Tuesday, January 3, 2012

MILO LAGI...





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Masih ingat lagi koleksi-koleksi barang Milo saya yang saya paparkan pada entri yang pertama? Kalau tak ingat, boleh klik pada entri INI. Pada hari ini saya paparkan 4 buah koleksi milo yang terbaru saya perolehi. Saya peroleh koleksi Milo ini daripada pembelian di Mudah.my, abang saya beri dan pembelian produk Milo.

Saya tahu banyak lagi koleksi Milo yang belum saya perolehi lagi. Tapi Insyaallah, lepas ni kenalah cari lagi. Lagi satu, kena ada modal, kalau dapat percuma sudah cukup Alhamdulillah. Perancangan saya lepas ni mahu membeli koleksi van milo yang belum cukup lagi 4 unit. Sudah "survey" di Mudah.my, memang mahal-mahal dijualnya. Tapi tak mengapa, duit Nuffnang ni saya akan gunakan untuk membeli van-van Milo tersebut. )

Bawah ini merupakan koleksi terbaru yang saya perolehi :

Saturday, December 31, 2011

BUKAN SENANG BERKUASA





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Memang bukan senang apabila berkuasa dan ada juga yang senang bila berkuasa. Tetapi dalam konteks ini saya ingin menyatakan orang yang berkuasa sebenarnya bukanlah senang. Senang di sini bukanlah bererti senang dari segi harta benda, tetapi bukan senang untuk melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan.

Gaji Ketua Setiausaha Negara dengar-dengar menjangkau RM 60,000 sebulan. Mak datuk, tingginya. Dari segi mata biasa mungkin ia dilihat melampau, tetapi hakikatnya ia adalah memadai dengan tugas yang telah dipertanggungjawabkan dengan beliau. Kita sebagai orang biasa ini apabila diberikan tugas di tempat, ada kalanya kena siapkan cepat sehingga ke hari malam. Ini kita orang biasa, tapi mereka-mereka yang yang berjawatan tinggi ini lagilah teruk kerjanya. Jangan kata malam, mereka kerja hingga larut malam untuk menyempurnakan sesuatu tugas negara. Apa-apa hal yang kena marah, maki, hina adalah dia. Kerana dia adalah ketua.

Kalau kita tamat kerja pukul 5.00 petang sudah balik, berehat dengan anak isteri di rumah. Mereka? Balik rumahpun jarang dapat bermesra dengan isteri anak. Di rumah masih lagi memecahkan kepala memikirkan itu ini. Bercutipun mungkin setahun sekali. Pendek kata kehidupan sosial mereka kurang. Asyik dengan kerja, kerja dan kerja.

Lain pula ceritanya baru-baru ini berkisar dengan pegawai Kastam yang mati ditembak. Difahamkan beliau adalah pegawai yang aktif dalam melaksanakan tugas dan sering melakukan operasi. Dengan kuasa yang ada, memang patutlah apa yang telah beliau lakukan, membendung negara dari anasir penyeludupan dan segala ketidakakuran perundangan berkaitan kastam. Secara peribadi, saya katakan beliau adalah wira. Terkorban kerana melindungi negara. Terkoban kerana pangkatnya sebagai pegawai kastam. Sedarlah wahai pegawai-pegawai kastam yang lain, rakan anda itu sanggup mempetaruhkan nyawa dalam bertugas, janganlah pula anda sekalian sanggup memperkotak-katikan kerjaya anda dengan menerima rasuah. Sesungguhnya sekiranya anda menerima rasuah, anda bukanlah wira sebaliknya musuh negara. Musuh dalam selimut.

Dan apa yang hendak diceritakan ialah tentang diri saya sendiri. Baru-baru ini saya diberikan sedikit kuasa oleh Bos saya untuk menyokong sesuatu perkara bagi memberikan sesuatu itu pada pemohon (Ini bukanlah sesuatu yang amat besar). Sebelum membuat penyokongan, saya kenalah buat pemantauan untuk memastikan pemohon itu membuat apa yang ditetapkan. Dalam beberapa minggu, pemohon-pemohon tersebut telah mendapat sesuatu yang diinginkan atas surat sokongan saya buat dan ditandatangi oleh bos.

Namun dalam beberapa hari datang 3 ke 4 orang pemohon yang tidak dapat dan tercicir telah mendatangi saya dengan merayu itu ini. Bukan hanya hadir ke pejabat saya saja, yang telefonnya lain. Mana dapat nombor telefon bimbit saya pun tidak tahu. Sekali lagi mendengar "tolong encik.. tolonglah encik..."

Dalam pemikiran, saya lantas berfikir, oh.. inilah akan terjadi jika kita memiliki kuasa untuk menyokong atau meluluskan sesuatu. Kalau yang jenis makan rasuah, pasti akan mengkehendakkan sesuatu sebaik saja permohonan mereka disokong atau diluluskan. Ya Allah, Mohon dijauhkan.

Akhir kata, kepada sesiapa yang berkuasa, janganlah jadikan kuasa yang dimiliki itu untuk menunjuk-nunjuk dan menindas orang bawah. Jadikan kuasa itu sebagai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

(Ps : Ultraman kalau kekurangan kuasa, butang di dadanya akan bunyi tit.. tit... tit... )

Thursday, December 29, 2011

KATA SPONTAN NO. 1 : JANGAN MASUK TANDAS






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebenarnya saya ada terperasan dan terbaca sesuatu di MukaBuku baru-baru ini yang membuatkan saya sedikit ketawa. Tak pastilah, apa yang ditulis ini benda baru atau lama, tetapi bagi diri saya ia adalah baru.

Pernyataannya sedikit lebih kurang seperti ini :

"Untuk makluman, pada 31 Disember 2011 anda dinasihatkan agar tidak ke tandas pada pukul 11.59 malam kerana anda akan keluar semula pada tahun hadapan"

Hehehe.. Lawak ke?