Thursday, September 29, 2011

BAGAIMANA MEMBUAT DUIT DENGAN BLOG





Entry ini ditujukan kepada kawan-kawan yang masih belum tahu akan kelebihan blog selain daripada sekadar blog sahaja. Mungkin ada diantara kita masih belum tahu tentang adanya punca duit dengan blog. Atau ada yang tidak tahu apa-apa pasal blog, bolehlah cuba-cuba mencipta blog dan cuba juga peroleh pendapatan sampingan dengan blog.

Dalam pemerhatian, ada juga terdapat blog-blog yang tiada membuat pengiklanan atau apa-apa punca kewangan di dalam blog mereka. Ini sama ada mereka sengaja tidak mahu berbuat begitu ataupun sememangnya mereka tidak tahu akan adanya punca-punca kewangan ini.

Oleh itu, di sini ingin dikongsikan serba sedikit apa yang boleh membuatkan kita memperoleh pendapatan sampingan dengan blog. (Mungkin ini sudah sering diketahui oleh mana-mana blogger yang sememangnya sudah tahu)

1. GOOGLE ADSENSE

Google, rasanya semuanya tahukan? Syarikat yang besar. Mereka ini juga peroleh pendapatan melalui penjualan ruang iklan. Jadinya, bagi menyebarkan iklan-iklan tersebut, mereka juga memberikan peluang pada para pemilik blog untuk menyebarkan iklan mereka. Sekiranya kita mahu menyiar iklan mereka, perlulah memohon dari mereka dengan mendaftar di Google Adsense dan kita boleh perolehi pendapatan dalam bentuk USD apabila seseorang mengklik iklan di blog kita. Tapi biasanya bukan mudah bagi blog berbahasa Malaysia untuk mendaftar di Google Adsense, biasanya mereka akan berikan kepada blog yang ada kandungan berbahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain yang diterimanya.

2. PROGRAM AFFILIATE

Terdapat banyak program affiliate yang terdapat di internet. Pilih sahaja mana yang kita mahu. Kita akan peroleh komisen di atas jualan barang-barang di laman web yang menganjurkan program affiliate ini sekiranya kita mendaftar dan mempromosikan barangan mereka di blog kita. Barang-barang jualan yang biasa terdapat dalam pasaran internet seperti e-book, peralatan komputer, web hosting dan pelbagai barangan lagi.

3. JUAL E-BOOK

Penjualan E-book atau electronic book juga merupakan salah satu cara untuk kita perolehi pendapatan melalui blog. Sekiranya kita berjaya menjual suatu e-book melalui blog kita, kita akan perolehi komisen yang tertentu oleh pemilik e-book tersebut. Seperti program affiliate, e-book juga terdapat pelbagai dan banyak di pasaran. Cuma kita pilih sendiri mana yang sesuai untuk kita jual di blog kita.

4. PENGIKLANAN SYARIKAT PERSENDIRIAN

Selain daripada Google Adsense, ada terdapat banyak lagi syarikat-syarikat pengiklanan persendirian yang menawarkan iklan untuk dipasang ke blog kita. Iklan-iklan yang dipasang ke blog kita akan dibayar melalui jumlah pengunjung yang datang ke blog ataupun pengunjung yang klik ke blog kita. Ini bermaksud, semakin ramai pengunjung ke blog kita, semakin besarlah harapan untuk medapatkan pendapatan yang tinggi. Sebagai contoh terdekat iklan yang ada dalam blog ini ialah dari syarikat Nuffnang, dan ada lagi syarikat-syarikat lain yang menawarkan perkhidmatan pengiklanan yang sama.

5. PENJUALAN / SEWAAN RUANG IKLAN

Kita juga boleh menawarkan kepada individu-individu yang berminat untuk meletakkan ruang iklan di blog kita. Kita boleh meletakan banner atau apa-apa link individu tersebut ke blog kita bagi mempromosikan barangan yang mereka jual. Kadar bayaran jualan / sewaan ruang iklan ini terpulang pada pemilik blog. Kebiasaanya bagi membuat penjualan / sewaan di dalam blog ini ialah bagi blog-blog yang mempunyai pengunjung yang ramai.

Setakat ini saja yang dapat dikongsikan. Pastinya ada banyak lagi cara untuk mendapatkan pendapatan sampingan melalui blog. Tapi, ada juga berblog ini sebagai kerja utama atau pendapatan utamanya (ini pada problogger). Pada mereka yang masih belum tahu tentang apa yang dinyatakan di atas harap dapat ilmu yang dikongsikan ini. Bagi yang sudah tahu, anggaplah ia sebagai refresh kembali ilmu yang ada.

Tuesday, September 27, 2011

GURAU SENDA SUAMI ISTERI (PART 2)



Tatkala si suami mengeluarkan sebatang rokok dari kotaknya.

Aku : Ma, yang ni rokok yang terakhir abang hisap (sambil menunjukan rokok yang dikeluarkan dari kotak rokok)

Isteri : Ye ke? (gembira) Macammana pula abang boleh terfikir untuk berhenti merokok.

Aku : Abang bukan nak berhenti merokok, cuma rokok ni yang last dalam kotak rokok ni.

Isteri : Laaa... (sambil menepuk-nepuk manja badan suaminya)

(Ps : Hehe.. Macam entry semalam Gurau Senda Suami Isteri. Hari ni buat lawak lagi dengan isteri. Lawak tak? Aku rasa lawak, kalau korang pikir tak lawak, nasiblah... :)

Lihat juga ---> Gurau Senda Suami Isteri (Part 3)

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Mahu berhenti merokok? Hubungi saya segera!

TIBA-TIBA SAJA BLOG HILANG





Aiseyman.. Tersentap juga aku seketika tadi. Baru saja nak buka blog tetiba blog aku tiada. Lepas login Blogger, dekat dashboard hanya ada followers punya update entry sedangkan tiada menu untuk view blog aku. Memang tergamam seketika.

Klik punya klik last-last keluar arahan menyatakan supaya aku mengisikan nombor telefon bimbit untuk pengesahan login. Then, dalam 5 saat kemudiaan terima SMS verification code dari Google. Selepas tu, aku masukkan verification code dan login seperti biasa. Alhamdulillah, blog aku muncul kembali.

Fuh, memang nasib baiklah. Kalau benar-benar hilang macam mana? Mahu tak tidur malam memikirkannya. Dalam menghadapi situasi seperti ini aku mula berfikir :

1. Selamatkah blog kita?

2. Adakah cara lain untuk membuat back up untuk blog kita?

Bagi sesiapa yang pakar dalam dunia ICT dan tahu cara mengatasinya, harap dapat berkongsi. TQVM.