Monday, April 25, 2011

MELAKA INTERNATIONAL CLASSIC BIKE FESTIVAL

klik untuk paparan yang lebih jelas

Nak dengar deruman motorsikal klasik? Nak lihat pelbagai jenis motorsikal klasik? Jom ke Bandar Hilir, Melaka beramai-ramai untuk menyaksikan sendiri ratusan motorsikal klasik (British Made) yang akan memeriahkan Festival Antarabangsa Motorsikal Klasik, Melaka yang akan diadakan pada 29 April - 1 Mei 2011 ini.

Pelbagai acara telah dirancang bagi memeriahkan festival ini. Jangan ketinggalan. Jumpa anda di sana... di sana... di sanaaaaaaa..... :)



FIRST TIME DAPAT DOUBLE B.E

Erm.. Sesekali cerita pasal Nuffnang tak salah kan..? Hari ni aku nak gempar gemburkan yang aku fisrt time dapat 2 Buffer Earning (B.E) dari Nuffnang. Terima kasihlah kepada Nuffnang pasal jengok-jengok kat blog aku ni. Yang pastinya kalau nak dapat B.E ni kita kenalah rajin berborak-borak dengan Nuffnang (email), nanti barulah dia tahu kita ni bersungguh-sungguh nakkan B.E. :)

klik untuk paparan lebih jelas

Inilah iklan-iklan yang sedang bermain-main di dalam blog aku iaitu :

Celcom Colony

Proton Exora

Harap-harap melimpah ruahlah rezeki. Bukan senang pun nak dapat B.E ni.. Dulu yang paling tinggi aku pernah dapat untuk satu iklan hanya RM 10.00 ++, kalau boleh iklan ni nak dapat tinggi lagi.. Bolehlah nanti aku kumpul-kumpul untuk beli laptop.. :)




BULAN

Bulan merujuk kepada satu atau lebih jisim yang beredar mengelilingi sebuah planet yang bersaiz lebih besar, dan mereka pula bergerak mengedari bintang. Bulan yang beredar mengelilingi bumi hanya bersaiz satu per empat daripada bumi dan beredar mengelilingi bumi setiap 27.3 hari, pada jarak purata 384,400 kilometer di bawah tarikan graviti bumi.

Bulan tidak mempunyai sumber cahaya dan cahaya bulan sebenarnya berasal daripada pantulan cahaya matahari. Bulan mempunyai 1/4 garispusat bumi bersamaan 3,476 kilometer dengan kekuatan graviti hanya 0.16 = (1/6) graviti bumi. Bulan dipercayai berasal daripada asteroid bersaiz Marikh yang menghentam bumi lalu berkecai. Teras asteroid itu terus menghentam bumi, tetapi lapisan luar asteroid terpelanting dan terperangkap dalam orbit mengelilingi bumi lalu membentuk bulan.

Ini berdasarkan isipadu bulan yang terlalu ringan berbanding isipadu bumi, iaitu hanya 0.012 berbanding jisim bumi. Di bulan tidak terdapat udara ataupun air, hanya banyak kawah yang terhasil di permukaan bulan disebabkan oleh hentaman komet. Ketiadaan udara dan air di bulan menyebabkan hakisan tidak berlaku dan ada di antara kawah di bulan yang berusia berjuta tahun dahulu dan masih utuh. Di antara kawah terbesar di bulan adalah Clavius bergaris pusat 230 kilometer dan sedalam 3.6 kilometer. Ketiadaan udara juga menyebabkan tiada bunyi kedengaran di bulan.

Sumber : Wikipedia





Kenapa bulan? Hehe.. Saja je.. Ada satu malam tu aku takde keje, so aku ambil gambar bulan dengan menggunakan kamera digital murah aku ni. So jadilah objek bulan seperti di atas. Ada sesiapa yang belum pernah tengok bulan? Angkat kening... :)