Thursday, May 12, 2011

LUKISAN BUDAK BERUSIA 3 TAHUN

Hehe.. "Budak" yang aku nyatakan ni ialah anak aku le... Namanya Muhammad Fahim. Malam tadi dia tidur awal, lepas tu dalam pukul 11 malam dia bangun pulak. Puas suruh tidur, dia tak mau tidur. Akhirnya aku sediakan kertas lukisan, berus lukisan dan warna poster untuk dia melukis.

Nak tau apa yang dia lukis?

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v






Tuesday, May 10, 2011

JEREBU MELANDA MELAKA

Dari pagi tadi aku perhatikan, kenapa macam berasap saja kat luar ofis aku ni. Rupa-rupanya jerebu sedang melanda negeri Melaka. Patutlah dari tadi asap tak hilang-hilang. Baru rehat tadi duk melayari Facebook, dan ternampak pulak gambar yang diambil oleh Encik Kamal (juru kamera tempat aku kerja) perihal jerebu yang sedang berlaku di Melaka.




Kalau jerebu-jerebu macam ni memang tak baik untuk kesihatan. Lagi-lagi buat mereka yang mengidap asma atau semput. Oleh itu, kalau takde benda yang penting yang hendak dilakukan, lebih elok duduk sahaja di dalam rumah atau dalam ofis. Kalau nak keluar juga eloklah gunakan penutup muka.

Tak tahulah apa puncanya berlaku jerebu ni. Ada pihak yang mengatakan ada berlaku pembakaran di Kalimantan. Tak tahulah, wallahuaklam. Tapi kalau nak diikutkan yang lepas-lepas, memang itulah puncanya. Kalau macam tu, orang-orang di Malaysia ni juga janganlah suka-suka buat pembakaran terbuka. Sudahlah sekarang musim panas. Kalau hujan, bolehlah kurangkan sedikit jerebu ni.

Negeri lain macamana? Kena jerebu juga tak?




KESAN DARI KENAIKAN HARGA GULA

Hari ini kita sebagai rakyat Malaysia sekali lagi dikhabarkan dengan "berita gembira" iaitu kenaikkan harga gula. Harga gula yang dahulunya berharga RM 2.10 sekilogram kini meningkat kepada RM 2.30 sekilogram iaitu kenaikkan sebanyak RM 0.20 sen.

Dalam kenaikkan harga ini terdapat beberapa kesan yang baik dan tidak baik. Nak tahu apa kesannya? Teruskanlah membaca :-

1) Harga makanan dan minuman di kedai makan / restoran akan naik (eeee.. gembiranya aku)

2) Lain-lain barangan melibatkan makanan dan minuman akan naik (aaa... seronoknya)

3) Taukeh gula akan terus kaya (iiyyaahooo)

4) Kurangnya pengambilan gula dan kurangnya risiko Kencing manis (agaknyalah...)

5) Kerajaan akan dapat kurangnya subsidi dan boleh menumpukan kepada pembangunan yang lain (harap-haraplah ye...)

6) Orang-orang kampung yang menyara hidup dengan menjual kuih muih terpaksa naikkan harga kuih (jangan sekeping RM1.00 sudah...)

7) Semut mula berkurangan kerana orang sekarang tak bazirkan gula. Gula tak bersepah-sepah (kesian si semut)