Friday, April 1, 2011

MEMPERKENALKAN PELAJAR-PELAJAR AKADEMI FANTASIA MUSIM KE - 9

Nak kenal pelajar-pelajar Akademi Fantasia musim ke-9 tahun ni? Ni aku nak paparkan. Aku bukan suka pun nak tunjuk tapi suka-suka mahu tunjuk.. :) Jom kita berkenal-kenalan dengan mereka.

AFIF

AIDA

AMIR

AZRI

EKA

ERUL

KAY

LAIKA

LENA

MIZA

NERA

RAQIB

Sumber : Astro

(ps : Dulu aku minat gila kat Mawi. Ingat lagi, nak beli CD pertama dia sampai habis dijual di kedai-kedai muzik, siap tempah lagi nak beli)


SALAHKAN TINDAKAN JANGAN SALAHKAN KEADAAN

Ramai diantara kita gemar atau suka salahkan keadaan apabila menimpa satu bencana, kemalangan atau apa-apa musibah samada dirancang atau tidak. Benarkah keadaan puncanya? Atau tidakkah kita berfikir bahawa tindakanlah yang menyebabkan sesuatu keadaan berlaku dan tindakan boleh dibuat secara positif atau sebaliknya.

Di sini disertakan beberapa contoh untuk kita fikirkan samaada benar sesuatu berlaku kerana kesalahan disebabkan keadaan ataupun disebabkan tindakan.

i) Ahmad hendak keluar dari pejabat, tetapi diluar hujan turun degan lebat. Namun dia mengambil keputusan untuk keluar juga dan akhirnya bajunya basah lencun.

Keadaan : Hujan lebat

Tindakan : Meredah juga hujan dan baju basah (salah sendiri)

Moral : Pakailah payung, barulah tak basah (tindakan positif)

ii) Seorang pencuri hendak merompak kedai emas. Tetapi dia lihat ada beberapa pengawal keselamatan ada menjaga dengan rapi kedai emas tersebut. Namun dia tetap berkeras untuk merompak kedai emas tersebut dan nasibnya malang apabila dia tertangkap.

Tindakan : Dah tahu ada pengawal keselamatan yang pergi rompak juga kenapa? (salah sendiri)

Moral : Kalau dah tahu ada pengawal, tak perlulah pergi merompak. Mungkin lain kali (tindakan positif)

iii) Ali sedang memandu kereta, minyak keretanya telah berada di tahap "E". Dia berfikir untuk mengisi minyak di stesyen minyak yang berhampiran dengan tempat kerjanya dan tidak mengisi di stesyen-stesyen minyak yang baru saja dia lalui. Akhirnya kereta dia kehabisan minyak dan tersadai di tepi jalan.

Tindakan : Tak mengisi minyak segera walaupun sebenarnya dia sudah melalui stesyen minyak. (salah sendiri)

Moral : Dah tahu minyak tiada, teruslah isi minyak tanpa melengah lagi. (tindakan positif)

Rasanya anda semua faham tak apa sebenarnya maksud-maksud contoh yang diberikan? Kalau tak faham, bacalah dengan lebih teliti.

Semoga kita tak salahkan keadaan, kita salahkanlah tindakan diri kita sendiri sekiranya gagal dalam sesuatu perkara.




Wednesday, March 30, 2011

AKTIVITI CUTI SEKOLAH YANG LEPAS

Bekerja di muzium ni macam-macam perkara dan acara yang boleh dilakukan dan dipelajari. Ni nak cerita sikit masa cuti sekolah baru-baru ni, kitorang di muzium ni tak cuti Sabtu dan Ahad. Ada saja acara yang dijalankan. Iyalah, muziumkan... Masa time cutilah lagi ramai orang datang.

Bagi memeriahkan lagi cuti sekolah yang lepas, di Muzium Samudera Fasa I (Muzium Kapal Flor De La Mar) ada membuat Santai De' Samudera, di mana adalah pelbagai aktiviti jualan dan demonstrasi kraftangan tradisional, antaranya mencanting batik, membuat kasut manik, ukiran kayu dan gasing. Aku yang sememangnya teruja dengan benda-benda camni telah mencuba untuk membuat batik.



Petangnya pulak kitorang kena pergi Majlis Perasmian Lukisan Pelukis-Pelukis Kedah yang dibawa khas dari Kedah Darul Aman. Perasmian ini telah diadakan di Balai Seni Lukis Melaka. Aku pasal lukisan ni, kalau dia tak jemputpun aku datang jugak.. Pasal minat dengan lukisan. Nak beli tak mampu, minatpun cukuplah.. :)