Saturday, March 5, 2011

SEJARAH RINGKAS KERIS TAMING SARI

Taming Sari adalah nama seorang pendekar Jawa dalam kerajaan Majapahit seperti yang tersebut di dalam Hikayat Hang Tuah. Menurut hikayat ini, Taming Sari adalah seorang panglima yang paling handal di Majapahit ketika itu, dan beliau telah ditugaskan oleh Bendahara Majapahit, Patih Gajah Mada untuk membunuh Hang Tuah.




Taming Sari dikatakan seorang yang kebal tidak dapat dicederakan oleh senjata. Bagaimanapun, kekebalannya adalah terletak pada keris yang digunakannya. Hang Tuah pula pada masa itu telah berguru kepada seorang ahli pertapaan Jawa bernama Sang Adi Putera. Gurunya itu telah memberitahu akan kelemahan Taming Sari. Oleh itu, pada hari pertarungan antara kedua pendekar ini di hadapan Sultan Melaka dan Betara Majapahit, Hang Tuah telah berjaya merampas keris Taming Sari dan menggunakan keris itu untuk menikamnya hingga mati.

Sebagai menghargai kejayaan Hang Tuah itu, Betara Majapahit telah menganugerahkan keris itu kepada Hang Tuah. Keris ini dikenali sebagai "Keris Taming Sari" dan telah dibawa pulang ke Melaka. Keris yang sama juga telah digunakan oleh Hang Jebat untuk menderhaka Sultan Melaka. Hang Jebat juga dikatakan kebal kerana memiliki keris Taming Sari. Dalam pertarungannya yang terakhir dengan Hang Tuah, keris Taming Sari telah berjaya dirampas semula oleh Hang Tuah yang kemudiannya menikam mati Hang Jebat.

Selepas kejatuhan empayar Melayu Melaka, tidak lagi diketahui ke mana perginya keris Taming Sari ini. Pelbagai kisah dan mitos tersebar mengenai keris ini. Ada yang mengatakan bahawa keris ini telah hilang bersama-sama Hang Tuah di Hulu Muar selepas Hang Tuah gagal membawa pulang Puteri Gunung Ledang untuk Sultan Melaka. Ada pula yang percaya bahawa keris Taming Sari telah dibawa ke Perak dan disimpan oleh keturunan raja-raja Perak.

Sumber : Wikipedia

RAJA LAWAK ASTRO : TINGGAL 4 ORANG PESERTA SAJA

Memang seronok tengok rancangan Raja Lawak musim ini. Kelakau pun kelakau.. Memang pandai sungguh mereka buat lawak. Sekarang sudah tinggal empat orang peserta saja yang tinggal. Mereka yang tinggal tu memang betul-betul berbakat dan sememang layak untuk masih bertahan. Tahniahlah kepada semua penonton kerana membuat pemilihan dan undian dengan bijak.

Sekarang peserta yang tinggal ialah Man, Kumpulan R2, Kumpulan Balas dan Nazmi. Mereka ni ada kekuatan masing-masing. Bagi aku pulak, semua ni memang best. Semuanya lawak-lawak belaka. kalau mereka ni di pusingan akhir, tak tahu yang mana satu boleh jadi juara, mereka semua hebat. Terpulanglah pada persembahan akhir yang dibuat oleh mereka nanti. Siapa yang lebih lawak dan menyerlah dialah pemenangnya.

MAN

KUMPULAN R2

KUMPULAN BALAS

NAZMI

Gambar : Raja Lawak Asrtro

(ps : aku ni cakap je.. dari memula punya Raja Lawak sampai sekarang tak pernah aku mengundi.. :)



Friday, March 4, 2011

MY TOYOTA ALPHARD





Bayangkan aku memiliki kereta ni.. Fuh, tentu amat selesa sekali. Memang geram je tengok kereta ni.. Ingat kalau aku banyak duit, pastinya aku nak tangkap satu.

Gambar : Google punya

Agaknya bilalah aku boleh pakai kereta ni.? Sekarang ni memang pakai Toyota jugak, tapi Toyota Avanza je.. Kereta orang tua.. :) Huh, cukuplah aku berangan sampai sini saja.. Lebih-lebih berangan nanti, jadi pulak aku beli kereta ni.. :p

Orang kata kalau berangan tu tak ape kan.. Bukan kena bayar pun kalau berangan. Tapi kalau dapat beli second hand punya pun ok jugak ni (laa.. tak habis berangan lagi)

(ps : Dapat test drive pun ok jugak ni)