Tuesday, July 12, 2011

TIPS UNTUK MENJADI KAYA

Terlebih dahulu ingin dinyatakan bahawa ini bukanlah satu skim cepat kaya, tetapi ianya skim perlahan-lahan kaya. Ianya sah disisi undang-undang di Malaysia dan tidak perlu tanggung risiko kerugian seperti skim cepat kaya.

Apa dan bagaimana?

Sebenarnya ianya bukanlah apa, cuma pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Tetapi apa yang dikongsikan di sini bukannya menabung ASB seperti biasa, sebaliknya ianya ASB Loan (pinjaman pelaburan ASB)

Cuba lihat bagaimana ia boleh menjadikan kita boleh mengumpul duit yang banyak dalam masa singkat. (5 tahun misalnya)

Caranya :

---> Buat pinjaman ASB sebanyak RM 100,000.00

Tahun pertama :

---> Terima agihan dividen 8 % = RM 8,000.00

---> Jangan ambil duit ini dividen untuk membayar ansuran bulanan pinjaman ASB, sebaliknya simpan sahaja.

Tahun kedua :

---> Pinjaman RM 100,000.00 + RM 8,000.00 = 108,000.00

---> Terima agihan dividen 8% = RM 8,640.00

---> Seperti biasa jangan ambil duit ini dividen untuk membayar ansuran bulanan pinjaman ASB, sebaliknya simpan sahaja.

Tahun ketiga :

---> Pinjaman RM 100,000.00 + RM 16,640.00 (dividen tahun pertama dan kedua) = RM 116,640.00

---> Terima agihan dividen 8% = RM 9,331.20

---> Seperti biasa jangan ambil duit ini dividen untuk membayar ansuran bulanan pinjaman ASB, sebaliknya simpan sahaja.

Tahun keempat :

---> Pinjaman RM 100,000.00 + RM 25,971.20 (dividen dari tahun pertama hingga ketiga) = RM 125,971.20

---> Terima agihan dividen 8% = 10,077.70

---> Seperti biasa jangan ambil duit ini dividen untuk membayar ansuran bulanan pinjaman ASB, sebaliknya simpan sahaja.

Tahun kelima :

---> Pinjaman RM 100,000.00 + RM 36,048.90 (dividen tahun pertama hingga keempat) = RM 136,048.90

---> Terima agihan dividen 8% = RM 10,883.91

---> sekiranya mahu berhenti pada tahun yang kelima ini jumlah dividen yang diterima ialah RM 46,932.81.

Ok tak kalau dapat RM 46,932.81 dalam masa 5 tahun? Mungkin ramai yang sudah tahu kaedah ini, tapi ini sekadar ingin berkongsi kepada mereka yang masih belum tahu lagi cara untuk mendapatkan duit yang banyak dalam masa yang tertentu.

Mungkin ada di kalangan kita yang tak mampu buat pinjaman ASB sebanyak RM 100,000.00 namun ia juga boleh dibuat dalam amaun RM 50,000.00. Ini sajalah punca pelaburan yang terbaik bagi kita sebagai bumiputera. Harap kita dapat celik mata. Manakan tidak, sekiranya ASB dibuka kepada bukan bumiputera dalam masa beberapa hari saja kuota untuk mereka telah habis. Nampak tak mereka punya kepandaian?

Bersama-samalah kita menabung untuk masa depan kita dan anak-anak. Sesungguhnya masa depan sudah tentunya lebih mencabar dan memerlukan wang yang lebih banyak. Selamat mencuba.




Monday, July 11, 2011

BERSIHKAH MAKANAN YANG KITA MAKAN DI RESTORAN?

Zaman sekarang semua orang nak mudah. Itu ini semua nak mudah, begitu juga dengan hal makan. Sekarang tak perlu memasak di rumah, pergi saja ke restoran-restoran berhampiran dan pesan saja apa makanan yang dikehendaki.

Namun apa yang diragukan sama ada restoran yang kita pergi itu bersih atau tidak? Kalau benar di kawasan meja makannya bersih dan indah, bagaimana pula dengan dapurnya? Kakitangan pula bagaimana? Bukan setakat kebersihan saja, moral kakitangan dapur juga perlu diambil berat.

Baru-baru ini kita diperlihatkan tentang moral dan tahap kebersihan makanan yang ditunjukan di You Tube tentang satu restoran makanan segera yang popular. Memang tidak dinafikan bahawa restoran ini memang bersih dari segi zahirnya, namun dari segi batin segelintir kakitangannya amatlah busuk dan menjijikan.

Pemantauan berterusan oleh pengurus adalah perlu bagi memastikan perkara ini tidak berulang. Pastikan kakitangan yang diambil bekerja mempunyai moral yang tinggi. Kakitangan ini pula perlu diberi kursus sahsiah diri dan moral dalam penyediaan makanan bagi memastikan setiap hidangan yang dimasak, adalah bersih dari segi zahir dan batinnya.

Dilampirkan dua video yang jijik ini untuk tatapan bersama. Tepuk dada tanyalah selera.








Thursday, July 7, 2011

TAYANG BONTOT SATU KEBANGGAAN BAGI GADIS MELAYU SEKARANG

Di manakah perasaan malu di kalangan anak-anak gadis Melayu sekarang? Kalau kita lihat kembali pada zaman dahulu, gadis melayu ini merupakan gadis yang pemalu, bersopan santun dan berbudi bahasa. Tapi mengapakah kini mereka dilihat tidak lagi seperti dahulu?

Semasa kita memandu kenderaan, pastinya akan sekali sekala ternampak gadis Melayu yang membonceng motorsikal dengan memakai pakaian yang seksi sehingga ada kalanya menampakkan bontot dan seluar dalam dan ada yang hampir terlondeh terus seluar yang dipakainya. Tidak malukah mereka ini? Begitu murah maruah mereka ini sehinggakan sanggup memperlihatkan apa yang dimiliknya untuk tatapan umum.

Bukan saja semasa membonceng motorsikal, semasa duduk di tempat umum juga ada anak-anak gadis Melayu ini yang gemar menampakkan bontot mereka. Ada yang menyatakan bahawa ianya tidak sengaja. Kalau tak nak tidak sengaja, mengapa memakai pakaian yang pendek dan sendat? Sudah pastilah ia akan menampakan apa yang mereka patut tutupi itu.

Mungkinkah mereka ini kurang atau tidak memiliki didikan agama yang secukupnya? Atau mungkinkah ibu bapa mereka tidak kisah anak-anak mereka berpakaian sedemikian rupa. Subhanallah... Cukup-cukuplah. Bagi anak-anak gadis yang diluar sana, sama-samalah menjaga akhlak dan aurat masing-masing. Dunia ini semakin tua, dan ianya tempat yang sementara sahaja bagi kita dan akhirat jualah tempat yang kekal buat selamanya.

Sesungguhnya menjaga aurat itu wajib. Islam telah menetapkan hukuman-hukuman yang begitu berat bagi mereka yang mendedahkan aurat. Sedangkan mereka yang tidak menutup rambut (memakai tudung) begitu berat siksaannya, inikan pula menayangkan bahagian-bahagian sulit yang lain. Masyaallah, begitu berat siksaan Allah, tapi kita tetap melakukannya. Kebalkah kita? Tepuklah dada dan tanyalah iman.