Sekiranya benarlah apa yang dikhabarkan, Al-Fatihah buat Allahyarham Osama bin Laden. Semoga rohnya dicucuri Rahmat. Amin
Wednesday, May 4, 2011
Tuesday, May 3, 2011
SIAPA OSAMA BIN LADEN?
Osama bin Mohammed bin Awad bin Laden yang secara popular dikenal dengan Osama bin Laden, dilahirkan pada tanggal 28 Jun 1957 di kota Jeddah, Arab Saudi, kawasan pantai Laut Merah. Osama adalah anak ke 17 dari 52 orang anak bersaudara.
Bapanya bernama Mohammed bin Laden, adalah seorang petani miskin dari Yaman yang kemudian berpindah ke Arab Saudi selepas Perang Dunia II. Di tempat yang baru ini Mohammed bin Laden memulakan kerjayanya yang baru bergerak dalam bidang perniagaan pembangunan. Pada akhirnya beliau mendapat banyak kontrak bagi pembangunan masjid-masjid dan istana-istana yang sangat bernilai dari pemerintah Arab Saudi. Oleh kerana itu beliau telah mengembangkan tali persahabatan yang sangat akrab dengan keluarga Kerajaan Saudi. Mohammed bin Laden kemudian telah menjadi salah seorang yang paling kaya di Arab Saudi, yang dianggarkan memiliki aset jutaan dollar Amerika Syarikat. Dari keuntungannya ini dianggarkan Mohammed bin Laden memiliki saham sejumlah hampir 300 juta dollar Amerika.
Ketika di usia remaja, Osama bin Laden telah bergabung dengan gerakan Wahhabi Konservatif-Baru (Ultrakonservatif) dan beliau pernah menyertai jabatan polis yang menegakkan undang-undang syariah. Osama adalah seorang bekas mahasiswa Universiti Raja Abdul Aziz di Jeddah, dimana beliau berguru kepada salah satu di antara gurunya,iaitu Sheikh Abdullah Azzam. Guru Abdullah Azzam inilah yang kemudian diketahui sebagai tokoh utama yang memainkan peranan menggerakkan sokongan kepada bangsa Arab bagi kaum Mujahidin yang berperang melawan kependudukan Russia di Afganistan. Osama bin Laden lulus pengajiannya dan mendapat ijazah sarjana tahun 1979 dalam bidang Ekonomi dan Pengurusan.
Osama bin Laden mula membangunkan jaringan komunikasinya pada tahun 1979 ketika beliau ke Afganistan menyertai perang kaum pejuang Afgan yang dikenali sebagai kaum mujahidin yang tetap bertahan dan bertempur melawan Kesatuan Soviet. Osama mengeluarkan dana daripada aset kekayaannya dan pengaruh keluarganya bagi gerakan pertahanan Afgan dan membantu kaum Mujahidin dengan bantuan logistik dan bantuan kemanusiaan. Osama juga terlibat mengambil bahagian dalam beberapa pertempuran selama perang Afganistan.
Ketika peperangan melawan Soviet hampir berakhir, Osama menubuhkan gerakan Al -Qaeda, sebuah organisasi bekas pejuang Mujahidin dan para penyokong lainnya yang membantu menyalurkan baik dana dan pasukan pejuang untuk gerakan pertahanan Afgan.
Ketika tentera Soviet berundur keluar dari Afghanistan, Osama bin Laden pulang ke Arab Saudi dan menceburi perusahaan pembinaan dan pembangunan milik keluarga, Kumpulan Perusahaan Bin Laden. Di sini beliau kemudiannya bersama dengan kelompok orang-orang Saudi yang haluan kiri dan menentang pemerintahan kerajaan / monarki Saudi, iaitui terhadap Keluarga Raja Fahd. Pada tahun 1995 Osama bin Laden membangunkan infrasruktur di Sudan ketika hubungannya dengan Presiden Umar Al Basyir dan Dr Hasan Turabi yang memerintah Sudan.
