Dari pagi tadi aku perhatikan, kenapa macam berasap saja kat luar ofis aku ni. Rupa-rupanya jerebu sedang melanda negeri Melaka. Patutlah dari tadi asap tak hilang-hilang. Baru rehat tadi duk melayari Facebook, dan ternampak pulak gambar yang diambil oleh Encik Kamal (juru kamera tempat aku kerja) perihal jerebu yang sedang berlaku di Melaka.
Kalau jerebu-jerebu macam ni memang tak baik untuk kesihatan. Lagi-lagi buat mereka yang mengidap asma atau semput. Oleh itu, kalau takde benda yang penting yang hendak dilakukan, lebih elok duduk sahaja di dalam rumah atau dalam ofis. Kalau nak keluar juga eloklah gunakan penutup muka.
Tak tahulah apa puncanya berlaku jerebu ni. Ada pihak yang mengatakan ada berlaku pembakaran di Kalimantan. Tak tahulah, wallahuaklam. Tapi kalau nak diikutkan yang lepas-lepas, memang itulah puncanya. Kalau macam tu, orang-orang di Malaysia ni juga janganlah suka-suka buat pembakaran terbuka. Sudahlah sekarang musim panas. Kalau hujan, bolehlah kurangkan sedikit jerebu ni.
Negeri lain macamana? Kena jerebu juga tak?