Sunday, June 3, 2012

BERMESRA-MESRA DENGAN MORRIS MINOR 1000

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 2 Jun 2012 yang lepas, saya menerima jemputan untuk menghadiri Majlis Penyerahan Kereta Morris Minor dari pemiliknya iaitu keluarga Cik Emily kepada Muzium Pengankutan Melaka. Memang sudah lama saya tidak singgah ke Muzium Pengangkutan ini, jadi pada masa yang terluang iaitu pada hari Sabtu, saya pun teruja untuk hadir sama.

Majlisnya agak ringkas dan cepat. Bermula pada pukul 9.30 pagi hingga ke pukul 11.00 pagi. Majlisnya bermula dengan ucapan-ucapan kemudiannya diakhiri dengan menandatangani perjanjian sumbangan kenderaan.

Kebetulan saya antara yang terawal yang sampai, jadi saya sempat bermesra-mesra dengan kereta Morris Minor 1000 ini dengan menggunakan kamera cabuk saya. Apa lagi, layan sajalah gambar kereta ini.

Morris Minor 1000

Lambang Kemewahan Zaman Dahulu Kala

Masih Mantap

Bahagian Hadapan Yang Masih Cantik

Sterengnya Juga Menarik

Bahagian Bontot Belakang Yang Mantap 

Minor Je, Bukan Major

Kemasan Lampu Belakang

Penutup Rim Ada Cap 'M'

Ini Yang Buat Mahal

Kemasan Lampu Hadapan

Di Suatu Masa Dahulu

Saturday, June 2, 2012

MAIN KUMPUL-KUMPUL CAWAN KERTAS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya merupakan seorang yang mudah terpengaruh. Sekali lagi saya terpengaruh dengan koleksi cawan kertas yang terdapat seperti di blog Hobby & Collection dan saya sudah mula mengikut jejak beliau dengan mengumpul cawan kertas.

Dalam banyak-banyak koleksi yang boleh dikumpul (collectable item), saya rasakan dengan mengumpul cawan kertas sahaja yang kita tidak mengeluarkan wang kerana biasanya ianya percuma.

Dalam koleksi cawan kertas di bawah, saya hanya memerlukan 2 hari sahaja dengan memburu di pasaraya Tesco dan Mydin untuk mengumpul cawan kertas tersebut. Iyalah.. Tidak keluarkan wang pun untuk mendapatkannya, malahan dapat minum percuma lagi. Nampak saja booth promosi air, pergilah minum dan simpan cawan kertas itu.

Pelbagai saiz dan corak

Dari bekas air, yogurt dan bubur pun ada

Baru dapat kumpul 12 jenis

MENUJU OLIMPIK LONDON 2012 DENGAN 100 PLUS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tak berapa lama lagi Sukan Olimpik 2012 akan berlangsung di London. Tidak ketinggalan juga beberapa atlit negara yang berjaya melayakkan diri ke sukan tersebut. Bagi semua atlit Malaysia yang terlibat di dalam sukan Olimpik London 2012 ini, diharap dapat bermain dengan bersungguh-sungguh untuk menaikkan nama negara yang kita cintai ini. Selamat maju jaya diucapkan.

Alang-alang sudah bercerita tentang Sukan Olimpik London 2012 ini, saya tidak ketinggalan untuk mengumpul botol air 100 Plus yang memaparkan beberapa atlit sempena Sukan Olimpik London 2012. Terdapat 4 orang atlit yang menjadi ikon 100 Plus ini iaitu Dato' Lee Chong Wei, Khairul Fahmi Che Mat, Azizulhasni Awang dan Pandelela Rinong.

Pada suatu hari nanti, pastinya botol-botol air ini menjadi kenangan... :)

100 Plus versi Olimpik London 2012

Dato' Lee Chong Wei

Khairul Fahmi Che Mat (Apek)

Azizulhasni Awang

Pandelela Rinong