Malam ini kita bakal menyaksikan seorang lagi yang bakal dinobatkan sebagai Raja Lawak Astro. Finalis Raja Lawak kali ini hanya 3 peserta sahaja iaitu Man, Kumpulan R2 dan kumpulan Balas.
Man
Kumpulan R2
Kumpulan Balas
Tahun ni finalis dia memang hebat-hebat belaka. Masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri. Bagi aku yang mengikuti Raja Lawak Astro ni sampai tak mampu nak menilai yang mana satu yang lebih lawak dan boleh dinobatkan sebagai juara.
Nak pilih Man yang menang, kumpulan R2 dan Balas juga hebat. Nak pilih kumpulan R2 yang bakal juara tetapi Man dan kumpulan Balas juga lagi lawak. Nak pilih kumpulan Balas, apa kurangnya Man dan kumpulan R2.. Arrrgghh.. Pening kepala.
Tapi haraplah penonton dan pengundi memilih yang sewajarnya. Mana-mana yang mampu buat lawak paling best malam ni, nobatkanlah dia sebagai Raja Lawak Astro musim ke-5 ni. Apa-apapun, kita tengoklah keputusan malam ini siapa yang bakal jadi Raja Lawak.
Korang pilih mana?