Wednesday, May 25, 2011

BERHENTI .......... SEBELUM .......... ?

Berhenti bercakap sebelum dimarah (murid sekolah)

Berhenti merokok sebelum sakit

Berhenti zina sebelum dapat HIV

Berhenti rehat sebelum tertidur (memandu)

Berhenti buat dosa sebelum mati

Berhenti kerja sebelum dipecat

Berhenti makan sebelum kenyang

Berhenti di lampu merah sebelum dilanggar

Berhenti bermain sebelum Maghrib

Rasanya masih banyak lagi yang boleh dikaitkan dengan "Berhenti ........ Sebelum ........" Korang ada idea silalah tambah. :)





ZAMAN ARTIS DAPAT HIDAYAH

Syukur alhamdulillah... Kini sudah beberapa artis di Malaysia ini sudah mendapat hidayah daripada Allah dan kembali ke jalan yang lurus. Kalau tak lama dulu, Bob Loqman telah mula berhijrah ke arena jalan yang benar, kini tiba giliran Sham Kamikaze pula mengikut jejak langkahnya. Ini semua kerja tuhan. Alhamdulillah...


Bob Loqman

Sham kamikaze

Kalau nak dilihat pada artis-artis Malaysia sekarang, lebih-lebih lagi perempuan. Pakaiannya seksi-seksi, terdedah sana-sini. Tidak ada perasaan malu apabila "barang" yang patut diselindung didedahkan. Tak tahukah dosa pahala? Malaysia ni kan negara Islam, buat cerita drama atau wayang teraskanlah ajaran agama Islam. Barulah duit yang diperolehi itu berkat. Ingatlah, matlamat tidak menghalalkan cara.

Syukurlah, ada artis-artis mulai sedar dan kembali ke jalan Allah. Lihat saja pengakuan Sham Kamikaze dalam laman You Tube, bagaimana beliau mulai sedar dan kembali ke ajaran Islam. Dulu kita kenal Sham tu siapa, artis rock, bersubang, berantai dan bergelang. Kini, nampak mukanya mula ada sinar. Moga-moga ia berterusan dan dipohon Allah menetapkan hati beliau untuk terus patuh pada perintah Allah.

Semoga selepas ini ada lagi artis-artis yang mulai insaf dan kembali ke jalan yang lurus serta benar. Aku berpesan juga pada diri aku sendiri.




IKUT RESAM PADI

Kenapa orang semakin kaya semakin berlagak? Semakin menjawat jawatan tinggi semakin tinggi egonya? Commonlah... Dunia ni tempat tumpangan sementara saja. Akhirat jualah tempat yang kekal buat selama-lamanya. Apa kita ingat kita ni hidup sampai bila-bila? Cuba-cubalah jadi orang baik. Tak menyusahkan orang dan tak mendatangkan kebencian dan kemarahan orang lain.

Agak-agaknya boleh tak di dunia ni terdiri daripada orang-orang yang baik-baik belaka? Mustahil tidak boleh. Kalau masing-masing manusia di dalam dunia ni berniat untuk melakukan kebaikkan, maka baiklah semuanya. Tapi disebabkan adanya sikap dan niat buruk dan ditambah lagi dengan hasutan iblis dan syaitan, maka berlakunya perlakuan buruk.

Lihat saja orang-orang yang kaya dan berjawatan tinggi (bukan semua), sombong, ego, berlagak. Apa mereka ingat kekayaan dan jawatan yang diperolehi boleh bawa ke kubur? Bukan salah nak cari kekayaan dan kejarkan pangkat. Tapi berpada-padalah. Ikutlah macam padi. Semakin berisi semakin tunduk. Bukan semakin berisi semakin mendada.

Gambar : Google

Pesanan aku pada mereka-mereka yang terasa ni, insaflah diri. Kembali ke jalan yang benar. Tak elok duk bermegah-megah diri. Tak elok duk berbangga diri. Sudah mati nanti, ke dalam tanah juga kita duduk. Bukan boleh bawa segala kekayaan, jawatan yang dibangga-banggakan itu. Satu lagi, nak kaya boleh, nak berjawatan tinggi boleh, tapi janganlah bongkak, sombong, ego. Tak kemana-mananya tu...