Pada tahun 1994, Pemerintah Saudi menarik hak kewarganegaraan Osama dan membekukan seluruh aset dan kekayaannya di seluruh negara. Menurut Pemerintah Amerika Syarikat, Al-Qaeda telah meniru gerakan-gerakan perikatan dengan pola pemikiran golongan fundamentalis, seperti misalnya golongan Al-Jihad di Mesir, Gerakan Hizbullah di Iran, Front Islam Nasional di Sudan, dan kelompok-kelompok jihad lain di Yaman, Saudi Arabia dan Somalia. Organisasi Osama bin Laden juga memiliki ikatan-ikatan dengan "Kelompok Islam" yang pada suatu ketika dibawah pimpinan Syaikh Omar Abdel Rahman, seorang ulama Mesir yang di jatuhi hukuman penjara seumur hidup sejak pengakuannya pada tahun 1995 menggagalkan persekongkolan meletupkan beberapa tempat di kawasan bandar New York. Pada akhir tahun 1990-an dua orang anak Sheikh Rahman bergabung bersama kekuatan tentera dan perjuangan Osama bin Laden.
Sejak tahun 1992, Pemerintah Amerika Syarikat memberi amaran bahawa Osama bin Laden dan anggota-anggota lainnya dari gerakan Al Qaeda menjadi sasaran tentera Amerika yang bertugas di Arab Saudi dan di Yaman, dan kesatuan ketenteraan yang ditugaskan di Gurun Afrika, termasuk di Somalia. Pada bulan Oktober 1993, dilaporkan 18 orang anggota tentera kebangsaan Amerika Syarikat yang bekerja untuk bantuan kemanusiaan di Somalia terbunuh di sana ketika menjalankan kerja sosial mereka. Mayat tentera pekerja sosial itu diseret dan dianiaya di sepanjang jalan-jalan raya. Pada tahun, Osama bin Laden dikenakan hukuman atas tuduhan melatih orang-orang yang terlibat dalam serangan pembunuhan tentara pekerja sosial tersebut dan beliau menyatakan bahawa para pengikutnya bersama kaum Muslim setempat telah membunuh tentera-tentera itu. Perundangan Amerika Syarikat turut menuduh bahawa Osama bin Laden memiliki jaringan dengan serangan-serangan yang gagal ke atas dua hotel di Yaman di mana para tentera Amerika Syarikat bermalam dalam perjalanan mereka ke Somalia.
Pada 7 Ogos 1998, lapan tahun selepas tentera AS di tugaskan beroperasi di Arab Saudi, dua trak mengandungi bom meletup di luar Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Nairobi, Kenya dan di Dares Salaam, Tanzania. Osama bin Laden mengaku tidak bertanggungjawab, tetapi para Hakim menegaskan keterlibatan dan kesalahannya itu terbukti dengan adanya surat-surat faksimili yang dikirimkan oleh kelompok Sel Osama di London setidaknya kepada tiga agen penjualan media internasional. Para Hakim juga menunjukkan pengakuan penjenayah tertuduh pelaku pengeboman Kedutaan-Kedutaan Besar yang mengaku mereka adalah anggota gerakan Al- Qaeda.
14 kemudian, pada 20 Ogos 1998, Presiden Bill Clinton memerintahkan armada Kapal Perang Amerika Syarikat menggempur kem-kem di Afganistan yang disyaki sebagai markas latihan pengganas dan penggempuran ke atas kilang pengujian bahan kimia di Khartoum, Sudan. Osama bin Laden selamat dari serangan itu dan dijatuhkan hukuman oleh kerajaan Amerika Syarikat atas tuduhan sebagai perancang serangan-serangan bulan November 1998.
Presiden George W. Bush telah menyatakan bahawa Osama adalah tertuduh utama dalam serangan pengganas di bandar New York dan Washington pada 11 September 2011 dan serangan pengganas yang lain ke atas Kedutaan-Kedutaan Besar Amerika Syarikat, kapal-kapal perang, dan aset-aset Amerika Syarikat yang lain.
