilih Itali rasanya. Mengapa? Jangan tanya.

Kumpulan Euro 2012

Pasukan yang bertanding pada kali ini boleh tahan hebatnya. Susah nak ramalkan pasukan mana yang akan menjuarai. Tapi saya cuba nak ramalkan juga. Pada peringkat kumpulan, saya lihat yang boleh mara ke suku akhir kemungkinan Poland dan Russia. Manakala di kumpulan B, perghh... kumpulan maut ni. Rasanya pasukan German dan Portugal yang akan mara.

Kumpulan C pula, saya jangkakan yang akan layak ke suku akhir ialah Sepanyol dan Itali dan bagi kumpulan D, yang akan layak ialah Peranchis dan England. Bagi juara keseluruhan pula, saya jangkakan Sepanyol akan menjadi juara.Apa macam, ok ke tak ramalan saya?

Bagi mereka yang tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan perlawanan Euro 2012 ini, bolehlah lihat jadual perlawanan seperti berikut :

KUMPULAN A

8 JUN (JUMAAT)
POLAND LAWAN GREECE
PADA PUKUL 11.55 MALAM

9 JUN (SABTU)
RUSSIA LAWAN REP. CZECH
PADA PUKUL 2.45 PAGI

13 JUN (RABU)
POLAND LAWAN RUSSIA
PADA PUKUL 2.45 PAGI

13 JUN (RABU)
GREECE LAWAN REP. CZECH
PADA PUKUL 11.55 MALAM

17 JUN (AHAD)
GREECE LAWAN RUSSIA
PADA PUKUL 2.45 PAGI

17 JUN (AHAD)
REP. CZECH LAWAN POLAND
PADA PUKUL 2.45 PAGI

KUMPULAN B

9 JUN (SABTU)
BELANDA LAWAN DENMARK
PADA PUKUL 11.55 MALAM

10 JUN (AHAD)
JERMAN LAWAN PORTUGAL
PADA PUKUL 2.45 PAGI

13 JUN (RABU)
DENMARK LAWAN PORTUGAL
PADA PUKUL 11.55 MALAM

14 JUN (KHAMIS)
BELANDA LAWAN JERMAN
PADA PUKUL 2.45 PAGI

18 JUN (ISNIN)
PORTUGAL LAWAN BELANDA
PADA PUKUL 2.45 PAGI

18 JUN (ISNIN)
DENMARK LAWAN JERMAN
PADA PUKUL 2.45 PAGI

KUMPULAN C

10 JUN (AHAD)
SEPANYOL LAWAN ITALI
PADA PUKUL 11.55 MALAM

11 JUN (ISNIN)
IRELAND LAWAN CROATIA
PADA PUKUL 2.45 PAGI

14 JUN (KHAMIS)
SEPANYOL LAWAN IRELAND
PADA PUKUL 2.45 PAGI

14 JUN (KHAMIS)
ITALI LAWAN CROATIA
PADA PUKUL 11.55 MALAM

18 JUN (ISNIN)
CROATIA LAWAN SEPANYOL
PADA PUKUL 2.45 PAGI

18 JUN (ISNIN)
ITALI LAWAN IRELAND
PADA PUKUL 2.45 PAGI

KUMPULAN D

11 JUN (ISNIN)
PERANCIS LAWAN ENGLAND
PADA PUKUL 11.55 MALAM

12 JUN (SELASA)
UKRAINE LAWAN SWEDEN
PADA PUKUL 2.45 PAGI

15 JUN (JUMAAT)
SWEDEN LAWAN ENGLAND
PADA PUKUL 11.55 MALAM

16 JUN (SABTU)
UKRAINE LAWAN PERANCIS
PADA PUKUL 2.45 PAGI

20 JUN (RABU)
ENGLAND LAWAN UKRAINE
PADA PUKUL 2.45 PAGI

20 JUN (RABU)
SWEDEN LAWAN PERANCIS
PADA PUKUL 2.45 PAGI

Nampaknya perlawanan semuanya berlangsung pada awal pagi. Bagi yang bekerja tu, agak-agaklah ye, jangan sampai tak bangun dari tidur keesokan harinya. Bola, bola juga, kerja tetap kerja.

Thursday, June 7, 2012

MASING-MASING MEMPUNYAI KEGILAAN SENDIRI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebenarnya, kegilaan yang saya maksudkan ialah minat atau kegemaran. Orang yang minat dalam sesuatu benda pastinya akan tergila-gilakan benda tersebut.

Seseorang yang minat kenderaan klasik seperti kereta Morris Minor misalnya, pasti telah banyak wang ringgit dikeluarkan untuk menjaga dan memulihara kenderaan tersebut supaya terus boleh dinaiki dan dibawa meluncuri jalan raya. Selagi kenderaan tersebut boleh digunakan, selagi itulah kepuasan jelas terpancar di dalam diri si pemunya.

Begitu juga dengan pengumpul. Tidak kiralah pengumpul barang antik, barang yang boleh dikumpul (collectable item), matawang, setem dan sebagainya juga terdiri daripada orang yang "gila-gila". Bukan gila apa, cuma gilakan barang yang dikumpulkannya. Kalau ada ternampak sesuatu barang yang masih belum dikumpul pastinya akan berusaha untuk mendapatkannya. Kalau yang berduit, pastinya tidak kisah berapa saja harga untuk mendapatkan sesuatu barang. Bagi yang kurang berduit tu, mungkin ada sedikit main "tarik tali" untuk mendapatkan barang tersebut.

Jadi, isu Sultan Johor membida nombor pendaftaran WWW 1 bukanlah sesuatu yang menghairankan. Sudah saya katakan, masing-masing ada minat dan kegemaran sendiri, jadi apa salahnya baginda berbuat sedemikian. Lagipun sememangnya baginda minat dalam aktiviti automobil dan motorkar.

Satria Neo Milik Sultan Johor
Harap lepas ini tiadalah isu seperti ini diperbesar-besarkan. Iyalah, masing-masing manusia, masing-masing punyai minat dan kegilaan tersendiri, jadi biarlah mereka-mereka dengan minatnya. Mereka tidak kacau kamu pun. Macam saya misalnya, suka mengumpul barangan Milo, jangan ada yang kata "membazirlah engkau ni beli barang-barang Milo ni". Kalau ada yang kata begitu, saya akan jawab, "suka hati akulah, aku bukan guna duit kau".

(ps : Sila baca dengan perasaan dan hati yang neutral)   

Sumber gambar : Google Image