Friday, February 10, 2012

PANAS.. PANAS... PANAS...





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kita sangkakan kita ini kebal. Tetapi tidaklah sangat kalau :

1. Berjalan di tengah panas terik kita sudah mengeluh panas.

2. Kaki terasa panas dan perit berjalan kaki di persisiran pantai.

3. Duduk dalam rumah pada tengah hari tetapi tetap terasa bahangnya.

4. Tidur malam sambil membuka baju kerana panas dan bahang.

5. Duduk di dalam pejabat di waktu tengah hari tetapi masih terasa panasnya.

6. Jari terkena api lilin sudah berasa panas.

7. Terpegang kuali panas kita sudah mengelembung kulit.

Terbuktilah kita bukanlah kebal. Baru panas matahari / kepanasan di dunia dan kita sendiri tidak boleh tahan. Apatah lagi azab Allah di akhirat kelak. Kepanasan api neraka berganda-ganda panasnya berbanding dengan api di dunia.

Sama-sama berpesan agar kembali kepada suruhan Allah S.W.T dan ajaran nabi Muhammad S.A.W.

Thursday, February 9, 2012

MENGEJAR BAYANG : PERJANANAN MENUJU PEJABAT





Saya tidak seperti yang lain. Kalau sekarang orang suka bekerja di pejabat yang baru tetapi saya bertugas di dalam bangunan yang berusia 362 tahun (1650). Kadangkala terfikir juga bahawa pejabat saya sekarang mungkin pernah digunakan oleh gabenor-gabenor Belanda dan British.

MENGEJAR BAYANG

MENGEJAR BAYANG : LAKSAMANA CHENG HO






Ini bukanlah bayang Laksamana Cheng Ho atau Zheng He yang masih hidup, tetapi gambar bayang-bayang patungnya yang terletak di Muzium Sejarah, Melaka.