Sumber : Wikipedia

KOLEKSI BARANG ANTIK
Akibat terpengaruh dengan rancangan televisyen di siaran Astro History iaitu rancangan Pawn Star dan American Picker, aku telah mencuba-cuba mengumpul barangan antik / lama. Barang-barang antik / lama ini aku dapat dari rumah mak aku, rumah mak sedara dan ada yang aku beli sendiri. Buat masa ni aku mahu mengumpul sahaja. Ada pengumpul barangan antik / lama ini menjadikannya sebagai pekerjaan iaitu dengan menjual barangan ini. Tapi bagi aku, aku hanya untuk mengumpul dulu, kalau nak jualpun mungkin pada masa-masa yang akan datang.
Nak tengok apa barang yang aku ada : -
Ini dipanggil pahar. Pahar ini diperbuat daripada tembaga, dan aku mempunyai 2 buah yang aku minta dari mak aku. Aku ambil 2 sahaja, tapi di rumah mak aku ada beberapa buah lagi. Pahar ni kebiasaanya berperanan sebagai dulang. Ia biasa dijadikan objek untuk menempatkan barang hantaran perkahwinan. Tapi masa sekarang masih menggunakan lagi, tapi sudah agak moden, pahar dibuat daripada perak, aluminium mahupun plastik bagi memudahkan orang mengangkatnya.
Orang-orang dahulu juga menggunakan pahar ini untuk menempatkan tepak sirih di atasnya. Pendek kata, pahar ni fungsi dia macam dulang.
Yang ni pasti ramai yang tahu. Inilah bekas merenjis air mawar. Diperbuat dari tembaga. Kalau orang kahwin tu biasanya benda inilah yang digunakan untuk merenjis air mawar di tangan pengantin. Benda ni aku dapat kat rumah mak aku juga. Ada 4 buah, dulunya banyak, tapi puas aku mengeledah setor rumah mak aku tapi hanya 4 buah ni saja yang dapat aku temui.
Barang ini bapa aku beli di India, mungkin pada lewat tahun 60 - 80 an (tak pasti). Bapa aku dulu belayar kapal. Aku masih ingat, masa kecik-kecik dulu aku suka bermain dengan benda ni. mak aku simpan dalam almari je sebagai hiasan.

Yang ni pula datang satu set bekas renjis air mawar seperti di atas. Juga dibeli di India oleh bapa aku. Aku tak pasti barang ni untuk apa, tapi menurut bapa aku, bekas ini adalah tempat meletak lada sulah, lada hitam ataupun garam. Erm.. Mungkin juga ada benarnya kerana ke bahagian atas bekas ini ada lubang-lubang kecil, mungkin untuk mengeluarkan bahan-bahan tersebut.
Seingat aku, masa kecik dulu benda ni ada 4-5 buah, tapi puas jugak aku cari tak jumpa. Akhirnya yang 2 buah ini sajalah yang aku temui di dalam setor mak aku.
Pinggan tembaga. Datangnya juga dari India satu set dengan barangan di atas. Ni pun satu, dulunya banyak jugak, tapi sekarang hanya tingga 3 buah saja. Takpe, nanti senang-senang aku pergi double check kat setor mak aku. Cari lagi, mana tahu ada terjumpa barang yang lagi baik.
Yang ni pula ialah paip. Bukan paip air tapi paip tembakau. Kepunyaan bapa aku. Sekarang bapa aku tak hisap paip dan rokok lagi, oleh itu aku ambil dan simpan saja paip ini sebagai satu lagi sejarah dalam keluarga aku. Dahulu, orang yang berlayar kapal memang suka hisap paip, termasuklah bapa aku. Aku pernah bertanya kepada seseorang, kalau dahulu dalam kapal kapten kapal yang suka hisap paip (tapi bapa aku bukan kapten kapal)
Paip ni kalau baru aku tak heran, tetapi paip lama yang berusia kira-kira 20-30 tahun.
