Wednesday, April 20, 2011

KITA TAK MUNGKIN MAMPU MEMUASKAN SEMUA ORANG

Manusia dijadikan pelbagai bangsa dan agama. Manusia juga mempunyai pelbagai ragam dan perangai. Ada yang okay dan ada yang tidak. kalau yang okay tu takpelah, yang tidak okay itulah yang mendatangkan sedikit masalah. Namun begitu, bagi yang tidak okay itu tidak semestinya kita perlu pertikaikan atau ketepikan, kita seharusnya lebih demokrasi dengan mendengar apa yang dimahukan dan apa yang mereka kehendakkan.

Sekiranya yang tidak okay tadi mengkehendakkan sesuatu yang mampu kita ubah, maka haruslah kita ubah. Tetapi sekiranya kita tidak mampu atau tiada kuasa untuk mengubah maka biarkan saja ia berlalu serta perlu menerangkan mengapa sebab dan munasababnya.

Hakikatnya inilah dihadapi oleh seorang ketua ataupun pemimpin. Adalah agak sukar untuk memuaskan hati semua pihak. Kita sudah berusaha sedaya upaya namun apabila sesuatu itu diluar keupayaan dan kekuasaan kita mungkin kita akan melukakan hati sebelah pihak walaupun hakikatnya yang terluka itu hanyalah sedikit bilangannya.

Perkara-perkara seperti inilah yang biasanya seorang ketua atau pemimpin hadapi saban hari dalam menggalas tanggungjawab yang diberikan. Namun sebagai ketua, kita juga perlu sedikit penegasan. Tegas bukan bermakna sombong, tetapi demi melancarkan perjalanan sesuatu perkara untuk dilaksanakan. Sekiranya kita asyik untuk mengubah demi sesuatu pihak tidak merasa puas, sampai bilapun sesuatu perkara tidak akan dapat dilaksanakan.

Kesimpulannya, kita hendaklah sedaya upaya untuk memuaskan semua orang, namun sekiranya gagal untuk memuaskan semua orang, ia bukan bererti kita gagal kerana kepuasan untuk semua adalah sukar. Tetapi, kita mungkin akan gagal sekiranya bilangan yang tidak puas itu adalah lebih tinggi bilangannya daripada bilangan mereka yang puas.

Fikir-fikirkanlah....




Tuesday, April 19, 2011

BELAJAR MELUKIS

Hahaha.. Tak pandai melukis tapi nak lukis jugak.. Boleh ke? Orang kata kalau minat, tapi kalau tak dimulakan, sampai bila tak akan buat. Jadinya, oleh kerana aku sudah mula minat ke arah bidang seni, aku mulalah belajar-belajar melukis.

Erm.. Nak tengok apa yang aku lukis? Janji erk jangan komen lebih-lebih. Aku budak baru belajar ler...

Tajuk : Lepaskan
Media : Warna air

Tajuk : Fikir
Media : Warna air

Tajuk : Dahaga
Media : Warna air

Tajuk : Lega
Media : Warna air

Tajuk : Kehidupan
Media : Warna air

Tengok tajuk-tajuk tu, agak-agak ada kena mengena tak dengan lukisan? Sebenarnya ada, tapi buat masa ni aku seorang saja yang tahu. Hehe.. Ada makna disebaliknya.

Bagi yang artis profesional tu kalau ternampak lukisan ni rasanya ok tak? Jangan komen lebih-lebih tau, nanti semangat aku turun. :)




Monday, April 18, 2011

Pengalaman Menjadi Pegawai Pengiring @ Liason Officer

Sudah beberapa hari aku tak update aku punya blog ni. Bukan aku sudah lupakan, cuma aku agak sedikit sibuk kerana bertugas sebagai Pegawai Pengiring (LO) selama 3 hari sempena Konvensyen Antarabangsa Bandar Raya Berkembar ke-11.

Ini merupakan tahun kedua aku menjadi LO. Yang pertamanya pada tahun 2009, masa tu aku kena iring Duta Nigeria. Tahun ni pulak aku kena iring Datuk Bandar Lamu, Nairobi, Kenya.

