Friday, April 8, 2011

SUKA GANJIL ATAU GENAP?

Hari ni aku nak cerita pasal ganjil dan genap. Tahukan apa itu ganjil dan genap? Macam nomborlah, yang ganjil tu 1,3,5,7 dan 9. Manakala nombor genap pula 2,4,6,8 dan 10. Sekarang ini aku nak cerita sedikit pasal perihal ganjil dan genap daripada apa yang aku baca, yang aku paham dan melalui pengalaman.

Ganjil? Benda ganjil. Mahkluk ganjil. Apa benda ni? Biasanya benda ganjil ni dikatakan benda yang jarang kita jumpa. Begitu juga dengan perkara ganjil, iaitu perkara yang jarang-jarang berlaku. Bolehkah di sini kita tafsirkan bahawa ganjil itu adalah aneh atau menakjubkan? Terserahlah kepada pemerhatian dan pemikiran bagi mereka yang merasakannya.

Kalau diberikan genap atau ganjil, anda pilih yang mana? Ada pendapat mengatakan lebih baik pilih ganjil. Kerana apa? Kerana ganjil bersifat tidak sempurna, tidak cukup atau tidak genap. Apabila sesuatu itu belum sempurna, pastinya kita akan lebih berusaha untuk menyempurnakannya untuk mengenapkan. Selagi tidak genap, selagi itulah kita akan berusaha dan terus berusaha. Lain pula kalau genap. Kalau dah genap makanya seseorang itu akan lebih berpuas hati kerana apa yang dimiliki dan sudah tentunya tidak akan berusaha lagi.

Ada masa dulu-dulu, kalau nak bergambar saja mesti nakkan genap. kalau ganjil jadi apa? Orang dulu kata kalau ambil gambar dengan jumlah orang yang ganjil maka salah seorang dari dalam gambar tu akan meninggal dunia. Betul ke? Aku secara peribadi langsung tak percaya.

Lagi satu yang perlu kita sebagai umat Islam tahu bahawa :

Allah itu ganjil dan Allah sukakan yang ganjil (Hadith Riwayat Al-Bukhari)



Thursday, April 7, 2011

MINTA MAAF CHELSEA (KEPUTUSAN UEFA CHAMPION LEAGUE CHELSEA VS MAN. UTD)

Seriously aku tak tengok perlawanan UEFA Champion League awal pagi tadi. Bukan taknak tengok, aku dah kunci jam, aku tak sedar. Rugi betullah.. Datang ofis baru tahu Manchester United menang ke atas Chelsea setelah aku blogwalking untuk mencari keputusan perlawanan tersebut. Jaringannya Chelsea 0, Man. Utd. 1.

Gol tunggal Manchester United telah dijaringkan oleh penyerangnya iatu Mr. Rooney. Cayalah Rooney. [Rooney... Rooney.. Rooney...]

Ini bermakna, Man. Utd. telah mendapat satu "away goal", kalau di perlawanan timbal balik, dapat seri 0 - 0 pun takpe.

Jom nyanyi lagu sama-sama -----> Glory-Glory



Wednesday, April 6, 2011

PEGAWAI KASTAM MATI JATUH BANGUNAN SPRM

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah membabitkan cukai tidak dibayar, ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane, di sini pagi ini.

Mayat beliau ditemui di tingkat bawah bangunan itu pada jam 10.15 pagi.

Difahamkan, mangsa yang dibebaskan dengan ikat jamin kelmarin, adalah seorang pegawai kanan Kastam Selangor.

Pengarah Penyiasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, dilaporkan berkata pegawai Kastam berkenaan ke pejabat suruhanjaya itu hari ini untuk menemui pegawai penyiasat.

Katanya, pegawai penyiasat meminta pegawai Kastam berkenaan menunggu sementara pergi mengambil fail kes.

Bagaimanapun, katanya, apabila kembali semula pegawai penyiasat berkenaan mendapati pegawai Kastam terbabit sudah tiada.

Sumber : Berita Harian Online

Andaian aku yang memikir macam orang biasa : -

1. Bunuh Diri

2. Kena Paksa Bunuh Diri

3. Di bunuh

4. Terjatuh

So, cepat-cepatlah pihak berkuasa ambil tindakan siasatan segera bagi mengelakkan pelbagai andaian yang dibuat oleh rakyat Malaysia yang sememangnya suka membuat andaian yang ntah betul atau tidak.