Ha, nak tahu ni apa? Inilah bekas kuih raya. Kenapa aku simpan bekas kuih ni? Sebabnya ia adalah barangan nostalgia bagi diri aku. Benda ni ada sejak aku kecil lagi. Dulu-dulu hari raya mesti guna bekas ni. Bukan rumah mak aku saja, rumah arwah nenek aku pun menggunakan bekas yang sama. Di belakang bekas ini ada dicetak "England". Ada satu set di setor rumah mak aku, tapi aku hanya ambil 2 buah ni saja untuk simpanan aku.
Ni acuan kuih baulu. Memang ada yang baru, tapi ini jenis yang lama punya. Diperbuat daripada tembaga. Aku jumpa bekas ni di belakang rumah mak aku (dekat dengan reban ayam). Memang dah tak gunakan lagi ini. Jadinya, untuk menghindari ia hilang begitu saja, aku simpan buat kenang-kenangan.
Ni pula acuan kuih bakar. Pernah makan tak kuih bakar? Memang sedap kuih ni. Masa aku kecik-kecik dulu mak aku meniaga kuih. Hari-hari mak aku buat kuih. Tugas aku balik sekolah kena cuci barang-barangan bekas-bekas kuih termasuklah bekas ni. Dan hari-hari jugaklah mak aku upah RM1.00 sehari. :)
Nak tahu berapa lama bekas kuih bakar ni, sampai berlubang-lubang dibuatnya. Yang ni pun aku jumpa kat reban ayam rumah mak aku.
Ni botol minuman. Sekarang tak guna lagi botol-botol kaca ni, sekarang guna plastik saja. Mungkin usianya tidak selama mana, tetapi ia akan jadi kenangan bagi aku. Kerana apa? Kerana aku dulu masa sekolah, aku buat part time buat air kat kedai datuk sedara aku. Dapatlah dalam RM 100.00 - RM 150.00 sebulan.
Baru-baru ni datuk sedara aku telah robohkan kedai lamanya dulu dan aku terlihat botol-botol ni diletakkan di sebelah rumah beliau, oleh itu aku dengan tanpa segan silu telah mintak botol-botol ini, kerana ianya merupakan kenangan aku yang pernah bekerja dengan beliau. Ada banyak botol-botol ni, tapi aku ambil satu-satu jenis sebagai kenangan.
Bekas tembaga ini pelbagai guna. Ada yang menggunakan untuk menadah air mawar, ada yang menggunakan sebagai mangkuk air basuh tangan dan ada juga menggunakan sebagai bekas bara. Terpulanglah kepada cara mana yang orang mahu menggunakannya. Bekas ni dalam keluarga aku digunakan sebagai bekas bara. Sesiapa yang terkena semut gota (merah-merah satu badan) secebis jala ikan akan dibakar bersama arang yang mengasapkan bahagian-bahagian yang terkena semut gota tersebut (maaf kalau silap eja)
Ini pula ialah sehelai dokumen lama iaitu dokumen tahun 1948 yang juga dilekatkan sehelai setem Malaya. Dokumen ini ialah dokumen pembaharuan insuran The South British Insurance Company Limited. Rasanya tiada lagi company ni di Malaysia, ataupun sudah tukar dengan nama baru. dokumen ini aku beli dengan seorang collector di Mudah.com dengan harga RM ........
Ni yang last sekali ialah antara koleksi setem aku. Ada setem yang lama-lama sejak sebelum merdek hinggalah yang terbaru. Tapi tak semua dapat aku kumpul. Baru berjinak-jinak nak kumpul setem. Setem yang lama-lama biasanya aku beli sendiri. Yang mana baru-baru tu, setem-setem yang aku dapat, aku simpan.
Sekarang ni aku still survey-survey mana-mana barang antik yang aku mampu beli. Kalau mampu aku beli, kalau tak, tak belilah jawabnya. Aku membeli barang yang ada berkaitan atau bersamaan dengan kehidupan mahupun sejarah aku dan keluarga aku. Manalah tahu akan datang nanti semasa sudah bersara, aku boleh buat private museum... :)
Korang yang duduk membaca ni, kalau ada barang-barang lama atau antik kat rumah tu, jaganlah buang saja. Kalau rasa minat, bolehlah simpan, kalau tak beri saja pada aku.. :)

Subscribe to:
Posts (Atom)