Dulu pernah sekali aku publishkan pasal Maybank.2u ni. Memang mudah dan satu sistem perbankan internet yang menyenangkan orang ramai.
Bukan nak promote Maybank.2u lebih-lebih, tapi saja untuk mewar-warkan bahawa betapa mudahnya menggunakan Maybank2u.com ini sehinggakan kita tak perlu keluar pejabat atau rumah untuk pergi membayar bil-bil tertentu di tempat-tempat berlainan. Dengan Maybank2u.com, dengan klik saja, transaksi dapat dilakukan. Mudah bukan? Tapi jangan tertipu pulak tau..
Kenapa Earth Hour? Perlukah kita sokong kempen menyelamatkan bumi seperti ini. Bagi diri aku secara peribadi, ianya perlu. Bumi kini kian panas. Tahap kepanasan ini mampu mencairkan "iceberg" di Kutub Selatan dan sekaligus akan mengubah pasang surut air laut dan kemungkinan akan melenyapkan dataran yang wujud di muka bumi.
Lampu? Lampu merupakan salah satu daripada peralatan elekrikal yang menghasilkan haba. Kalau setiap rumah memasang lampu, bayangkan berapa juta rumah yang terdapat di dunia ni. Tak kira lagi dengan bangunan-bangunan lain. Lihat, betapa panasnya bumi kita.
Kalau dalam aspek pemuziuman, lampu merupakan salah satu punca kepada kerosakan pada artifak, lebih-lebih lagi terhadap artifak manuskrip. Ini berpunca daripada haba yang dikeluarkan oleh lampu tersebut akan menyebabkan manuskrip menjadi kering dan rapuh sekaligus akan musnah. Begitulah perlambangan bahawa betapa bahayanya pendedahan terhadap haba yang berlebihan.
Oleh itu sebagai tanda sokongan kita untuk menyelamatkan bumi, marilah sama-sama kita turut serta dalam kempen ini dengan mematikan segala lampu di rumah kita selama 60 minit (1 jam) pada 26 Mac 2011 ini dari pukul 8.30 sehingga pukul 9.30 malam.
Kenapalah dengan dunia hari ini. Dengan krisis negara Arab yang bergolak. Dengan gempa bumi dan Tsunaminya, dengan politik dalam negara yang menjijikan. Sekarang ni di Kelantan ada pula cubaan membunuh diri oleh seorang remaja perempuan.
Kenapa ada terdetik dalam hati seseorang untuk membunuh diri? Adakah kerana hanya kekecewaan atau kesusahan hidup sahaja yang menyebabkan seseorang mengambil tindakan untuk membunuh diri. Tidakkah itu dinamakan sebagai tidak menerima kenyataan sekaligus menafikan qada dan qadar dari Allah.
Di sini ada diselitkan beberapa petikan hadis tentang hukum atau hukuman bagi tindakan membunuh diri.
“Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.”
(Al-Bukhari dan Muslim)
“Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.”
(Al-Bukhari dan Muslim)
“Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T. : “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.”
(Al-Bukhari dan Muslim)
Para remaja harapan bangsa sekalian, janganlah mengambil keputusan terburu-buru dengan membunuh diri kerana sesungguhnya ia adalah Dosa Besar dan tempat mereka yang membunuh diri itu ialah neraka. Sekiranya ada masalah, tenangkan diri, munasabah diri dan dekatkan diri dengan Allah, insyaalah segala masalah boleh diatasi.