Tuesday, May 24, 2011

SELAMAT HARI MUZIUM 2011

Nak tahu kenapa aku menghilang sejak dari 18 hingga 23 Mei yang lepas? Sebenarnya aku terlibat dengan Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2011 di Negeri Sembilan darul Khusus. Pada tahun ini, Lembaga Muzium Negeri Sembilan menjadi tuan rumah.

Pelbagai acara dijalankan selama seminggu yang lepas, antaranya pameran, sukan, seminar, bengkel bongai, larian muzium, kembara muzium dan pelbagai lagi. Memang sangat menarik. Aku pun duduk berkampung selama seminggu di sana.

Dalam acara sukan, kami dibahagikan kepada zon-zon. Kami dalam Zon Selatan terdiri daripada Perbadanan Muzium Melaka, Yayasan Warisan Johor dan Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Dalam acara sukan kami di Zon Selatan hanya mendapat beberapa pingat seperti Menyumpit (Johan), Dam Aji (Naib Johan), Bola Tampar (Naib Johan), Boling (Naib Johan) dan Sepak Takraw (Naib Johan).

Lain-lain yang dimenangi seperti nyanyian Bongai (Tempat Ketiga) dan acara menembak (Naib Johan). Kiranya kami ni balik dengan tanpa tangan kosong jugalah.

Kepada semua warga muzium di Malaysia, aku ucapkan Selamat Hari Muzium. Semoga berjaya selalu...




Monday, May 16, 2011

BANNER / GAMBAR UCAPAN SELAMAT HARI GURU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Masa rehat tadi ada masa terluang sikit, jadi aku buat beberapa ucapan sempena Hari Guru ni. Bagi sesiapa yang berminat bolehlah ambil.







Sajak untuk guru >> KLIK <<



KERANAMU CIKGU, KU TAHU BACA DOA QUNUT

Guru umpama lilin. Sanggup membakar diri untuk menerangi orang lain. Begitu mulianya kerjaya guru ini, bukan hanya mengajar malah memberikan pendidikan yang sempurna untuk memastikan setiap anak-anak muridnya berjaya di dunia dan di akhirat.

Kalau tiada guru, apa akan jadi kepada kita? Adakah ibu bapa kita sahaja yang boleh mengajar kita? Tidak. Gurulah insan yang paling layak untuk mengajar dan sekolah merupakan institusi pembelajaran yang wajib dihadiri oleh setiap anak-anak untuk menimba pelbagai ilmu.

Terkenang seketika dahulu semasa aku bersekolah rendah (darjah berapa tak ingat). Ada seorang ustazah mengajar membaca Doa Qunut. Beliau suruh kami semua menghafalnya dan minggu seterusnya dia akan menguji setiap murid dan memastikan kami semua menghafalnya. Nak dijadikan cerita, pada minggu yang dinantikan, aku dan beberapa orang murid-murid lain tak dapat menghafal Doa Qunut dan kami telah didenda. Nak tahu denda apa? Punyalah malu, kami semua kena merangkak-rangkak melalui sederet bangunan sekolah. Pergi dan balik merangkak. Pelajar-pelajar kelas lain tengok dan ketawa. Mak ooii.. Punyalah malu.

Tapi akhirnya, setelah bertungkus lumus cuba menghafal, aku berjaya menghafalnya. Alhamdulillah, sehingga kini aku hafal Doa Qunut. Kalau sesiapa yang belum menghafal Doa Qunut tu, di sini aku ada sediakan DOa Qunut untuk kita sama-sama menghafal dan mempraktikkannya.

Doa Qunut