Sunday, October 16, 2011

GURAU SENDA SUAMI ISTERI (PART 3)





Alkisahnya, aku dan isteri pergi ke kedai untuk membeli jadam (sejenis herba). Apabila tiba di kedai, tanpa turun dari kereta isteri aku bertanyakan kepada pakcik kedai yang kebetulan baru pulang dari menghantar tong gas dengan motorsikalnya.

Isteri : Pakcik, ada jual jadam tak?

Pakcik Kedai : Ape, Haji Adam? Pakcik tak kenallah. Pakcik pun menyewa di sini.

Isteri : Bukan.. Saya tanya ada jual jadam tak?

Pakcik Kedai : OOo... Badam. Ada, nak berapa?

Isteri : Bukan... Bukan badam. Saya tanya jadam.. Jaadammm...

Pakcik Kedai : Jadam? Sini tak jual jadam.

Isteri : Ok.. Takpelah pakcik.

Aduhai... Naik meleleh air mata aku gelak melihat gelagat pakcik kedai tu. Sekali macam cerita Seniman Bujang Lapok dah... Isteri Pak Mat Tempe yang sound trouble...

(Ps : Ops... Bukan nak gelakkan Pakcik tu, tapi apabila teringat kembali, memang lawaklah...)

Lihat juga ---> Gurau Senda Suami Isteri

Lihat juga ---> Gurau Senda Suami Isteri (Part 2)



Cerita aku sedikit lebih kurang macam cerita Pak Mat Tempe.. Hehe...

Saturday, October 15, 2011

KITA KAWAN





Kau Tersenyum Mengenyit Mata
Petir Berdentum Rasa Di Dada
Kau Berkata Cinta Siapa?
Kau Buat Aku Berasa... Berasa... Berasa...
Serba Salah.

Jangan Tercucuk Mawar Berduri
Kecoh Seronok Kita Bermimpi
Ku Berkata Berkawan Sahaja
Kita Berjalan... Jalan... Jalan... Jalan...
Sebagai Teman.

Ku Melihat Sungguh Tergoda
Kilat Bertabur Menyilau Mata
Aku Tak Tahu Cinta Siapa
Tanya Aku Tak Tahu... Tak Tahu... Tak Tahu
Cinta Siapa.

Di Lubuk Hati
Dicinta
Bercita
Kepayang
Melanda Siapa?
Membakar
Membara
Menyala.

Kita Kawan
Dicinta
Bercinta
Siapa?
Antara Kita.

Thursday, October 13, 2011

MALAYSIA DIHENTAM LALU DISANJUNG





Baru-baru ini kedutaan Malaysia di Indonesia telah diserang oleh kira-kira seramai 650 orang dari kumpulan NGO Forum Betawi Rempug (FBR). Dengan biadapnya mereka telah membaling objek seperti batu, kayu dan telur ke arah kedutaan kita sehinggakan mereka berani mahu merempuh masuk ke dalam kedutaan Malaysia.

Mereka bertindak demikian kerana sebagai bantahan yang kononnya Malaysia telah mengambil 1000 hektar tanah Indonesia di Kalimantan Barat secara haram. Namun begitu, kerajaan Malaysia menafikannya dan telah disokong juga dengan beberapa menteri Indonesia yang menyangkal dakwaan tersebut.

Tak habis lagi, hari ini dalam berita ada satu lagi kumpulan yang menggelarkan mereka sebagai laskar merah putih juga telah membuat tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Malaysia di Indonesia dengan lengkap berpakaian seperti anggota tentera. Mereka nampak terlalu berani sehinggakan ada sepanduk yang tertulis "Kami Siap Berperang".

Erm.. Inilah terjadi sekiranya emosi dipengaruhi syaitan. Asyik-asyik mahu fikir marah, gaduh, perang dan pelbagai perkara yang tidak baik. Tidak mahu berfikir secara positif dan membawa hal ini dengan cara perundingan. Dengar cerita pula, hal ini sebenarnya daripada masalah politik dalaman Indonesia lantas Malaysia dijadikan mangsa untuk mengangkat hero mereka.

Tak mahu cerita lebih-lebih, nanti jadi semakin panas pula. Apa-apapun, disebalik tentangan beberapa kerat warga Indonesia di kedutaan Malaysia, ada juga berita baik untuk rakyat Malaysia. Apanya? Tak tahu ke yang Mohd Safee Sali, pemain bolasepak dari Malaysia yang bermain di Indonesia untuk Pelita Jaya FC bakal dilantik sebagai ketua pasukan. Wah, memang hebatlah Safee Sali. Menang benarlah anda layak menjadi wira Malaysia.

Cayalah Safee Sali. Malaysia Boleh...




Waduh pak... Rame bangat warga Indonesia menyokong Safee Sali. Makasih ya pak...