Tuesday, September 27, 2011

TIBA-TIBA SAJA BLOG HILANG





Aiseyman.. Tersentap juga aku seketika tadi. Baru saja nak buka blog tetiba blog aku tiada. Lepas login Blogger, dekat dashboard hanya ada followers punya update entry sedangkan tiada menu untuk view blog aku. Memang tergamam seketika.

Klik punya klik last-last keluar arahan menyatakan supaya aku mengisikan nombor telefon bimbit untuk pengesahan login. Then, dalam 5 saat kemudiaan terima SMS verification code dari Google. Selepas tu, aku masukkan verification code dan login seperti biasa. Alhamdulillah, blog aku muncul kembali.

Fuh, memang nasib baiklah. Kalau benar-benar hilang macam mana? Mahu tak tidur malam memikirkannya. Dalam menghadapi situasi seperti ini aku mula berfikir :

1. Selamatkah blog kita?

2. Adakah cara lain untuk membuat back up untuk blog kita?

Bagi sesiapa yang pakar dalam dunia ICT dan tahu cara mengatasinya, harap dapat berkongsi. TQVM.

Monday, September 26, 2011

GURAU SENDA SUAMI ISTERI





Tatkala berada di rumah, si isteri mahu membuatkan air untuk si suami.

Isteri : Bang, nak minum apa?

Aku : Berapa kali abang beritahu, kalau nak buat air untuk abang, buat saja. Tak payah tanya nak air apa. Abang minum saja. Ma buat air suam pun abang minum.

Isteri : Kalau macam tu lain kali kalau abang pergi kedai makan, bila pelayan tu minta order nak minum apa, abang cakaplah macam tu juga.

Aku : ???? Aah, nanti abang beritahu pada pelayan tu, kau hantar saja air ape-ape. Tak payah nak tanya-tanya. Aku minum.

Selepas tamat berdialog si suami dan isteri tersenyum dan ketawa mengenangkan percakapan mereka sebentar tadi.

(Ps : Ini kejadian benar-benar berlaku. Baru je tadi antara aku dan isteri. Kira lawak jugaklah bagi aku. Kalau korang tak rasa lawak, terpulang...) :p

Lihat juga ---> Gurau Senda Suami Isteri (Part 2)

Lihat juga ---> Gurau Senda Suami Isteri (Part 3)

SIRI JEJAK WARISAN NEGERI MELAKA : MEGALIT DATUK TUA





Megalit Datuk Tua



Terdapat lebih 100 kawasan megalit di daerah Alor Gajah dan Tampin dan saiz setiap batu-batu teresebut tidak seragam. Batu megalit banyak terletak di kawasan tanah perkuburan Islam dan ditanam berpasang-pasang seperti batu nisan. Batu megalith Datuk Tua dikenali di kalangan penduduk tempatan sebagai batu hidup dan mempercayai ianya kubur nenek moyang mereka. Batu megalit dikatakan hidup kerana dipercayai ianya membesar dari setahun ke setahun dan bersinar bila disuluh waktu makam.

(Ps : Perihal batu megalit dikatakan hidup dan membesar masih boleh dipersoalkan. Ini adalah kerana, mengikut kajian ahli sejarah, batu itu dikatakan membesar akibat daripada hakisan tanah yang berlaku pada pangkal batu tersebut menyebabkan bahagian-bahagian bawahnya terdedah dan dikatakan ia membesar dan hidup)