Thursday, March 24, 2011

HANDPHONE DAH ROSAK

Aduh.. Belumpun sampai 2 tahun aku pakai handphone Nokia E71 sekarang dah rosak. Apa yang rosaknya aku pun tak tahu. Dua hari lepas dia asyik-asyik padam je.. Ingatkan pasal bateri, tapi bateri punya bar ok je. Last-last semalam terus padam tak boleh buka-buka lagi. Hari ni pun samalah. Aku bawak juga kehulu kehilir handphone ni walaupun tak boleh guna. Iyalahkan, dah biasa pergi mana-mana mesti bawa handphone, kalau tak bawak rasa janggal pula.

Aku masih ingat lagi masa aku beli handphone ni di kedai Nokia di Mahkota Parade. Masa tu mula-mula keluar model ni. Aku beli siap aksesori harganya RM 1,646.00. Rasanya ni handphone paling mahal pernah aku beli. Lepas ni malaslah nak beli yang mahal-mahal lagi.. Beli yang murah-murah je la..


Aku biasanya kalau handphone dah rosak aku trade-in dan tangkap yang baru je. Kalau nak repair silap-silap harganya lagi mahal dari harga sebuah handphone baru.

Agak-agaknya sekarang ni telefon ape yang murah tapi bergaya? Mohon pendapat.. :)




Tuesday, March 22, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI AIR SEDUNIA

22 Mac merupakan tarikh sambutan Hari Air Sedunia. Tahu tak? Aku pun baru tahu. Baguskan jadi penulis blog ni, kalau dulu kita tak tahu, kini dah banyak benda tahu. Iyalah, sebagai penulis blog kan kita juga melayari laman web dan blog-blog lain untuk mendapatkan maklumat.


So, apa yang kita nak sambutkan tentang Hari Air Sedunia ni? Erm.. Kita sebagai pengguna air ni, hendaklah selalu berjimat cermat dalam menggunakan air. Agar tak payah bayar bil air banyak.. :) Eh, bukan begitu, kita kena berjimat cermat agar penggunaan air berkurangan sekaligus bekalan air akan banyak dan mampu menampung keperluan air untuk jangka masa yang lama.

Selain tu, tolonglah jaga kebersihan sungai. Sungai merupakan sumber air dalam kehidupan kita. Jangan kata kita sahaja yang mahu menggunakan sungai, hidupan air juga memerlukannya. Kalau sungai sudah tercemar, bagaimana hidupan di sungai mahu hidup. Baru semalam aku dalam jalan perjananan menaiki kereta, aku ternampak ada seorang pemuda membuang sebungkus sampah ke dalam sungai. Huh, aku apa lagi membebel dalam kereta memarahi tindakan pemuda tersebut sambil didengari oleh isteri dan iparku. Pantanglah aku dengan benda-benda macam ni.


Malas nak cakap banyak, nanti meleret ke cerita lain pulak. Oklah, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Air Sedunia kepada semua penduduk dunia amnya dan rakyat Malaysia khasnya. Semoga kita semua menyayangi air.. :)




PERTANDINGAN AKHIR ADIK-ADIKKU

Adik-adikku Insyaallah Boleh... Tengok tak pertandingan Adik-adikku peringkat akhir malam tadi di TV1? Tak tengok... Isk.. Isk.. Isk... Rugilah kalau tak tengok.

Kalau sesiapa yang tak tahu akan kewujudan rancangan ni, mai sini aku nak habaq (lorat utaralah pulak). Rancangan ini adalah terbitan JAKIM yang mengetengahkan kanak-kanak dalm pertandingan berpidato. Tajuk pidato pulak berkaitan islamik. Subhanallah, sungguh hebat-hebat belaka para peserta cilik ini berpidato. Terasa diri aku yang dah besar panjang ni pun tidak mampu melakukan sedemikian.

Ditambah lagi dengan gaya bahasa dan unsur drama yang bercampur antara serius, lucu dan sedih, ia memang benar-benar hebat dan mengagumkan.

Berikut adalah para pemenang Pertandingan Akhir Adik-Adikku :

Pertama : Adik Amirul Munir

Kedua : Adik Syafiqah Fasiha

Ketiga : Adik Zaid Najmuddin