Wednesday, May 23, 2012

ADAT VS TEKNOLOGI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Di zaman berteknologi tinggi sekarang ini, apa saja yang hendak kita lakukan, semestinya mahu dilakukan dengan pantas. Kalau boleh, nak lakukan apa-apa tugasan dengan hanya duduk dan mengawal alatan dengan alat kawalan jauh sahaja.

Dalam hidup moden dan berteknologi, sedikit sebanyak ada yang mempengaruhi kemerosotan adat yang kita junjung selama ini. Bagi mereka yang berpegang kepada adat, pastinya berasa sedikit kecewa dengan peningkatan teknologi yang telah memusnahkan adat mereka dan secara tidak langsung, sesuatu adat tidak dapat disambungkan dari satu generasi ke satu generasi.

Namun, bagi mereka yang berfikiran moden, terbuka dan inginkan kepantasan dalam membuat sesuatu keputusan atau pekerjaan, akan memandang bahawa teknologi adalah segalanya  dan memudahkan segala urusan di dalam dunia.

Berikut merupakan beberapa adat yang hampir lupus akibat adanya teknologi dan kehidupan moden :

1. Adat Menyemput Kenduri Kahwin

Dahulu menjemput dengan kad kahwin dan singgah dari satu rumah ke rumah. Tetapi sekarang, tidak perlu kad, jemput hanya dengan Sistem Pesanan Ringkas (SMS), e-mail mahupun melalui Facebook.

2. Adat Berkhatan

Dahulu, masa nak berkhatan ada buat kenduri, berzanji dan lain-lain acara seperti mandi sungai dan berarak. Tetapi sekarang, bapa bawa ke klinik atau hospital, terus dikhatankan oleh doktor.

3. Adat Kenduri Kahwin

Dahulu, dari membuat penanggah hingga jamuan makan, semua orang bergotong royong, bekerjasama membanting tulang untuk menjayakan majlis. Tetapi sekarang, mana-mana kenduri kahwin pasti menggunakan konsep 'buffet'. Cepat dan mudah katanya.

Cukuplah sekadar tiga contoh yang diberikan, dan saya yakin anda dapat memahami apa yang cuba saya terangkan. Bukan mahu menghalang perkembangan teknologi serta kehidupan moden dan bukan juga memartabatkan adat. Ikut masing-masing punya citarasa. Apa yang penting, jangan lari dari ajaran Islam sebenar.

Monday, May 21, 2012

KENALI SIAPA USTAZ DON


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Agak lambat saya mengenali Ustaz Don atau nama sebenarnya Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid. Walaupun sering terperasan melalui Blog mahupun Facebook, namun ia hanya sebagai angin lalu. Pandang seimbas, baca kurang lebih, lepas itu hilang dari ingatan. Tetapi, kenallah juga rupa paras beliau.

Malam tadi, kerana tidak berbuat apa-apa disebabkan anak beranak masing-masing sibuk dengan hal sendiri, isteri menperdengarkan anak dalam kandungan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran melalui telefonnya, Si anak, Muhammad Fahim pula melekat dekat laptop dengan Upin Ipinnya, lalu saya menekan siaran Al-Hijrah yang kebetulan rancangan 30 Minit Ustaz Don baru bersiaran.

Terpacak. Tidak berganjak. Leka dengan celoteh dan kebaikan-kebaikan yang sedang disampaikan oleh Ustaz Don. Dalam hati, "bilalah aku nak jadi macam Ustaz Don ni"?.

Rasa rugi tidak mengikuti rancangan Ustaz Don dari awal. Kebetulan pula, saya menonton malam tadi bagi episod yang ke-100. Maksudnya sudah 99 episod saya rugi tidak menonton rancangan beliau. Erm.. Tidak mengapa, lepas ini masih boleh menonton di You Tube dan juga mengikuti episod-episod yang seterusnya.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai Ustaz Don ini, saya telah meng"google" bagi mendapatkan sedikit latar belakang beliau, dan inginlah saya berkongsi di sini bagi mereka yang baru nak tahu macam saya... :

PENDIDIKAN : Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir / Taraf pendidikan saja sama, tapi saya jurusan lain

STATUS : Bujang / Tak sama... Saya sudah berkahwin. Anak satu

PEKERJAAN : Pensyarah Muda dan Pendakwah Bebas / Saya kerja jaga artifak muzium dan bloggers babas.. :)

BERAT BADAN : 56 Kilogram / Saya 65 Kilogram. Terbaliklah pula

TINGGI : 171 Sentimeter / Wow.. Itu ketinggian Mat Saleh. Saya 165 saja

ASAL : Bukit Mertajam, Pulau Pinang / Melaka Bandaraya Bersejarah. Melaka Bandaraya Warisan Dunia :)

TARIKH LAHIR : 14 November 1984 / Cukuplah sekadar saya katakan 25 Julai dan saya tua daripada beliau, tapi ilmu dia lagi tinggi...

NAMA SEBENAR : Don Daniyal bin Don Biyajid / Saya seperti nama di URL Blogspot, Fairus bin Mamat :)

Rasa pelik tak? Biasanya kalau tulis biodata, nama mesti di atas, ini tidak, nama di bawah sekali. Bukan, itu bukan pelik, tapi namanya kreatif.. Hehehe.. ;p

Ada yang masih belum kenal rupa Ustaz Don? Okey, di sini saya sertakan gambar Ustaz Don untuk tatapan bersama.

Haa... Inilah Ustaz Don.. Ops.. Ops.. Maaf salah gambar. Ini Pakcik Gedek. Maaf ye Pakcik, jangan marah, senyum sikit. Takpe-takpe, saya bagi "backlink" baik punya buat Pakcik.

Inilah Ustaz Don Yang sebenar-benarnya


Ini pula gambar Ustaz Don tanpa serban. Sungguh segak dan bergaya.

Sumber gambar : Google Image