Hari terakhir saya hisap rokok pukul 6.00 petang tadi. Hehe.. Macam iklan kat TV pula. Sebenarnya, aku sedang berusaha buat kali ke berapa ntah untuk berhenti merokok. Niat untuk berhenti tu memang sudah ada, tapi mungkin tiada usaha yang bersungguh-sungguh. Berhenti sekejab lepas dua, tiga minggu hisap semula. Harap lepas ni aku boleh berhenti terus.
Dalam usaha berhenti merokok pada kali ini, aku membekalkan diri aku dengan NiQuitin iaitu sejenis ubat hisap yang mengandungi nikotin yang membolehkan aku melupakan nikotin rokok. Ni pun orang rumah yang belikan petang tadi. Tetapi aku yang suruh beli kerana ingin mencuba sekali lagi untuk berhenti merokok.
Petang tadi setelah selesai makan, perasaan mahu hisap rokok tu tetap ada. Aku cuba menahan. Otak ligat saja fikir pasal nak merokok. Tapi tetap berusaha menahan. Buat masa ni aku belum makan ubat lagi, mahu cuba dulu menahan tanpa ubat, kalau betul-betul tak boleh tahan barulah ambil ubat.
Puh kiri... Puh kanan... Harap-harap dapat berhenti merokok.

Katakan Taknak Pada Rokok.. :)
Inilah NiQuitin (Macam iklan dalam TV tu)
Dapat Percuma Nicorette. Macam Chewing Gum. Ada Nikotin Juga.
Sebenarnya aku ada juga publishkan entry perihak rokok merokok ni. Kalau nak tengok please check it out.