Tuesday, September 13, 2011

SUDAH TIBA MASANYA UNTUK MENYIMPAN EMAS

Kini apabila bercakap tentang emas, pasti yang mengetahuinya bahawa harga emas kini melambung tinggi. Kalau dulu-dulu masa kita kecil harga segram emas hanya berpuluh ringgit sahaja tapi kini tak dapat lagi. Harga emas 999 sekarang sudah menjangkau RM 200.00 ++. Bukanlah terasa ruginya kalau kita tidak menyimpan emas dari dulu lagi.

Dalam setahun dua tahun lepas, ada juga belajar-belajar pelaburan emas. Masa tu adalah berjumpa dengan seseorang yang dikenali dari internet menceritakan pelaburan emas dengan menggunakan emas jongkong dan dinar emas. Setelah mendengar penerangan darinya, memang berminat. Namun masih berasa ragu kerana takut ditipu. Takut emas yang dibeli itu adalah emas palsu atau sebagainya.

Lepas tu, telah cuma membeli emas secara kecil-kecilan. Bukannya emas jongkong atau dinar, sebaliknya membeli barang kemas 916. Selepas membeli emas tu, gadaikan pula di Ar-Rahnu Bank Rakyat dan mendapat sejumlah wang tunai. Kemudiannya tambah sedikit lagi wang dan beli emas lagi dan sekali lagi gadaikan di Ar-Rahnu. Macamtulah seterusnya sehingga sekarang adalah beberapa ratus geram emas yang telah tersimpan di pajak gadai Ar-Rahnu.

Kemudiaanya, kita tunggu dan lihat sajalah perkembangan emas semasa. Apabila ada kenaikkan harga emas, kita pergilah semula ke Ar-Rahnu untuk tebus gadai emas kita semula. Tebus gadai ini bermaksud, kita ambil semula emas kita dan gadaikan semula emas tersebut, di mana kita akan mendapat sedikit keuntungan dari proses tersebut. Semasa membuat tebus gadai ini, kita dikenakan upah simpan mengikut berapa bulan yang kita pajakkan emas di Ar-Rahnu.

Buat masa ini, sudah beberapa kali harga emas naik dan beberapa kali jugalah ke Bank Rakyat untuk membuat proses tebus gadai. Memang lumayan. Kalah pelaburan ASB. Kalau ASB kita peroleh dividen setahun sekali, tetapi dengan pelaburan emas di Ar-Rahnu, kita boleh peroleh keuntungan berkali-kali selagi harga emas meningkat.

Alhamdulillah... Sebelum Syawal yang lepas harga emas naik mendadak, dapatlah beberapa K. Kira berayalah juga tahun ni.

Ps : Kepada sesiapa sudah tahu berkenaan pelaburan emas ini dan telah mencubanya, teruskanlah. Pada sesiapa yang masih belum tahu harap cubalah. Tidak rugipun. Kalau tak pasti lagi pasal penjelasan ini, carilah pada mereka yang lebih arif. Aku sekadar berkongsi saja berdasarkan pengalaman aku. Aku pasti lebih ramai lagi cerdik pandai yang lain lebih mahir dalam pelaburan emas.

Sekarang banyak juga bank dan syarikat yang menawarkan pelaburan emas, tetapi bagi yang muslim tu pilihlah pelaburan emas yang berlandaskan syariah. Dan jangan lupa, kalau sudah cukup nisabnya, keluarkanlah zakat emas.




Monday, September 12, 2011

BIL ASTRO NAIK KE, PREPAID NAIK KE, SAMA JE...

Baru-baru ini dan masih panas lagi berlaku satu isu kenaikkan harga prepaid. Tak kiralah baik Maxis, Celcom ke mahupun Digi dan lain-lain operator telefon bimbit. Persoalannya ia begitu mudah dinaikkan tanpa ada apa-apa tindakan dari pihak kerajaan.

Begitu juga semasa Astro menaikkan harga, kerajaan cakap itu ini. Nak bentangkan di Parlimenlah, tak bagi naiklah, tapi macam itu juga. Bil tetap naik. Pengguna terus rasa tertekan. So sekarang ni sebenarnya SIAPA YANG LEBIH BERKUASA? Pihak kerajaan ataupun swasta? Kalau kerajaan tak boleh buat tindakan, sedihlah macam ni. Kita nak harapkan dia, dia tak boleh buat apa-apa.

Commonlah... Astro dan operator telefon bimbit ni dah banyak untungnya. Dah berlipat ganda untung. Tolonglah serapkan sedikit kos yang tak berapa tu sebagai tanggungjawab sosial pada rakyat. Ni tak, selagi boleh akan menekan rakyat dengan kenaikkan itu ini. Yang kaya teruslah kaya.

Kita yang pengguna ni pun boleh ambil tindakan. Kita pengguna, kuasa juga ada pada kita. Apa kata cuba tidak guna astro, kembali kepada normal macam dulu-dulu, guna arial biasa je. Dulu boleh takkan sekarang tak boleh. Kalau dulu tiada telefon bimbit, hanya guna telefon rumah saja, apa kata guna semula telefon rumah. Orang pun tak kacau siang malam pagi petang di telefon bimbit kita.

Namun begitu, terpulang juga pada masing-masing sama ada boleh berbuat demikian ataupun tidak. Kalau yang tak boleh hidup tanpa telefon bimbit dan astro teruskanlah dengan hidup begitu.

(Ps : Astro aku dah tukar pada basic je... Kalau semua tukar pada basic je, boleh rugi Astro. Silap-silap gulung tikar. Sekarang dah kurang top up pasal rumah aku pun dah masuk telefon rumah. Telefon rumah ke rumah tak kira jauh manapun RM 10.00 sebulan :)




Sunday, September 11, 2011

PANTUN BUAT PEMINAT MANCHESTER UNITED

Gembiranya Rasanya Hati,
Man. Utd. Menang Besar Lagi,
Kini Bolton Macam Dibuli,
Man. Utd. 5 Tak Berbalas Lagi.

Rooney Hatrick Sekali Lagi,
Hernandes Pun Sumbat 2 Biji,
Kalau Selalu Jadi Macam Ni,
Dah Tentu Jadi Juara Lagi.

Sudah-Sudahlah Asyik Memuji,
Nanti Fan Team Lain Duduk Mengeji,
Hari Ini Masih Raya Lagi,
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfiti.

Sebelum Aku Mengundur Diri,
Sama-sama Nyanyi Glory Glory. :)

Lagi Pantun Manchester United -----> KLIK

Lagi Pantun Manchester United -----> KLIK

Lagi Pantun Manchester United -----> KLIK