Sekali baca mesti korang ingat Bahasa Inggeris aku ni power. Tak.. Tak power, aku just guna broken English. Yang penting aku faham apa dia cakap dan dia faham apa yang aku cakap. :)

Kerja sebagai LO ni bukan senang tau.. Tapi tak juga susah, cuma penatlah juga. Antara tugas aku semasa menjadi LO ialah :

1. Menghubungi Datuk Bandar tersebut
Urusetia sudah beri nombor telefon aku terlebih dahulu pada beliau, dia sendiri yang call aku dari Kenya untuk mengesahkan kehadiran.

2. Mendapatkan pengesahan kehadiran, tarikh ketibaan dan sebagainya
Urusetia sudah beri nombor telefon aku terlebih dahulu pada beliau, dia sendiri yang call aku dari Kenya untuk mengesahkan kehadiran.

3. Mendapatkan bilik penginapan (check-in)
Bilik sudah disediakan oleh sekretariat, aku cuma check-in kan saja)

4. Mendapatkan kenderaan untuk tetamu
Ini pun sekretariat sudah sediakan, aku cuma pilih kereta dan pemandu sahaja. (Perdana V6)

5. Menyambut tetamu di KLIA
Aku dan pemandu gerak ke KLIA pada hari Jumaat dalam pukul 11.30 pagi. Flight dijangka tiba pukul 2.10 petang tapi delay sikit pukul 2.25 petang. Apa yang menjadi pengalaman bagi aku ialah first time memegang sepanduk dan melaungkan nama tetamu yang aku nak sambut di Balai Ketibaan. Ye la.., aku tak kenal dia, dia pun tak kenal aku, nanti tak jumpa susahlah nanti.

6. Memberikan penerangan mengenai program
Ini dalam perjalanan ke Melaka dari KLIA aku sudah terangkan pada tetamu tu.

7. Menyambut tetamu di setiap program
Ini lagi lah., turun naik turun naik aku dibuatnya kat hotel tu. Dia duduk kat tingkat 19, partner dia tingkat 17, dua-dua sekali kena aku sambut. Tak ke naya tu.

8. Memaklumkan majlis yang tetamu hadiri
Ini mestilah kena beri tahu. Walaupun dia sudah ada maklumat, tapi aku kenalah juga beritahu dari masa ke semasa.

9. Mengiringi tetamu di semua majlis
Ini pun sudah kemestian. Yang bestnya tetamu-tetamu VIP makan, kitorang yang LO ni pun makan kat tempat yang sama. Tapi meja lainlah.

10. Membantu mendapatkan keperluan tetamu
Masih aku ingat, masa tu tetamu aku sakit kepala, dia mintak aku belikan Pain Killer, dengan segera aku belikan di kedai berhampiran.

11. Sentiasa berhampiran dengan tetamu
Ini sudah pasti. Tapi kadang-kadang aku lost juga. Pasal dia pun nak buat hal dia sendiri juga.

12. Bertugas sehingga tetamu bertolak pulang
Dia nak pulang hari Rabu ni, tapi dia nak pergi KL. So, aku just say good bye kat hotel je pasal driver aku dari KL. Kalau aku ikut sama takkan naya dia nak pusing balik ke Melaka. Lagi pun aku dah beritahu kat tetamu aku tu, dia pun cakap ok.

Tengok tu.., berapa banyak tugas yang kena dilakukan. Dari pagi sampailah ke malam. Sampai sakit kepala aku.

Tapi ada lagi cerita yang best.. Masa hari kedua, mereka yang Duta-Duta dan Datuk-datuk Bandar seantero dunia ni ada program city tour. Adalah dalam 20 lebih kereta pergi membawa mereka ni berjalan-jalan siap dengan dieskot dengan polis trafik. Pergghh.. Rasa gempak pulak. Tak pernah rasa naik kereta dan kereta-kereta lain beri laluan.. :)

Apa-apapun, bukannya aku suka sangat pun nak jadi LO ni, tapi bila dah diberi tugasan, kenalah laksanakan. Ianya adalah satu pengalaman yang berguna dan berharga bagi aku sebagai orang biasa-biasa je..