Tuesday, May 10, 2011

KESAN DARI KENAIKAN HARGA GULA

Hari ini kita sebagai rakyat Malaysia sekali lagi dikhabarkan dengan "berita gembira" iaitu kenaikkan harga gula. Harga gula yang dahulunya berharga RM 2.10 sekilogram kini meningkat kepada RM 2.30 sekilogram iaitu kenaikkan sebanyak RM 0.20 sen.

Dalam kenaikkan harga ini terdapat beberapa kesan yang baik dan tidak baik. Nak tahu apa kesannya? Teruskanlah membaca :-

1) Harga makanan dan minuman di kedai makan / restoran akan naik (eeee.. gembiranya aku)

2) Lain-lain barangan melibatkan makanan dan minuman akan naik (aaa... seronoknya)

3) Taukeh gula akan terus kaya (iiyyaahooo)

4) Kurangnya pengambilan gula dan kurangnya risiko Kencing manis (agaknyalah...)

5) Kerajaan akan dapat kurangnya subsidi dan boleh menumpukan kepada pembangunan yang lain (harap-haraplah ye...)

6) Orang-orang kampung yang menyara hidup dengan menjual kuih muih terpaksa naikkan harga kuih (jangan sekeping RM1.00 sudah...)

7) Semut mula berkurangan kerana orang sekarang tak bazirkan gula. Gula tak bersepah-sepah (kesian si semut)




NYARIS TERBELI IPAD

Aku ni bukanlah tergila-gila sangat nak beli Ipad ni, tapi malam tadi selepas Maghrib aku bawa orang rumah dan anak aku pergi jalan-jalan survey Ipad. Niat di hati ada jugalah nak beli tapi aku duk berkira-kira juga. Berfikir juga, nak beli untuk apa? Perlu ke?

Memula aku pergi satu emporium menjual barangan elektrik dan computer gadget. Aku duk survey Apple Ipad. Memang cun. Harganya dalam RM 1700 ++ (Bukan Ipad 2). Aku dan orang rumah puas bertanya-tanya perihal gadget tu dengan jurujual yang berada di situ. Tapi malangnya jurujual tu macam tak tahu sangat pasal Ipad tersebut. Aku ni dahlah kureng sikit pasal IT ni, ditambah lagi dengan information yang diberikan tidak mencukupi dan tidak memuaskan hati aku. Last-last aku tinggalkan saja jurujual tu. Aku siap call member aku di bahagian IT untuk mendapatkan makluman lanjut pasal Ipad, tapi dia pun hanya tau sikit-sikit saja.


Apple Ipad

Kemudiannya aku pergi pula Tesco, ada ternampak Samsung Galaxy Tab. Lebih kecil dari Apple Ipad. Skrin hanya 7 inci. Menarik. Pelbagai fungsi terdapat dalam gadget ni. Boleh layari Internet dan boleh berfungsi sebagai telefon. Jurujual dia peramah, cerita macam-macam dari A - Z perihal gadget tersebut. Aku dah dapat maklumat yang mencukupi dan faham akan segala fungsinya. Macam ni lah dikatakan jurujual, tahu pasal produk. Ni tak, orang tanya tapi tak tahu. Tapi aku still sampai sekarang, berkira-kira jugak samada nak beli atau tidak. Harganya RM 1500 ++.

Samsung Galaxy Tab

Dalam perjalanan pulang ke rumah aku tanya orang rumah samada nak beli Ipad ataupun lebih baik beli laptop saja. Orang rumah aku beritahu lebih baik beli laptop saja. Senang nak taip, senang nak buat kerja. Erm.. Betul jugak tu.

Semua yang membaca ni, adakah baik aku beli Ipad atau Laptop. Tolong beri cadangan pada aku yang kurang pemahaman IT ni.





Monday, May 9, 2011

KENAPA MAN. UTD. BERHAK MENANG MELAWAN CHEALSEA MALAM TADI?

Terlebih dahulu aku pohon maaf kepada fan Chealsea yang meratapi kekalahan malam tadi. Korang sebenarnya bukan kalah, tapi sekadar tak mampu untuk menang. Pendek cerita, Man. Utd. bukan tandingan Chealsea. :)

Tapikan.. Tahu tak kenapa Man. Utd. berhak menang malam tadi. Sudah tentulah ada cerita di sebaliknya. Nak tahu.. Nah baca ni.. :

Glory... Glory

1st Scorer

Melompat Lebih Tinggi...

Main Hantuk Kepala

Giggs The Lagend Who Still Play

Muram dan Kusam

1) Manchester United sudah memang terbukti pasukan yang terbaik berbanding pasukan lain.

2) Manchester United tidak membeli pemain sesuka hati macam pasukan lain. Man. Utd. lebihkan pembangunan sukan sejak dari akademinya lagi. Pasal tu kita lihat pemain Man. Utd. ramai terdiri daripada pemainya sendiri.

3) Manchester United tak bertukar-tukar pengurus. Seorang pengurus dapat menguruskan pasukan dalam tempah berpuluh tahun tanpa ditukar-tukarkan. Cayalah Sir Alex.

4) Manchester United nampak macam takde players star, tapi sebenarnya mereka ni semua berbakat dan boleh bermain dengan baik. Tak macam pasukan lain, nampak macam star tapi nothing.

5) Satu lagi fakta yang ada tertulis masa perlawanan sedang berlangsung, "Man. Utd. tak pernah kalah kalau sudah mengatasi 2-0 di separuh masa pertama". Tapi seri pernahlah. Nasib baik lah malam tadi tak seri. :)

Kepada fan Chealsea, harap bersabar ye.. Jangan mudah putus asa, Ada 2 lagi perlawanan bakal diadakan. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam tak timbul-timbul.. :)