Wednesday, February 22, 2012

MILO DATANG LAGI





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Milo datang lagi, yeaahhh..! Kali ini saya telah membeli alatan tulis MILO yang saya belinya dari Mudah.my. Sebenarnya dalam bulan lepas rasanya saya membelinya, tetapi baru sekarang berpeluang untuk dipaparkan di dalam blog ini.

Jadi, tidak mahu cakap banyak, layan sajalah gambar koleksi alat tulis MILO yang baru saya miliki ini. Layaaaaannn...

Pensil Warna MILO

Krayon MILO

Alat Tulis MILO (pembaris, pemadam dan pensil)

Friday, February 17, 2012

MENGEJAR BAYANG : HORMATI BENDERA

Bukan susah untuk menghormati bendera. Naikkan di atas tiang dan berdiri tegak apabila lagu kebangsaan dimainkan. Jangan ada yang masih duduk buat tidak tahu semasa lagu dan bendera dinaikkan. Jangan ada yang terbalikkan bendera. Dan jangan ada yang "terlampau pandai" dengan membakar bendera.

Thursday, February 16, 2012

BUKAN SEMUA YANG PROFESIONAL ITU BAIK





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sudah namanya manusia. Kita manusia bukannya malaikat. Manusia ada yang baik dan ada juga yang melakukan keburukan dan kejahatan. Allah, sekiranya memerintahkan malaikat supaya berzikir kepada-Nya, sudah pasti malaikat akan menurutinya tanpa ada bantahan. Tetapi kita manusia yang beragama Islam, apa yang diperintah oleh Allah, ada yang kita turuti dan ada juga yang kita mungkiri. Jadinya, memang benar manusia ini ada yang sentiasa berlaku baik atau sebaliknya.

Golongan profesional... Tak kira doktor, arkitek, guru, peguam, pensyarah dan sebagainya sering dikatakan sebagai golongan yang baik-baik sahaja. Merekalah yang berilmu, merekalah yang mempunyai pendidikan tinggi, merekalah yang profesional, merekalah yang harus dihormati dan sebagainya yang baik-baik belaka. Tetapi benarkah? Sehinggakan ada yang bersuara, eh, mereka ini semua profesional, kita harus dengar cakap dia. (walaupun kita sendiri tidak tahu sama ada mereka berkata benar atau tidak)

Pernah dengar berita-berita yang terpampang di akhbar dan kaca televisyen mengenai GURU MENCABUL MURID, GURU MELIWAT MURID, PEGUAM DISYAKI MEMBUNUH, ARKITEK MENIPU PROJEK, DOKTOR MENJUAL UBATAN PALSU, PENSYARAH PECAH AMANAH dan lain-lain kes yang membabitkan golongan profesional? Jadinya, tidaklah semestinya golongan profesional ini baik-baik belaka. Malahan kesalahan yang dibuat lagi besar berbanding rakyat biasa. Sekejam manapun yang rakyat biasa lakukan kesalahan, sekiranya golongan profesioanl yang melakukan, ia adalah berganda-ganda kesalahannya dipandang masyarakat.

Saya di sini bukanlah membenci golongan profesional ini. Saya cuma ingin menyatakan bahawa kita manusia sama sahaja. Dalam pemikiran ada yang berfikiran baik dan ada berfikiran buruk. Lainlah kepada golongan ahli agama. Ops.. Ustaz dan ustazah juga ada yang berkhalwat. Jadinya, siapa yang kita mahu mempercayai?

Apa yang penting, kita kembali kepada agama. iaitu agama Islam. Islam telah tunjukan jalan-jalan yang lurus dan benar. Kita hanya perlu mengikutinya sahaja.