Friday, April 29, 2011

AKSI PANAS : PERLUKAH?

Perlukah filem-filem atau drama-drama di Malaysia yang dikatakan 'Negara Islam' ni menayangkan aksi panas untuk paparan umum? Walaupun nampak tak keterlaluan tapi bukankah ia akan sedikit sebanyak akan mempengaruhi minda anak-anak kecil dan para remaja untuk melakukan perlakuan sedemikian rupa juga.

Kalau ia dimainkan di panggung wayang mahupun di kaca televisyen, adakah kita mampu untuk menghalang anak-anak untuk menontonnya? Sekiranya kita ada bersama mereka, pastinya kita dapat mengawal. Tapi apa halnya pula sekiranya di belakang kita. Bukankah mereka akan turut menonton walaupun hakikatnya ia telah dikelaskan dalam kategori 18 SX atau sebagainya.

Terbaru, sebuah filem arahan Osman Ali yang diadaptasi dari sebuah novel bertajuk Ombak Rindu turut tidak terkecuali menayangkan sedutan aksi panas antara Aaron Aziz dan Maya Karin. Kita yang sudah dewasa ni pun agak tak senang dengan aksi ini dipaparkan apakan lagi untuk ditonton oleh remaja yang belum berkahwin.


Sudah-sudahlah tu para producer mahupun penerbit filem membuat selingan seperti ini. Bukan semua orang sukakannya. Memang benar pasti ada yang akan menyatakan "kalau tak suka jangan tengok", tapi adakah sekadar dengan meng"ignore"kan saja ia mampu memperbetulkan keadaan? Kita sama-sama perlu saling menegur sekiranya ada kesalahan dan kesilapan dalam satu-satu hal agar ia tidak diulangi dan dapat dibendung. Kalau tak, pastinya ia akan berterusan dan terus menggalakan.

Sedarlah... Kita ini beragama Islam. Ada had-had tertentu, yang mana boleh dilakukan dan mana yang tidak.

Apa kata hati korang, perlukah?



Thursday, April 28, 2011

KAKITANGAN KERAJAAN BAKAL NAIK GAJI?





Erm.. Nampaknya ada khabar angin yang menyatakan bahawa kakitangan kerajaan akan naik gaji. Betul ke? Kalau tak naik camne? Kalau naik, gerenti aku pun suka.

Ada desas desus mengatakan :

- Gaji kakitangan sokongan akan naik dari 15 %- 20 %, atau
- Kerajaan akan menaikan gred kakitangan kerajaan, atau
- Kerajaan akan mansuhkan elaun COLA dan membuat penyelarasan gaji yang baru.

Dengar cerita ELAUN COLA pun naik naik, betul ke?


Tapi tak taulah betul ke tak ni. Wallahuaklam. Kalau nak diikutkan, rasanya sudah 10 tahun gaji kakitangan kerajaan belum disemak semula, mungkin tahun ini Perdana Menteri nak kaji semula siapa tau.. Harap-harap tuntutan oleh CUEPAC berkenaan penyelarasan semula gaji kakitangan kerajaan dapat dipertimbangkan oleh Perdana Menteri sebagai hadiah Hari Buruh pada 1 Mei 2011 ini.

Bagi kakitangan kerajaan pulak, kalau benarlah apa yang telah didesas desuskan, eloklah kita sama-sama bekerja dan berusaha lebih gigih lagi bagi memastikan setiap perkhidmatan yang kita berikan dapat memuaskan hati pelanggan.



PERKAHWINAN DIRAJA : PUTERA WILLIAM DAN KATE

29 April 2011 dunia bakal menyaksikan satu perkahwinan DiRaja Britain iaitu Putera William dan pasangannya Kate. Britain merupakan salah satu dari negara Barat yang mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan namun dalam banyak-banyak negara Barat, keturunan raja di Britain adalah lebih diberi tumpuan. Tak tahulah apa yang istimewanya.

Puteri Diana. Mungkin ada yang tidak tahu, William merupakan anak pertama kepada pasangan DiRaja ini. Namun apa boleh buat, bondanya pergi dahulu kerana terlibat dalam satu kemalangan maut yang mengerikan. Kemalangan ini pernah menjadi kontroversi di mana ada pihak yang menyatakan bahawa ia adalah satu perbuatan yang di rancang. Ermm.. Tak tahulah.

Dalam pembacaan aku di dalam beberapa artikal baru-baru ini, ada pulak satu pihak yang membuat tilikan yang menyatakan bahawa tarikh perkahwinan pasangan DiRaja antara Putera William dan Kate Middleton ini tidak sesuai dan bakal menimpa malapetaka. Hai.. Macam-macamlah tukang tilik ni.

Kat sini aku letakkan beberapa gambar Putera William dan Kate Middleton untuk tatapan para pengunjung. Erm.. Boleh tahan juga bakal isteri dia ni. Macam bondanya si William jugak. :)