Wednesday, March 9, 2011

BELI BARANG DENGAN CIUMAN

Rahman susah hati. Syarikatnya mula mengalami kerugian. Dia mula pening memikirkan bagaimana hendak menghantar duit ke kampung untuk belanja isteri dan anak-anaknya. Akhirnya Rahman mendapat satu idea dan mengirim sepucuk surat kepada isterinya.

Isteriku Leha sayang,

Maafkan abang sayang, bulan ini abang tidak dapat hantar duit belanja untuk sayang dan anak-anak sebab bisnes abang merudum. Abang hanya mampu kirim 100 ciuman untuk sayang...

Yang mencintai sayang,
Abang Rahman


Seminggu kemudian, Rahman menerima surat balasan dari isterinya Leha.

Abang sayang,

Terima kasih di atas kiriman 100 ciuman abang itu. Leha amat menghargainya. Untuk bulan ini, Leha berbelanja begitu berhemah. Berikut adalah laporan perbelanjaan Leha.

Kedai runcit Pak Hashim sedia terima 2 ciuman sayang untuk beli 5 liter minyak masak.

Tukang baiki paip sedia terima 4 ciuman sayang untuk baiki sinki bocor.

Tukang buat rumah sedia terima 3 ciuman sayang setiap hari.

Linggam karpet tidak terima ciuman, tetapi mahu dibayar dengan benda lain, terpaksa sayang turutkan untuk jimatkan belanja.

Guru tuisyen Along sedia terima 3 ciuman, guru Angah terima 3 ciuman dan guru Adik 12 ciuman (sebab adik perlu diberikan banyak tumpuan)

Sayang juga bertemu dengan orang kaya Bakar untuk tukarkan 20 ciuman dengan wang sebanyak RM100. Terima kasih abang di atas kiriman ciuman amat berharga itu. Sayang rasa sangat kaya bulan ini. Semua perbelanjaan juga tersangatlah mewah. Sayang harap bulan depan abang akan kirim lebih banyak lagi ciuman untuk sayang. Oh ya! Sayang ada lagi baki ciuman abang sebanyak 56 kali. Abang rasa patutkah sayang tukar perabot baru ataupun simpan saja ciuman itu?

Dari sayang abang,
Leha

Ehsan : Majalah Mastika Februari 2011

Ps : Walaupun ini adalah satu bahan jenaka, namun terdapat unsur-unsur nasihat dan pengajaran yang berguna kepada kita sebagai suami isteri yang telah berumah tangga.

Pengajaran bagi suami :

Jangan lupa untuk berikan isteri nafkah untuk kegunaan isteri. Pemberian nafkah kepada isteri adalah wajib.

Pengajaran bagi isteri :

Isteri jangan sesekali mudah menyerahkan diri dengan mencari rezeki dengan cara yang salah sekiranya suami gagal memberikan nafkah. Sesungguh zina itu adalah haram dan dosa besar.




Monday, March 7, 2011

BLOGWALKING @ CYBER CAFE

Aku takde PC / laptop dan internet di rumah. Jadinya, oleh kerana aku tidak pergi ofis kerana ke Kuala Lumpur dua hari, tak dapatlah aku nak berblog (berinternet di ofis saje). Malam ni aku telah ke CC untuk melawat blog aku dan blog-blog members yang mengomen dan meninggalkan jejak di blog aku. Puas aku blogwalking malam ni. Nak tulis blog-blog yang aku lawat tak larat pulak.. Banyak juga.

Dari pukul 9 tadi hingga sekarang barulah aku entry ni. Kalau tak dari tadi asyik duduk blogwalking saje. Sudah selesai publish post ni, tibalah masa untuk aku pulang.. Hehe.. Terima kasihlah kepada yang jenguk-jenguk di blog aku. Aku sudahpun membuat lawatan balas. Kerana kalian semua, sanggup aku pergi ke CC.. :)