Thursday, June 23, 2011

Monday, June 20, 2011

SINGAPOREAN ARE THE MOST DISGUSTING PEOPLE?

Benarkah rakyat Singapura menjengkelkan? Siapa sini rakyat Singapura sila angkat bahu. Benarkah anda menjijikan dan menjengkelkan? Bukan aku cakap ye, ni undian orang ramai yang memberitahu melalui undian di blog. Kalau nak tahu lebih lanjut, bacalah petikan di bawah ini.

Are Singaporeans the most "disgusting and "irritating" bunch of people around?

Well, users of one blog in Chinese seem to think so.

The blog 'Lion City Life', which is supposedly frequented by foreign nationals from China based in Singapore, had conducted a poll seeking feedback from respondents on the most "disgusting and "irritating" people.

Believed to be a poll starter, a person with the moniker of "sayangweiwei" had asked in Chinese, "Having been in Singapore, all must have met people from other countries. Which country's people are the most disgusting and irritating?"

Eight choices were provided, namely: Singaporean, Filipino, Malays, Malaysian, Japanese, Chinese (China), Korean and Indian.

According to socio-political website Temasek Review, the results as reflected on Thursday showed that Singaporeans were voted as the most "disgusting and irritating" people with 48.15 percent of the votes, followed by Filipinos and Malays who garnered 7.41 percent and 5.94 percent of the votes, respectively.

When Yahoo! Singapore tried to visit the site on Friday, the blog had been taken down.

This "poll" comes as a German TV variety show Galileo attracted attention here for tongue-in-cheek references to Singaporeans' way of life.

In an episode aired in early May this year, the show's host had said, "Singaporeans are not just crazy, they are tremendously crazy."

Sumber : Yahoo News

PS : Aku mempunyai sedara mara di Singapura, mereka semua ok je. Mungkin undian ini tidak mewakili keseluruhan rakyat Singapura. :)





ULASAN PERLAWANAN KELAYAKAN OLIMPIK 2012 LUBNAN VS MALAYSIA

Terlebih dahulu diucapkan syabas kepada semua pemain bolasepak Malaysia yang menang ke atas Myanmar dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada 18 Jun 2011 yang lepas di mana pasukan Malaysia telah menang dengan jaringan 2 - 0.

Syabas juga diucapkan kepada pasukan bolasepak Olimpik Malaysia yang bermain dengan begitu cemerlang semasa berlawan dengan Lubnan di Stadium Sport City, Beirut, Lubnan. Walaupun tiada jaringan yang dapat dihasilkan namun setiap pemain telah menunjukan prestasi yang memberangsangkan lebih-lebih lagi dalam separuh masa yang kedua.

Pertahanan negara yang diketuai oleh Khairul Fahmi dilihat begitu kental. setiap pemain pertahanan menunjukan disiplin dan kekebalan yang begitu menakjubkan sehingga sukar penyerang Lubnan untuk melakukan serangan. Pujian yang tinggi harus diberikan kepada setiap pemain pertahaan Malaysia.

Begitu juga dengan pemain tengah. Walau agak sedikit leka dalam separuh masa yang pertama, namun mereka telah bangkit pada separuh masa kedua dengan berani memegang dan mengawal bola dengan baik. Dalam aspek hantaran pula, telah banyak hantaran-hantaran yang berkualiti dilakukan dan berjaya melorongkan bola dengan cantik kepada penyerang.

Dalam aspek menyerang pula dilihat penyerang Malaysia sebenarnya lebih banyak menghasilkan cubaan-cubaan yang merbahaya berbanding Lubnan. Namun begitu, nasib tidak menyebelahi pasukan Malaysia keranan gagal melepasi halangan terakhir penjaga gol Lubnan.

Namun begitu, masih terdapat 90 minit yang kedua yang harus dihadapi di mana Malaysia pula bakal menjadi tuan rumah menentang Lubnan bagi perlawanan kedua pada 23 Jun 2011 ini. diharap pasukan Malaysia dapat mengekalkan prestasi dan terus berusaha lebih gigih bagi memastikan Malaysia dapat mengatasi Lubnan. Insyaallah. Malaysia boleh.