Wednesday, March 9, 2011

PELUANG MEMBELI RUMAH DENGAN SKIM RUMAH PERTAMAKU

Golongan muda yang masih belum mempunyai rumah kini boleh tersenyum dengan adanya satu skim baru iaitu Skim Rumah Pertamaku yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib baru-baru ini.


Skim Rumah Pertamaku ini merupakan satu lagi inisiatif kerajaan untuk memastikan golongan muda yang berpendapatan kurang dari RM 3,000.00 sebulan untuk membeli rumah yang berharga di bawah RM 220,000.00 dengan tiada pendahuluan diperlukan.

Wow.. Baik bukan? Apalagi, bagi sesiapa yang masih belum membeli rumah, inilah masanya untuk membeli rumah. Bukan apa, kalau tak beli sekarang bila lagi mahu beli. Harga rumah semakin hari semakin naik. Kalau tunggu lama-lama, pasti harganya akan lebih tinggi kelak.




HOT TICKET MENGHUBUNGKAN KAWAN-KAWAN LAMA

Siapa yang guna Hot Ticket angkat tangan...! Dulu aku guna Hotlink.. Selepas tu sejak sekian lama menggunakan prepaip, aku mula bertukar ke talian Maxis dengan menggunakan nombor yang sama. Tapi malangnya aku pakai tak ingat, bil sampai beratus-ratus. Akhirnya kini sejak beberapa bulan kebelakangan ni aku telah bertukar kembali kepada prepaip dan menggunakan Hot Ticket.

Apa yang best sangat Hot Ticket ni ialah jimat. Bagi aku memang jimat. Sehinggakan tak habis guna nilai prepaip. Tamat tempoh, top up lagi. Sampailah sekarang masih beratus-ratus minit untuk panggilan dan 800 ++ untuk teks pesanan ringkas.


Sebab itulah sekarang aku duduk rajin SMS dan menelefon member-member lama aku semasa belajar di UiTM yang sudah lama tak dengar khabar berita. Bagusnya ada Hot Ticket ni.

Aku sekarang boleh bebas menelefon dan menghantar teks pesanan ringkas tanpa perlu merisaukan prepaip habis atau bil telefon yang melonjak, dengan Hot Ticket semuanya memang berbaloi dan kembali mengeratkan silaturrahim antara aku dan rakan-rakan lama.

(ps : ni bukan nak promote Hot Ticket sangat, tapi ianya memang berbaloi-baloi)




BELI BARANG DENGAN CIUMAN

Rahman susah hati. Syarikatnya mula mengalami kerugian. Dia mula pening memikirkan bagaimana hendak menghantar duit ke kampung untuk belanja isteri dan anak-anaknya. Akhirnya Rahman mendapat satu idea dan mengirim sepucuk surat kepada isterinya.

Isteriku Leha sayang,

Maafkan abang sayang, bulan ini abang tidak dapat hantar duit belanja untuk sayang dan anak-anak sebab bisnes abang merudum. Abang hanya mampu kirim 100 ciuman untuk sayang...

Yang mencintai sayang,
Abang Rahman


Seminggu kemudian, Rahman menerima surat balasan dari isterinya Leha.

Abang sayang,

Terima kasih di atas kiriman 100 ciuman abang itu. Leha amat menghargainya. Untuk bulan ini, Leha berbelanja begitu berhemah. Berikut adalah laporan perbelanjaan Leha.

Kedai runcit Pak Hashim sedia terima 2 ciuman sayang untuk beli 5 liter minyak masak.

Tukang baiki paip sedia terima 4 ciuman sayang untuk baiki sinki bocor.

Tukang buat rumah sedia terima 3 ciuman sayang setiap hari.

Linggam karpet tidak terima ciuman, tetapi mahu dibayar dengan benda lain, terpaksa sayang turutkan untuk jimatkan belanja.

Guru tuisyen Along sedia terima 3 ciuman, guru Angah terima 3 ciuman dan guru Adik 12 ciuman (sebab adik perlu diberikan banyak tumpuan)

Sayang juga bertemu dengan orang kaya Bakar untuk tukarkan 20 ciuman dengan wang sebanyak RM100. Terima kasih abang di atas kiriman ciuman amat berharga itu. Sayang rasa sangat kaya bulan ini. Semua perbelanjaan juga tersangatlah mewah. Sayang harap bulan depan abang akan kirim lebih banyak lagi ciuman untuk sayang. Oh ya! Sayang ada lagi baki ciuman abang sebanyak 56 kali. Abang rasa patutkah sayang tukar perabot baru ataupun simpan saja ciuman itu?

Dari sayang abang,
Leha

Ehsan : Majalah Mastika Februari 2011

Ps : Walaupun ini adalah satu bahan jenaka, namun terdapat unsur-unsur nasihat dan pengajaran yang berguna kepada kita sebagai suami isteri yang telah berumah tangga.

Pengajaran bagi suami :

Jangan lupa untuk berikan isteri nafkah untuk kegunaan isteri. Pemberian nafkah kepada isteri adalah wajib.

Pengajaran bagi isteri :

Isteri jangan sesekali mudah menyerahkan diri dengan mencari rezeki dengan cara yang salah sekiranya suami gagal memberikan nafkah. Sesungguh zina itu adalah haram dan dosa besar.