Sunday, October 2, 2011

PANTUN MAN. UTD. VS NORWICH CITY






Da Da Di Du Du Di Da Da Di,
Hati Gembira Man. Utd. Menang Lagi,
Minggu Lepas Bukan Taknak Buat Pantun Lagi,
Sikit Kecil Hati Pasal Sekadar Seri.

Kini Mangsa Jadi Norwich City,
Kena Bantai 2 Biji,
Walau Tiada Gol Dari Rooney,
Anderson Dan Wellbeck Pun Boleh Jadi.

Semalam Tak Tengok Game Ini,
Sebab Duk Mancing Dapat Ikan Duri,
Walau Tak Menonton TV,
Man. Utd. Tetap Di Dalam Hati.

Da Da Di Du Du Di Da Da Di,
Jom Sama-Sama Nyanyi Glory Glory. :)

Lagi Pantun Manchester United -----> KLIK

Lagi Pantun Manchester United -----> KLIK

Lagi Pantun Manchester United -----> KLIK

Saturday, October 1, 2011

ANGRY BIRDS OR ANGRY WITH THE BIRDS?





Siapa yang tak pernah main game Angry Birds, rasanya ramai yang sudah main permainan ini. Aku ni terlambat sedikit pasal fenomena Angry Birds ni, sampai satu masa dulu aku komen di blog seseorang menanyakan apakah Angry Birds ini. Apabila dia menjawab apa itu Angry Birds, barulah aku tahu bahawa ia adalah suatu permainan komputer yang ada dalam versi android.

Namun kini, di dalam handphone bukan jenis android juga sudah ada permainan ini. Baru-baru ni orang rumah aku beli handphone Samsung Corby, ada juga permainan Angry Birds dalam telefonnya. Aku pun layan juga sampailah ke level yang terakhir. Enjoy jugalah main permainan ni.


Ni nak cerita satu lagi pasal birds juga, bukan Angry Birds tapi aku yang angry pasal birds. Tak taulah kenapa burung-burung suka hinggap di grill tingkap dapur rumah aku. Kalau setakat hinggap saja tak mengapalah. Ini tidak, siap dia berak lagi. Habis tahi-tahi burung banyak di tingkap dapur.

Nak ditambah lagi, pagi tadi masa mencuci pinggan kat dapur, aku nampak bayang-bayang burung sedang hinggap di grill tingkap dapur melalui sidding window. Yang nak dimarahkan tu, siap bayang-bayang dia sedang melepaskan hajat jelas kelihatan. Then, aku ketuk sedikit slidding window tu baru dia lari. Kurang asam betul.

So, kesimpulannya pada hari ni "I Enjoy Playing Angry Birds But I Angry With Birds Who "Berak" My Window"

Friday, September 30, 2011

AKIBAT BERJUDI







Siapa sini suka berjudi, angkat tanggannn.... Alhamdulillah, semua tak angkat tangan, mean semua tak suka berjudi. Sebenarnya bukan apa, cuma nak kongsikan apa yang didengari semasa khutbah Jumaat sebentar tadi.

Percaya atau tidak, dari zaman persekolahan lagi kita boleh terjebak dengan judi. Mula-mula dengan permainan yang kecil seperti ting tong (teka kepala atau bunga), pekap (meneka jumlah duit di dalam tangan) dan juga baling duit (macam main guli juga). Di sini dari mula lagi kanak-kanak sekolah sudah belajar bermain judi. Mungkin bagi mereka hanya sekadar suka-suka, namun sebenarnya ia tetap judi kerana pemenang akan memperolehi duit yang diperolehinya.

Tiba di zaman remaja pula, sudah pandai bermain kad (daun terup). Macam-macam permainan dimainkan seperti 21 (black jack), pay up, race dan sebagainya. Semuanya memerlukan pertaruhan. Kalau zaman kanak-kanak hanya menang beberapa ringgit, tapi kini boleh menang beberapa ratus. Kaya ke? Kaya tak bawa ke mana-manapun.


Kini pula sudah ramai yang bermain nombor ekor. Tak kiralah magnum ke, Da Ma Cai ke dan ntah apa-apa lagi syarikat yang menjalankan aktiviti nombor ekor. Bukan setakat itu sahaja, syarikat yang tiada lesen pun berlambak.

Kalau dah ada dosa berjudi tu sudahlah, ini tidak ditambah lagi dengan dosa-dosa khurafat dan syirik kepada Allah. Bermain nombor ekor dah satu, ini ditambah pula dengan pemujaan di kubur-kubur yang dikatakan mempunyai keramat dan boleh memberikan nombor ekor. Bukan setakat pemujaan kubur saja, bermacam-macam cara lagi yang mendatangkan syirik yang dilakukan oleh kaki judi bagi mendapatkan nombor ekor.

Persoalannya sekarang, mengapa ramai masyarakat Islam suka berjudi? Bukankah sudah terang lagi nyata bahawa judi itu haram dan tergolong dalam dosa-dosa besar. bagaimana pula sekiranya hasil duit judi itu diberi makan pada anak bini di rumah. Nauzubillah... Mohon jauhkan. Takut nanti keras hati anak bini masing-masing.

Pada yang suka berjudi tu, bawa-bawalah bertaubat selagi masih ada masa untuk bertaubat. Janji Allah adalah benar. Takutlah azab Allah. Bagi sesiapa yang belum pernah berjudi tu, baguslah. Usahlah didekati judi ini kerana ianya sememang dosa besar.

Wallahuaklam.