Wednesday, August 3, 2011

DALIL-DALIL YANG MEWAJIBKAN PUASA KE ATAS UMAT ISLAM

Firman Allah S.W.T :

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”

(Surah Al-Baqarah: 183)

Hadis Rasulullah S.A.W :

Ditegaskan oleh Rasulullah S.A.W melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan"

Sudah terang lagi nyata bahawa berpuasa di bulan Ramadhan itu adalah wajib. Namun mengapa masih ada umat Islam tidak mahu mengambil berat tentang kewajipan ini...?




Tuesday, August 2, 2011

CUCI MATA DI BULAN PUASA

Udang Bakar.... Yummy...

Air Tauhu.... Pehhh...

Pulut Panggang... Nyum.. Nyum...

Murtabak... Alahai...

Kuih Bakar Berlauk... Slluurrpp...

Ayam Percik... Mamamiaaa...

Air Tebu... Walaweiii...

Sesiapa terasa lapar tu, tahanlah... Biasalah, puasa mestilah lapar. Ada kira-kira 2 jam lagi mahu buka puasa. Lepas ni pergilah Pasar Ramadhan beli apa yang patut... :) Tapi ingat, membeli tu biar berpada-pada. Memang benar kita sedang lapar, tapi berapa banyak sangatlah kita boleh makan... Kalau kita makan ala kadar, perut pun tak senak, senang nak bergerak. Senang nak solat terawih...

Selamat Berpuasa semua... Marhaban Ya Ramadhan.... Sama-samalah kita tingkatkan ibadat kepada Allah S.W.T. Insyalaallah...

Gambar : Google Image





SEPINTAS LALU SISTEM PERUNDANGAN ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka merupakan dokumen tertua dan terpenting sekali. Kanun ini mengandungi beberapa fasa. Berikutan penerimaan Islam di Melaka peruntukan kanun ini bertambah menjadi 44 fasal. Undang-Undang ini wujud sejak Melaka dibuka dan dikemaskinikan oleh pemerintah terkemudian. Kerajaan Melaka merupakan kerajaan Melayu pertama mengubal kanun negeri dan peraturan pelayaran. 

Hukum Kanun Melaka mengambarkan susun lapis kepercayaan Melayu Lama, adat istiadat, peraturan istana, pantang larang, hukuman tentang jenayah dan sivil, sistem protokol, pemilikan tanah, peraturan mengenai pertanian dan penternakan turut dimuatkan. Peruntukan undang-undang di Melaka turut dipengaruhi hukum syarak. Kesalahan seperti penzinaan, murtad, mencuri, membunuh, minum arak, fitnah, tuduh menuduh dan juga perkara seperti ikrar, jualbeli, perjanjian, hutang piutang, syarat-syarat saksi di samping pernikahan dan undang-undang kekeluargaan mencontohi peruntukan syarak.

Undang-undang Laut Melaka pula adalah warisan bertulis yang unik, digubal bertujuan melicinkan perdagangan dan perkapalan. Isi kandungannya yang disempurnakan semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah mengandungi 20 fasal. Peraturan pelayaran, gelaran pegawai dan tugas serta bidang kuasa bertugas dalam kapal diperlicinkan.

Peraturan mengenai kebencanaan di laut, kapal karam dan lain-lain turut terungkap nakhoda mempunyai kuasa mutlak sehingga boleh menjatuhkan dan melaksanakan hukuman bunuh. Sebuah kapal di dalam pelayaran diumpama sebagai sebuah kerajaan. Undang-undang ini juga menyentuh mengenai kesalahan dan denda. Nakhoda merupakan peagawai utama yakni raja di dalam kapal. Jurumudi (malim) bertindak menjaga arah haluan pelayaran. Juru Batu memastikan keselamatan kapal, jawatan lain seperti tukang kanan, tukang kiri, tukang agung, senawi, awak-awak dan sebagainya berperanan menentukan kelicinan dan keselamatan pelayaran.