Thursday, October 20, 2011

MAKLUMAT / INFO SKIM RUMAH PERTAMAKU





Pasti ada diantara kita sudah tahu tentang kewujudan Skim Rumah Pertamaku yang telah disebut-sebut oleh YAB Perdana Menteri kita. Namun begitu, masih ramai yang belum tahu dengan lebih lanjut tentang maklumat dan informasi berkenaan Skim Rumah Pertamaku ini.

Setelah mendapat maklumat daripada akhbar Kosmo! bertarikh hari ini, dapatlah dikongsikan serba sedikit berkenaan Skim Rumah Pertamaku iaitu :

a) Hanya untuk pembelian rumah pertama

b) Pembiayaan sehingga 100% bagi kediaman warganegara Malaysia

c) Individu berumur sehingga 35 tahun

d) Pendapatan kasar tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan

e) Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan yang sama tidak kurang daripada enam bulan

f) Jumlah pembayaran balik tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan. Jumlah ini boleh meningkat sehingga 50% jika sekiranya terdapat faktor-faktor pengurangan kredit

g) Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia

h) Nilai minimum hartanah RM 100,000.00

i) Nilai maksimum hartanah RM 220,000.00 dan dinaikkan kepada RM 400,000.00 dalam bajet 2012

j) Bajet 2012 juga mengumumkan penibuhan Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) sebagai agensi tunggal yang berperanan dalam skim yang sama

k) Pembeli hendaklah membeli kediaman berkenaan

l) Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 30 tahun

m) Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap

n) Rekod simpanan, insurans kebakaran diwajibkan

o) Permohonan boleh dibuat di cawangan bank-bank yang terlibat

p) Bagi tahun 2012, sebanyak 7,700 unit rumah akan dibina di Cyberjaya, Putra Heights, Seremban, Damansara dan Bukit Raja

Secara peribadi, dilihat pihak kerajaan benar-benar mahu membantu warga Malaysia terutamanya golongan muda yang tinggal di bandar supaya dapat membeli rumah. Walaupun dilihat kemudahan ini hanya tertumpu di bandar, ia tidak bermakna gologan di kampung atau desa dipinggirkan. Di kampung mereka telah begitu terbela dengan adanya perumahan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di mana pihak kerajaan menampung keseluruhan kos untuk membina rumah tersebut manakala Rumah Mesra Rakyat juga ditawarkan kepada mereka yang mempunyai tanah untuk membuat rumah, kerajaan membantu membina rumah dengan kos yang begitu rendah dan bayaran ansuran juga yang rendah.

Syabas kepada kerajaan Malaysia yang sangat perihatin dengan nasib warganegaranya. Semoga Malaysia terus aman, makmur dan sentosa... Amin Ya Rabbal Alamin... Pohon Allah Izikan.

Wednesday, October 19, 2011

UNDANG-UNDANG = KASIH SAYANG





Semasa memandu pulang ke rumah dari tempat kerja petang tadi, fikiran aku melayang-layang memikirkan sesuatu dengan penuh minat. Berfikir, mengapa perlu ada undang-undang? Untuk apa perlu undang-undang? Secara ringkasnya orang biasa seperti kita ini pastinya akan menyatakan bahawa undang-undang dibuat untuk mendisiplinkan masyarakat.

Namun setelah aku memecahkan pemikiran supaya dapat berfikir seperti profesor serba tahu, dapatlah aku kaitkan bahawa undang-undang adalah sebahagian daripada kasih sayang. Iya... Kasih sayang. Kasih sayang daripada pengubal undang-undang atau pemerintah kepada rakyatnya. Tetapi bagaimana ia boleh dikatakan kasih sayang?

Aku ni nak dikatakan sangat patuh pada undang-undang tidaklah sangat, tetapi semasa menaiki kereta, pastinya tali pinggang keledar akan aku pakai dahulu. Bukan takut kepada polis, tetapi aku tahu ianya mampu membantu mengelakkan kecederaan lebih teruk sekiranya berlakunya kemalangan. Jadinya, undang-undang yang mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar adalah menunjukan betapa kasih dan sayangnya pengubal undang-undang terhadap nyawa setiap pengguna kenderaan.

Bukan setakat kasih sayang antara manusia, undang-undang juga menunjukan kasih sayang terhadap haiwan. Dengan adanya undang-undang seperti Akta Pemuliharaan Hidupan Liar, haiwan-haiwan dapat dipelihara dan bebas hidup tanpa sebarang ancaman daripada mana-mana pihak. Ini menunjukan satu kasih sayang di mana pengubal undang-undang telah menyayangi haiwan supaya tidak pupus, diburu secara haram, diawet secara haram atau sebagainya.

Selain itu, kasih sayang terhadap bangunan dan monumen juga boleh ditafsirkan melalui dengan wujudnya undang-undang seperti Akta Warisan Kebangsaan mahupun enakmen-enakmen warisan di negeri-negeri di Malaysia. Tanpa undang-undang seperti ini, bangunan-bangunan dan monumen warisan dan bersejarah boleh dimusnahkan begitu saja. Tetapi demi kasih dan sayangnya kepada warisan dan sejarah, undang-undang ini digubal bagi membolehkan warisan terus terpelihara.

Namun begitu, pengubal undang-undang juga adalah manusia. Kadangkala mereka yang membuat undang-undang dan mereka jugalah yang mencabul undang-undang. Justeru itu, untuk meneruskan kesinambungan kasih sayang ini kita haruslah mengikuti segala peraturan yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

Dalam meneruskan ketaatan kepada peraturan dan undang-oundang juga, kita tidak terlepas dari qada dan qadar. Contohnya, sehabis baik manapun kita pakai tali pinggang keledar, sebaik manapun kita menggunakan helmet, kalau sudah ketemu ajal tetap mati juga.

# 09 WORDLESS (BETUL-BETUL WORDLESS)





Betul-betul takde idea... ???