Sunday, May 27, 2012

HADIAH MENANG BERMAIN GOLF


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Siapa yang menang main golf? Bukan saya ye.. Bukan saya. Hehe.. Janganlah marah kerana akhir-akhir ini saya suka buat tajuk entri yang suspender suspen saja. Rilekslah.. Jangan nak masam-masam, senyum sedikit muka tu. Hidup kita di dunia ini hanyalah sementara, tak perlulah kita nak nak marah, masam, sebagainya. Ceria-ceriakanlah hidup kita dengan senyuman. :)

Sebenarnya yang bermain golf itu adalah kartun yang terpapar pada gelas di bawah ini :


Kalau tidak silap, gelas ini saya perolehi semasa saya membuat pinjaman Amanah Saham Bumiputera Rockers (ASB Loan). Pada tahun berapa tidak ingat. Kiranya sudah lama jugalah. Yang beripun kawan baik saya, satu kampung, bekerja di Maybank. Baru-baru ini dia menunaikan Umrah.. Alhamdulillah, muda-muda dia sudah pergi Umrah. Saya tua dari dia 2 tahun rasanya.


This time I must make it. Apa maksudnya ye? Sekiranya dialih bahasa secara terus maknanya "Masa ini saya mesti membuatnya". Tetapi rasanya yang dimaksudkan adalah "Kali ini saya mesti melakukannya". Melakukan apa? Mestilah Hole in one.. :)

Dan inilah cawangan Maybank yang memberikan gelas ini kepada saya. Maybank Taman Malim Jaya, Melaka.

WANITA BELANDA MENYUSUKAN ANAK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Belumpun reda tentang entri saya yang bertajuk Wanita Belanda Yang Paling Seksi, kini keluar pula entri ini yang juga berkaitan dengan wanita Belanda. Popular juga ye wanita Belanda ini.

Sebenar-benarnya tiada apapun yang perlu dighairahkan untuk melihat Wanita Belanda Menyusukan Anak. Sebaliknya ini lagi ghairah iaitu Exclusive Feeding Set daripada Dutch Lady. Sekali lagi, exclusive. Tiada dijual di mana-mana agaknya. Barang ini orang rumah saya dapat semasa pergi membuat pemeriksaan bayi di dalam kandungan (scan) di sebuah klinik swasta. Apa yang lainnya, sekarang scanner pun sudah 4D.  Pasal bayaran mahal agaknya, diberikanlah barangan ini secara percuma.

Layan sajalah Wanita Belanda Menyusukan Anak  ini......


Walawei... Menarik tak?


Bekas makanan bercap Dutch Lady a.k.a Wanita Belanda


Tak pasti sama ada saya gunakan atau duduknya di dalam almari saja


Terbaik dari ladang dalam kotak

Saturday, May 26, 2012

MONOLOG BUAT MIRA EDORA

Mira Edora... Sungguh cantik namanya. Secantik orangnya juga. Berkacukan Melayu dan Mat Saleh. Memang cantik, bak kata orang-orang muda sekarang, memang cuuuuunnnn. Kasihan kamu Mira Edora, ayahmu telah dahulu meninggalkan alam fana dan kamu. Mamamu saja yang menghempas pulas membesarkan kamu.

Kamu cantik, memang cantik. Ramai lelaki yang cuba mendekati kamu. Fauzi.., Fauzi yang kamu cintai. Hubungan kamu begitu erat. Habis sekolah berjumpa bersama, di rumah dijemput keluar. Begitu juga dengan Dali dan Gary. Indah sungguh kamu bercinta di zaman sekolah. Memang tidak dapat dipastikan adakah cinta kamu itu cinta monyet atau sebaliknya.

Kini, cikgu baru pula yang kamu syok. Cikgu Nordin, seorang duda. Mantan teman baik mamamu, Mira Edora. Begitu lama kamu memendamkan perasaan kepadanya. Tidak tahukah kamu bahawa dia seusia arwah ayah kamu? Begitu tinggi citarasa kamu Mira Edora.

Mamamu pula, juga sama-sama memendam perasaan terhadap kekasih lamanya, Cikgu Nordin. Bagai sirih pulang ke gagang, mamamu menyambut mesra kepulangan Cikgu Nordin kepangkuan. Kini terjadilah cinta tiga segi antara ibu dan anak.

Mira Edora, harap kamu memahami. Cikgu Nordin ialah bekas teman lelaki mamamu. Mereka sudah nyaris berkahwin pada suatu masa dahulu. Namun, oleh kerana bangkangan dari keluarga, masing-masing telah membawa diri. Biarlah mereka bersatu kembali, Mira Edora. Kamu tidak padan dengan Cikgu Nordin. Cikgu Nordin menyayangimu sebagai anak, bukan sebagai kekasih. Harap kamu mengerti.

Mira Edora... Terimalah kembali mamamu. Terimalah Cikgu Nordin sebagai ganti arwah ayahmu.

---------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebenarnya saya baru selesai membaca sebuah novel yang ditulis oleh seorang novelis terkenal iaitu Khadijah Hashim bertajuk Mira Edora. Monolog yang saya hasilkan di atas adalah sebagai pemahaman yang saya perolehi daripada membaca novel tersebut dan saya terjemahkan dalam bentuk tulisan.

Khadijah Hashim... siapa tidak kenal beliau. Seorang novelis terkenal. Beberapa karya beliau telah dijadikan Filem seperti Mira Edora dan Bicara Hati. Kini, beliau juga merupakan seorang pelukis. Karya-karya lukisan beliau sedang dipamerkan di Balai Seni Lukis Melaka sehingga 31 Mei 2012.

Novel Mira Edora yang saya baca ini juga merupakan pemberian daripada beliau... :)


Novel setebal 180 muka surat


Telah ditandatangani oleh penulisnya