Monday, April 4, 2011

SENARAI PEMENANG ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2010

Malam tadi tak buat apa kat rumah, so aku layanlah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010. Walaupun taklah teruja sangat dengan benda-benda macamni, tapi bolehlah layan sikit-sikit. Siapa yang tak tengok rancangan tu malam tadi, ni aku dengan sukacitanya memaparkan keputusan penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010. Tahniahlah kepada semua pemenang, yang tak menang tu menang jugak, menanggung kekalahan.. :)

Bintang Paling Popular
Shaheizy Sam (memang gempak la dia ni)

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Datuk Rosnani Jamil (nak hujung hayat baru dapat anugerah)

Penyanyi Lelaki Popular
Faizal Tahir (tak dinafikan lagi)

Penyanyi Wanita Popular
Yuna (Best la jugak)

Pelakon Filem Lelaki Popular
Shaheizy Sam (memang serba boleh)




Pelakon Filem Wanita Popular
Lisa Surihani (cayalah.. u memang layak)

Pelakon TV Lelaki Popular
Remy Ishak (no komen...)

Pelakon TV Wanita Popular
Fasha Sandha (bukan setakat popular kat tv je.. :p)

Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular
Sixth Sense (???)

Artis Nasyid Popular
Rabbani (Raihan tahap international, nape susah nak menang?)

Artis Komedi Lelaki Popular
Zizan (memang lawaklah)

Artis Komedi Wanita Popular
Norkhiriah (rasanya ada lebih komedi)

Artis Baru Lelaki Popular
Shahir (bolehlah..)

Artis Baru Wanita Popular
Ana Raffali (jangan pegang-pegang ye.. )

Pengacara TV Lelaki Popular
Aznil Nawawi (yang lain juga berbakat)

Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana (orangnya popular, tapi ranking stesyen radio dah jatuh)

Penyampai Radio Lelaki Popular
Faizal Ismail (orangnya popular, tapi ranking stesyen radio dah jatuh)

Friday, April 1, 2011

MEMPERKENALKAN PELAJAR-PELAJAR AKADEMI FANTASIA MUSIM KE - 9

Nak kenal pelajar-pelajar Akademi Fantasia musim ke-9 tahun ni? Ni aku nak paparkan. Aku bukan suka pun nak tunjuk tapi suka-suka mahu tunjuk.. :) Jom kita berkenal-kenalan dengan mereka.

AFIF

AIDA

AMIR

AZRI

EKA

ERUL

KAY

LAIKA

LENA

MIZA

NERA

RAQIB

Sumber : Astro

(ps : Dulu aku minat gila kat Mawi. Ingat lagi, nak beli CD pertama dia sampai habis dijual di kedai-kedai muzik, siap tempah lagi nak beli)


SALAHKAN TINDAKAN JANGAN SALAHKAN KEADAAN

Ramai diantara kita gemar atau suka salahkan keadaan apabila menimpa satu bencana, kemalangan atau apa-apa musibah samada dirancang atau tidak. Benarkah keadaan puncanya? Atau tidakkah kita berfikir bahawa tindakanlah yang menyebabkan sesuatu keadaan berlaku dan tindakan boleh dibuat secara positif atau sebaliknya.

Di sini disertakan beberapa contoh untuk kita fikirkan samaada benar sesuatu berlaku kerana kesalahan disebabkan keadaan ataupun disebabkan tindakan.

i) Ahmad hendak keluar dari pejabat, tetapi diluar hujan turun degan lebat. Namun dia mengambil keputusan untuk keluar juga dan akhirnya bajunya basah lencun.

Keadaan : Hujan lebat

Tindakan : Meredah juga hujan dan baju basah (salah sendiri)

Moral : Pakailah payung, barulah tak basah (tindakan positif)

ii) Seorang pencuri hendak merompak kedai emas. Tetapi dia lihat ada beberapa pengawal keselamatan ada menjaga dengan rapi kedai emas tersebut. Namun dia tetap berkeras untuk merompak kedai emas tersebut dan nasibnya malang apabila dia tertangkap.

Tindakan : Dah tahu ada pengawal keselamatan yang pergi rompak juga kenapa? (salah sendiri)

Moral : Kalau dah tahu ada pengawal, tak perlulah pergi merompak. Mungkin lain kali (tindakan positif)

iii) Ali sedang memandu kereta, minyak keretanya telah berada di tahap "E". Dia berfikir untuk mengisi minyak di stesyen minyak yang berhampiran dengan tempat kerjanya dan tidak mengisi di stesyen-stesyen minyak yang baru saja dia lalui. Akhirnya kereta dia kehabisan minyak dan tersadai di tepi jalan.

Tindakan : Tak mengisi minyak segera walaupun sebenarnya dia sudah melalui stesyen minyak. (salah sendiri)

Moral : Dah tahu minyak tiada, teruslah isi minyak tanpa melengah lagi. (tindakan positif)

Rasanya anda semua faham tak apa sebenarnya maksud-maksud contoh yang diberikan? Kalau tak faham, bacalah dengan lebih teliti.

Semoga kita tak salahkan keadaan, kita salahkanlah tindakan diri kita sendiri sekiranya gagal dalam sesuatu perkara.