Monday, July 25, 2011

CONTEST AKU BERPUISI (IMPIAN GAZA ... PALESTIN)

Hari ni aku mau join contest yang dianjurkan oleh Muhamadazhan kerana dia telah invite aku untuk ke peraduan ini. Jadinya, aku menulis semula sebuah sajak yang pernah aku buat satu masa dahulu, dengan harapan saja-saja mahu join, kalau menang Alhamdulillah... Di sini aku tag 3 orang members SAHROM , AMRY DAN FAIZ untuk join contest ini. Bagi sesiapa yang mahu join, klik banner di bawah.

IMPIAN GAZA ... PALESTIN

Terpekik Terlolong Pinta Perhatian
Tiada Siapa Jiran Peduli
Jiranku Hanya Memejam Mata Memekak Telinga

Anak Bangsa Seagamaku Berlumuran Darah
Darah Mengalir Membasahi Bumi
Jiranku Hanya Memejam Mata Memekak Telinga

Peluru Menghujani Tubuh Yang Tak Berdosa
Bom Bom Meledak Bangunan
Sekolah, Masjid, Hospital Menjadi Lapang Sasar
Jiranku Hanya Memejam Mata Memekak Telinga

Apa Yang Ku Ada
Tiada Senjata, Tiada Perisai
Hanya Ketulan Batuan Menjadi Senjata
Hanya Sekujur Tubuh Menjadi Perisai
Dengan Kalimah Allahuakbar Kulempar Batuan Menjadi Peluru
Dengan kalimah Allahuakbar Kutahan Tubuh Menjadi Perisai Syahid

Impianku Allah Menghulur Bantuan
Seperti Ababil Menghapus Latnatullah

F.B. Mamat
9 Februari 2009 (2.55 Petang)
Bandar Hilir, Melaka




Friday, July 22, 2011

MALAYSIA IKAT CHELSEA 0-0

Kenapa tak percaya? Kalau nak dikatakan keputusan penuh perlawanan memang Chelsea menang 1-0, tapi kalau betul-betul punya keputusan semestinya Malaysia dan Chelsea terikat 0-0.

Keputusan 1-0 disebabkan oleh seorang penjaga garisan yang TIDUR! Apa penjaga garisan tu peminat setia Chelsea ke? Sampai sanggup mengesahkan gol tendangan percuma Drogba.

Pelbagai sudut kamera menayangkan bola tersebut namun jelas sekali ianya tidak gol. Bola tersebut memang hampir masuk tetapi tidak keseluruhan bola tersebut melepasi garisan gol.

Tahniah diucapkan kepada pemain Malaysia. Walaupun Chelsea menguasai permainan namun mereka gagal untuk menembusi bahagia pertahanan Malaysia yang kental dan berdisiplin. Pujian kepada semua pemain.

Walau apapun keputusan pengadil. Walau apapun keputusan perlawanan. Aku tetap dengan keputusan perlawanan malam tadi ialah 0-0.

PENJAGA GARISAN TIDUR!!!





Wednesday, July 20, 2011

DONDANG SAYANG

Dondang Sayang merupakan salah satu daripada nyanyian tradisional yang sangat unik dan berbeza dengan lagu-lagu tradisional yang lain, lemah lembut serta membuai perasaan dengan alunan melodinya yang menyegarkan.

Mula wujudnya di Negeri Melaka, Dondang Sayang bukan sahaja popular di kalangan orang Melayu malahan telah terkenal di kalangan Baba Nyonya di Melaka, Pulau Pinang, Singapura serta masyur juga di kalangan masyarakat Chetti dan Portugis di Melaka.


Dondang Sayang ini berasal dari zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah iaitu Raja Melaka yang terkenal dengan kewibawaannya dan ada pula pendapat mengatakan Dondang Sayang bermula ketika pemerintahan Portugis. Ada pendapat lain mengatakan ia berasal dari Sumatera dan terus berkembang di negeri Melaka.

Seni tradisi ini telah tersebar luas ke seluruh dunia Melayu khususnya di Kepulauan Nusantara lantaran perhubungan yang terjalin melalui :

I) Siasah empayar Melaka dan Johor - Riau

II) Perhubungan perdagangan melalui negeri Selat

III) Penubuhan Negeri-Negeri Selat di bawah pemerintahan Inggeris

IV) Kesan penjajahan Inggeris - Belanda

Pantun empat kerat menjadi lirik lagu Dondang Sayang. Penyanyi akan menyanyikanya dengan mendendangkan pantun tersebut.

Nyanyian Dondang Sayang dilagukan oleh penyanyinya secara berpasangan. Kecekapan berpantun dan menjawab pantun dengan spontan akan lebih memeriahkan lagi persembahan.