Friday, September 9, 2011

MENGAMBIL KESEMPATAN DALAM KESEMPITAN

Mengambil kesempatan dalam kesempitan. Haruskah kita lakukan begini? Bukankah ia satu kesalahan sekiranya kita mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Dalam beberapa pemerhatian dan pengalaman dapatlah dihuraikan satu-satu situasi di mana orang mengambil kesempatan di atas kesempitan / kesusahan orang lain.

Antaranya ialah :

1. Mengikut belakang kereta ambulan / bomba yang sedang membunyikan siren di dalam kesesakan lalulintas. Apabila kereta ambulan / bomba lepas tetapi dia tersekat, ia akan lebih menyukarkan pemandu-pemandu lain.

2. Membuat kelakuan tidak senonoh ke atas wanita yang berada di dalam bas yang penuh sesak. Sengaja mengambil kesempatan semasa berhimpit-himpit antara satu sama lain.

3. Menaburkan derma kepada anak-anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan sebagainya demi untuk menaikkan nama sendiri, demi untuk mendapat kedudukan dan sebagainya. (kepada yang ikhlas, syukur Alhamdulillah)

4. Peniaga menaikkan harga barang ketika musim-musim perayaan. Mereka tahu pengguna pasti akan membeli sedang mereka juga perlu tahu, di musim perayaan pengguna banyak mahu menggunakan wang.

5. Menggunakan laluan kecemasan di leburaya yang sedang sesak. Ia pasti akan menerukkan lagi kesesakan di samping akan menyukarkan pasukan penyelamat sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Semoga kita sama-sama mengambil ikhtibar. Janganlah mengambil kesempatan di atas kesempitan / kesukaran orang lain.




Thursday, September 8, 2011

LEPAS BAYAR SAMAN TERIMA CEK DARI NUFFNANG

Ingatkan semalam merupakan hari yang malang pada diri aku kerana telah disaman oleh polis trafik. Namun rupa-rupanya semasa pulang dari kerja sesuatu yang membahagiakan apabila aku mendapat cek dari Nuffnang. Nuffnang ni macam sedang paham-paham saja yang aku sudah rabak RM 100.00 semalam.

Ini merupakan cek yang pertama aku terima daripada Nuffnang dan ternyata ianya bukanlah program pengiklanan yang tipu tetapi ianya benar. Ye lah... manalah tahukan, sekarang program di internet macam-macam ada. Ada yang tipu dan ada yang benar.


Bukan setakat Nuffnang beri cek saja pada aku semalam, pada hari ini dia berikan lagi keceriaan dengan memberikan double Buffer Earning (BE). Memang terbaik dari ladanglah Nuffnang ni. Aku baru saja nak berniat untuk mencuba-cuba company pengiklanan yang lain, erm... kalau macam ini tak jadilah. Aku mahu stay dengan Nuffnang. :) Lainlah kalau Nuffnang ni dah tak relevan lagi.


Lepas ni harap-harap dapat cepat dapat terima cek lagi dari Nuffnang.. :)

(Ps : Membodek Nuffnang aje aku dalam entry ni... )




Wednesday, September 7, 2011

SEDANG TERHARU MENDAPAT SURAT CINTA

Hari ini merupakan hari yang amat teruja dalam hidup aku apabila setelah selama 13 tahun aku tidak menerima surat cinta daripada Polis DiRaja Malaysia, dan hari ini dalam sejarah aku telah menerimanya kerana kesalahan meletak di garisan kuning. (padan muka aku)

Yang bestnya aku siap taruk kupon parkir, namun apa boleh buat, kalau Majlis Bandaraya mungkin boleh lepas, ini tak polis trafik maaa...

Inilah bentuk surat yang aku terima kira-kira pukul 12 lebih tadi.

I Love u la polis...

Dalam keadaan aku benar-benar teruja aku mengambil keputusan untuk terus membayarnya sebab balai polis trafik tak jauhpun dari pejabat aku, jalan kaki je. Oleh kerana aku ni tak suka menangguh-nangguh takut lupa bayar nanti, aku pun bayarlah... Nak tahu berapa? RM 300.00 maaa...

Gilalah... Ingatkan bayar dalam masa awal dapat bayar RM10.00, RM 20.00 ke, ini tidak sekali buka mulut RM 300.00.

Tapi aku tak bayar dengan harga tu. Disebabkan aku bayar awal sebelum 2 minggu, aku hanya dikenakan bayaran RM 100.00 sahaja. (aduhai, banyak juga tu...) Kata kerani polis tu, kadar bayaran dalam masa tertentu dapat dikurangkan. Dalam kes aku, boleh bayar RM 100.00, kalau dalam masa 2 minggu RM 150.00 dan kalau dah lambat sangat RM 300.00.

Resit dah bayar saman

Aduhai... Raya tu hari dahlah banyak rabak, ni lepas raya lagi rabak.. Padanlah sama muka aku, siapa suruh tak ikut peraturan.. Hahahah..