Sunday, August 28, 2011

PERTAMA KALI BERBLOGGING DI RUMAH

Hari ini dalam sejarah! Ape tak sejarahnya, hari ni merupakan kali pertama aku berblogging dan berinternet di rumah. Sebelum ni aku anya berinternet di pejabat dan sekali sekala di cyber cafe.

Nak tahu kenapa aku tiba-tiba berinternet di rumah? Bukan kerana apa, tetapi sebenarnya aku sudah masuk line internet di rumah. Yahoo... :) Aku menggunakan TM Streamyx. Dan rumah aku sekarang sudah mempunyai telefon rumah dengan pakej RM 10.00 sebulan dengan panggilan tempatan. Kalau panggilan kepada talian hanphone, kenalah bayar lain charge.

Kenapa aku pilih TM Streamyx? Sebabnya aku sudah survey terlebih dahulu. Bila dilihat kawan-kawan dan ahli keluarga aku yang lain yang menggunakan Broadband, ternyata ada masalah. Jadinya, tanpa mahu masalah itu melanda diri aku, aku ambillah pakej TM streamyx yang sememang laju dan tiada masalah. (buat masa nilah..)

Lepas ni adalah aku sedikit lebih masa untuk berblogging kat rumah. :)




Thursday, August 25, 2011

MARI KITA AJAR CINA DAN INDIA!!!

Memang tidak dinafikan bahawa di Malaysia ini masih lagi terdapat kaum Cina dan India yang masih belum fasih berbahasa Malaysia walaupun mereka sudah hidup lama di bumi Malaysia ini. Mereka bukannya tidak tahu bercakap dalam Bahasa Malaysia, tetapi sebenarnya percakapan mereka tidak sempurna dengan ditambah dengan slang bahasa masing-masing?

Salah siapa sebenarnya yang menyebabkan perkara ini berlaku? Sudah pastilah salah diri mereka sendiri kerana tidak mahu belajar menutur dengan baik. Tetapi mungkin ada silapnya juga kepada bangsa Melayu kita sendiri. Cuba-cubalah kita mengajar kaum-kaum Cina dan India ini dengan menggunakan Bahasa Malaysia dengan betul. Tetapi bagaimana caranya?

Caranya ialah kita sendiri menutur dalam Bahasa Malaysia yang standard apabila bercakap dan bertutur dengan kaum lain. Kita boleh praktikan di mana-mana tempat dan ketika bagi membolehkan kaum lain mempelajari Bahasa Malaysia secara tidak langsung.

Sebagai contohnya, apabila kita pergi ke kedai seorang Cina janganlah kita bertutur "Apek... Lu kasi itu gula satu kilo, beras dua kilo..." sebaliknya kita perlulah bertutur dalam Bahasa Malaysia yang standard dan mungkin boleh menggunakan bahasa baku dengan berbunyi "Pakcik... Tolong berikan saya sekilo gula dan dua kilo beras..." Erm... nampak tak perbezaannya? Bukankah bagus begitu, kalau semua orang mempraktikan seperti ini nescaya kaum lain yang berurusan dengan kita seperti ini akan mudah mempelajari Bahasa Malaysia dengan betul.

Contohnya lainnya, sekiranya kita pergi ke kedai gunting kaum India, tak perlulah kita bertutur seperti mereka juga macam ini "aney... ini rambut kasi potong pendek aaa...." sebaliknya adalah lebih elok kita bercakap seperti ini "abang.... rambut saya perlu dipotong pendek ye..." Bukankah sedap macam ni. Kalau kita biasakan macam ini pastinya suatu hari nanti dia pun sudah pandai bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan bagus.

Kalau kita bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan betulpun apa salahnya kan..? Bukankah Bahasa Malaysia itu indah dan penuh dengan aspek ilmu. Jadi mulakanlah bercakap Bahasa Malaysia yang standard pada kaum Cina dan India di Malaysia sebagai langkah untuk mengajar mereka bertutur dengan lebih sempurna.

(Ps : Entry ini tercipta setelah menghadiri suatu kursus baru-baru ini)



Wednesday, August 24, 2011

BERSEDEKAHLAH KERANA ALLAH S.W.T

Alhamdulillah, apabila tiba bulan Ramadhan ramai anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya dan juga golongan gelandangan tidak henti-henti menerima sumbangan berupa barangan dan juga wang daripada orang ramai. Ramai yang bermurah hati seperti orang-orang besar, ahli perniagaan dan orang perseorangan yang bermurah hati untuk bersedekah pada bulan yang mulia ini.

Syukurlah kerana masih ramai yang menyayangi golongan-golongan penerima sedekah ini bagi memastikan mereka juga berhak mengecapi keseronokan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.

Namun begitu, benarkah kita ikhlas untuk menderma? Adakah kita menderma ini kerana Allah Ta'ala ataupun ada sesuatu yang diinginkan?

Memang tidak dinafikan bahawa janji Allah Ta'ala akan memberikan kebaikan berganda kepada sesiapa yang mengamalkan bersedekah pada bulan Ramadhan, tetapi setiap derma yang disumbangkan hendaklah dari hati yang ikhlas dan suci.

Jangan ada kita bersedekah untuk mendapat nama. Jangan ada kita bersedekah untuk menunjuk-nunjuk. Jangan ada kita bersedekah sekadar untuk terpapar di dada akhbar. Bukan apa, takut lari niatnya kerana Allah Ta'ala. Seeloknya niatlah kita bersedekah kerana Allah Ta'ala. Insyaalah, sehingga mati amal sedekah jariah menyelamatkan kita di akhirat kelak. Wallahuaklam.