Wednesday, April 13, 2011

SENANGNYA NAK POPULAR

Pernah dengar nama Norman Kamaru? Seorang anggota polis negara Indonesia yang membuat miming lagu Hindustan (Chaiya.. Chaiya...) Tak disangkakan bahawa dia sekarang antara individu yang popular di Indonesia. Perrggg.. Senang saja mahu popular. Buat miming dan hantar di You Tube. Alaa.. Samalah juga di Malaysia, Cikgu Shida, kenal kan.

Tengok saja fan Norman Kamaru di Face Book, peminat dia siap buat satu laman bagi menyokong dia.


Sudah menonton ke belum aksi beliau di You Tube? Kalau belum, mari kita tengok sama-sama.



Amacam, ok tak video ni. Nak tengok pulak sambutan yang diberikan kepada beliau semasa bertandang ke Jakarta.



Ni pulak reaksi pegawai atasan yang memberi komen terhadap video tersebut.



Cayalah Norman.. Ternyata pekerjaanmu berhasil. Terus popular di Indonesia dan juga di Malaysia. Alaa... Bukan salah pun buat camtu, sesekali nak hiburkan hati tak salah kan...

Ada sesiapa di sini berani nak buat camni?




Tuesday, April 12, 2011

PESANAN MASYARAKAT : JANGAN MENAMPAKKAN BARANG BERHARGA DI DALAM KERETA SEMASA MEMANDU

Hari ni tajuk entry aku ada panjang sedikit. Bukannya apa, saja hendak beri penjelasan yang lebih terang. Dalam aku melayari berita di dalam YahooNews, aku ada terbaca dan menonton satu berita mengenai satu kes ragut melibatkan dua orang peragut bermotorsikal dan sebuah kereta dalam satu kesesakan lalu lintas.

Apa-apapun, harap semua dapat menonton klip ini dahulu.



Sebenarnya kejadian ni dah berlaku dalam bulan April 2011 ni jugak (tarikh tidak pasti) tapi baru-baru ni diuploadkan ke You Tube oleh pemilik video tesebut.

Oleh itu, kita sebagai pengguna jalanraya ni perlulah lebih berhati-hati. Kejadian ragut seperti ini boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila masa sahaja kalau si peragut mempunyai peluang. Jadinya, kita harus menutup semua peluang kepada peragut terlebih dahulu sebelum dia meragut kita.

Antara faktornya ialah kita sering alpa sehinggakan dapat menayangkan barang-barang berharga milik kita di dalam kereta. Tak kiralah beg tangan, kamera, laptop mahupun barang-barang lain yang begitu berharga. Kita sepatutnya meletakkan barangan tersebut di tempat yang tersembunyi seperti di dalam dashboard, bawah kerusi dan sebagainya.

Kalau kita lihat dalam video tersebut, sekiranya si peragut tidak nampak apa yang ada di dalam kereta tersebut, mungkin kejadian ini tidak berlaku, disebabkan kita meletakkan barang berharga di sebelah kerusi pemandulah yang menyebabkan si peragut nampak dan berpeluang untuk melakukan jenayah ragut tersebut.




Monday, April 11, 2011

STATUS GRITTERATI ATAU GELIHATI?

Aku layan blog, tapi lama tak bukak nuffnang. Last-last baru aku perasan yang status Glitterati yang aku perolehi dari nuffnang telah ditarik semula. So, aku ni sebagai ahli biasa je sekarang tanpa ada apa-apa keistimewaan.

Setelah selidik demi selidik dengan saling berbalas email dengan pengurusan Nuffnang (siap berabuk speaking London), akhirnya aku telah mendapat jawapan kenapa status Glitterati aku ditarik. Rupa-rupanya aku ada copy satu petikan akhbar dan didapati aku telah "mengopy" juga kod iklan daripada salah satu pesaing Nuffnang. Dengan tunjuk ajar dari pengurusan Nuffnang untuk mengesan kod tersebut, aku berjaya temui dan telahpun "mendeletenya".

Tapi sekarang status Glitterati itu belum lagi diberikan. Mungkin ambil masa rasanya. Tengok ni, bukan Glitterati lagi.. Gelihati tak?

I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V