Friday, May 25, 2012

ICI DULUX SUDAH TIDAK MENIAGA CAT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Percaya atau tidak bahawa syarikat ICI Dulux tidak lagi menjalankan perniagaan cat? Hehe.. Jangan percaya, saya tipu.

Sebenarnya saja mahu berkongsi pemberian percuma daripada ICI Dulux iaitu berupa bekas air (tumbler) dan pen yang mempunyai logo ICI Dulux.

Barang percuma yang saya dapat ini adalah pemberian dari wakil ICI Dulux yang menjalankan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Melaka untuk membekalkan cat-cat bagi kegunaan mengecat bangunan warisan yang ada di negeri Melaka.


Tumbler ICI Dulux


Dulux - Adding Colour to people's lives


Pen Dulux berdakwat hitam


Masih boleh digunakan, tetapi hanya simpan dalam kotak 

Kredit diberikan kepada bloggers a.k.a collectors http://hobby-collection.blogspot.com/, http://spallanpunya.blogspot.com/ dan http://edilelly.blogspot.com/ yang memberikan idea untuk saya turut sama membuat entri sebegini yang menyerupai mereka.

Selepas ini, jangan segan-segan untuk membaca dan menjenguk gambar-gambar barangan-barangan yang tersimpan di dalam kotak dan almari di rumah saya melalui entri seperti ini. :)

APA SAHAJA, ASALKAN MILO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Rasanya macam sudah lama tidak membeli koleksi barangan Milo. Iyalah, sekarang kena bajet-bajet sedikit belanjanya. Al-maklumlah, bakal terima orang baru di dalam rumah dalam bulan Jun akan datang.

Pada kali ini, tidak banyak barangan Milo yang hendak dipaparkan. Ada 4 barang baru dan 2 daripadanya hanyalah bekas Milo biasa yang satu hari nanti mungkin berfungsi sebagai prop untuk mempamerkan koleksi barangan Milo di dalam "display cabinet".

Apa kata, layan saja koleksi Milo yang baru saya perolehi ini.


Kotak Tisu Milo

Cawan Bola Milo

Bekas Ais Krim Milo

Satu Lagi Bekas Ais Krim Milo

Wednesday, May 23, 2012

ADAT VS TEKNOLOGI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Di zaman berteknologi tinggi sekarang ini, apa saja yang hendak kita lakukan, semestinya mahu dilakukan dengan pantas. Kalau boleh, nak lakukan apa-apa tugasan dengan hanya duduk dan mengawal alatan dengan alat kawalan jauh sahaja.

Dalam hidup moden dan berteknologi, sedikit sebanyak ada yang mempengaruhi kemerosotan adat yang kita junjung selama ini. Bagi mereka yang berpegang kepada adat, pastinya berasa sedikit kecewa dengan peningkatan teknologi yang telah memusnahkan adat mereka dan secara tidak langsung, sesuatu adat tidak dapat disambungkan dari satu generasi ke satu generasi.

Namun, bagi mereka yang berfikiran moden, terbuka dan inginkan kepantasan dalam membuat sesuatu keputusan atau pekerjaan, akan memandang bahawa teknologi adalah segalanya  dan memudahkan segala urusan di dalam dunia.

Berikut merupakan beberapa adat yang hampir lupus akibat adanya teknologi dan kehidupan moden :

1. Adat Menyemput Kenduri Kahwin

Dahulu menjemput dengan kad kahwin dan singgah dari satu rumah ke rumah. Tetapi sekarang, tidak perlu kad, jemput hanya dengan Sistem Pesanan Ringkas (SMS), e-mail mahupun melalui Facebook.

2. Adat Berkhatan

Dahulu, masa nak berkhatan ada buat kenduri, berzanji dan lain-lain acara seperti mandi sungai dan berarak. Tetapi sekarang, bapa bawa ke klinik atau hospital, terus dikhatankan oleh doktor.

3. Adat Kenduri Kahwin

Dahulu, dari membuat penanggah hingga jamuan makan, semua orang bergotong royong, bekerjasama membanting tulang untuk menjayakan majlis. Tetapi sekarang, mana-mana kenduri kahwin pasti menggunakan konsep 'buffet'. Cepat dan mudah katanya.

Cukuplah sekadar tiga contoh yang diberikan, dan saya yakin anda dapat memahami apa yang cuba saya terangkan. Bukan mahu menghalang perkembangan teknologi serta kehidupan moden dan bukan juga memartabatkan adat. Ikut masing-masing punya citarasa. Apa yang penting, jangan lari dari ajaran Islam sebenar.