Wednesday, April 6, 2011

PEGAWAI KASTAM MATI JATUH BANGUNAN SPRM

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah membabitkan cukai tidak dibayar, ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane, di sini pagi ini.

Mayat beliau ditemui di tingkat bawah bangunan itu pada jam 10.15 pagi.

Difahamkan, mangsa yang dibebaskan dengan ikat jamin kelmarin, adalah seorang pegawai kanan Kastam Selangor.

Pengarah Penyiasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, dilaporkan berkata pegawai Kastam berkenaan ke pejabat suruhanjaya itu hari ini untuk menemui pegawai penyiasat.

Katanya, pegawai penyiasat meminta pegawai Kastam berkenaan menunggu sementara pergi mengambil fail kes.

Bagaimanapun, katanya, apabila kembali semula pegawai penyiasat berkenaan mendapati pegawai Kastam terbabit sudah tiada.

Sumber : Berita Harian Online

Andaian aku yang memikir macam orang biasa : -

1. Bunuh Diri

2. Kena Paksa Bunuh Diri

3. Di bunuh

4. Terjatuh

So, cepat-cepatlah pihak berkuasa ambil tindakan siasatan segera bagi mengelakkan pelbagai andaian yang dibuat oleh rakyat Malaysia yang sememangnya suka membuat andaian yang ntah betul atau tidak.






LAGU KALAU BERPACARAN DIRAPUKAN DI SINAR PAGI



Haha.. Memang terbaiklah Sinar Pagi @ Sinar FM.. Tahniah kepada Kril, S.Y dan K.E kerana andalah rating Sinar FM sekarang tinggi dan menjadi stesyen No. 1 di Malaysia sekarang. Sepatutnya korang yang menang di Anugerah Bintang Popular 2011 yang lepas.




Monday, April 4, 2011

KEHEBATAN BUDAK 6 TAHUN JEPUN BERMAIN BOLA SEPAK

Perghh.. Gilalah budak ni.. Kalau macam nilah gayanya, budak-budak kat Malaysia kena trainning awal-awal macam dia kalau nak beat Jepun pada masa akan datang.