Friday, September 23, 2011

APA ADA PADA MALAM JUMAAT?





Malam Jumaat. Apa ada pada malam Jumaat? Malam Jumaat banyak ertinya pada seseorang tak kira dari segi perasaan mahupun perbuatan. Dari pengalaman dan pemerhatian yang dilalui, bolehlah dikatakan malam Jumaat ini adalah :

1. Bagi kanak-kanak dan mereka yang penakut, malam Jumaat ialah malam di mana banyak hantu berkeliaran.

2. Bagi mengamal seni silat, malam Jumaat adalah malam pengasah ilmu.

3. Bagi pasangan yang sudah berkahwin, malam Jumaat selalunya dikatakan sebagai malam untuk hubungan bersama suami isteri.

4. Bagi mereka yang suka beribadah, malam Jumaat adalah malam terbaik untuk membaca surah Yaasin.

5. Bagi menggemar menonton televisyen, malam Jumaat pastinya mengingatkan mereka ada rancangan yang mereka nantikan.

6. Bagi golongan bekerja, malam Jumaat merupakan malam terakhir sebelum mereka bercuti hujung minggu.

Erm.. Rasanya ada lagi pengertian malam Jumaat dalam kehidupan manusia. Anda pula bagaimana?

Thursday, September 22, 2011

JOM KE FESTIVAL HANG TUAH






Buat julung-julung kalinya Kementerian Pelancongan Malaysia, Kementerian Komunikasi, Penerangan dan Kebudayaan Malaysia serta Kerajaan Negeri Melaka akan mengadakan satu festival yang dinamakan Festival Hang Tuah yang akan diadakan di Muzium Istana Kesultanan Melaka. Festival ini akan diadakan pada 23 hingga 25 September ini bakal mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik bagi tontonan pelancong dari dalam dan luar negara.

Seperti yang sedia maklum, Hang Tuah merupakan ikon kepahlawanan di zaman Kesultanan Melayu Melaka yang gah di sepelusuk nusantara. Dengan sikapnya yang taat tanpa berbelah bahagi kepada perintah sultan, Hang Tuah dilihat sebagai seorang yang wira sejati yang boleh dicontohi. Demikian juga dengan kata-kata hikmahnya iaitu "Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia"

Antara acara-acara yang bakal diadakan ialah seperti Pameran, Demonstrasi Silat, Permainan Rakyat, Persembahan Pentas, Tayangan Filem, Demonstrasi Membuat Kraf dan lain-lain aktiviti menarik.

Majlis perasmian festival ini akan diadakan pada 23 September 2011 pada pukul 8.30 malam di Muzium Istana Kesultanan Melaka, Bandar Hilir, Melaka. Apa yang menarik dalam majlis perasmian ini, ia akan mengimbau kembali sepertimana acara sambutan dan keraian pembesar negeri Melaka bersama-sama rakyat.

Sesiapa yang ingin menghadiri majlis peramian ini disarankan memakai baju tradisional pada zaman dahulu kata. Bagi lelaki bolehlah memakai baju Melayu bersampin dan memakai tengkolok / setanjak.

Jom beramai-ramai raikannya. Anda pasti akan melihat suatu kelainan. :)

Wednesday, September 21, 2011

SEBAB MUSABAB MALAYSIA KALAH KEPADA JEPUN

Malaysia kalah pada Jepun? Biasalah, memang dah agak. Begitulah perkataan yang mungkin keluar dari mulut kita sebelum perlawanan bermula lagi. Erm.. Memang kalau dilihat dari perlawanan sebentar tadi, memang seperti langit dengan bumi. Terlalu jauh bezanya perlawanan antara 2 pasukan ini.

Dalam pemerhatian yang dijalankan dari perlawanan tadi, bolehlah dikatakan bahawa :

1. Pemain Malaysia takut / tidak mahir mengawal bola sehingga sering kehilangan bola dari kaki.

2. Hantaran-hantaran pemain Malaysia tidak tepat dan sering tersangkut di kaki lawan.

3. Sepatutnya Kapten diserahkan kepada pemain yang berada di tengah padang bagi memudahkan arahan Kapten didengari oleh setiap pemain Malaysia. Khairul Fahmi selaku penjaga gol terlalu jauh untuk memeberikan arahan.

4. Agak defensive dan hanya menunggu serangan dari pihak lawan. Hanya sesekali sahaja serangan yang dapat dibuat.

5. Sudah memang terang lagi bersuluh yang pasukan Jepun jauh lebih hebat dari pasukan Harimau Malaya.

Apa-apapun, syabas juga diucapkan kepada pemain Malaysia kerana bermain dengan berhempas pulas supaya Jepun tidak menjaringkan banyak gol. Gol 2 - 0 tu kira oklah juga dari teruk dibelasah. Syabas Malaysia. Malaysia boleh. next time kena usaha lebih lagi.