Friday, March 4, 2011

KENALI MUAMMAR GADAFFI

Kolonel Muammar Abu Minyar al-Gaddafi telah dilahirkan pada 1942 merupakan telah Presiden Libya semenjak 1969. Gaddafi menjadi pengasas Republik Sosialis Arab Libya atau Jamahiriah Arab Libya.

Gambar : Google

Gaddafi adalah anak bongsu dalam keluarga petani di padang pasir kering kontang di Sirte. Menerima pendidikan rendah agama tradisional dan sekolah persediaan Sebha di Fezzan dari 1956 hingga 1961.

Pada akhirnya Gaddafi dan rakan-rakan dari sekolah ini telah menjadi kumpulan teras revolusi dan merampas kepimpinan negara Libya. Inspirasi Gaddafi ini adalah Gamal Abdel Nasser, presiden Mesir yang telah menjatuhkan kerajaan monarki di Mesir. Pada 1961, Gaddafi telah keluar dari Sebha dan memulakan aktiviti politik secara aktif.

Kemudian, Gaddafi belajar undang-undang di Universiti Libya dan lulus dengan cemerlang. Selepas itu, beliau menyertai Akademi Tentera di Benghazi pada 1963. Di sini, beliau bersama sekumpulan yang lain telah membentuk kumpulan militan secara rahsia untuk membuang pemimpin Libya yang pro Barat. Selepas tamat belajar pada 1965, dia telah dihantar ke Britain untuk latihan lanjutan di Kolej Pegawai Turus British (British Army Staff College) dan pulang pada 1966 dan berkhidmat sebagai pegawai komunikasi dalam Signal Corps.

Pada 1 September 1969, satu kumpulan kecil pegawai tentera yang dipimpin oleh Gaddafi telah melakukan rampasan kuasa terhadap Raja Idris 1 yang ketika itu menjalani rawatan perubatan di Turki. Sepatutnya anak saudara Raja Idris 1 yang bernama Tengku Mahkota Hasan as-Senussi ditabal sebagai raja pada 2 September apabila Raja Idris turun tahkta pada 4 Ogos 1969. Namun, pegawai-pegawai revolusi enggan menerima Hasan sebagai raja Libya yang baru. Sebelum 1 September 1969, kerajaan sedia ada dimansuhkan dan Tengku Mahkota Hasan telah dijadikan tahanan dalam rumah. Semua media merujuk Gaddafi sebagai "Pemimpin besar dan Pengasas Revolusi."

Tidak seperti pemimpin diktator tentera yang lain, Gaddafi mendakwa dirinya sebagai putera mahkota atau mendakwa sebagai pemimpin tentera yang memonopoli kuasa politik. Sebaliknya, beliau hanya kekal sebagai kolonel dan pangkat itu kekal hingga ke hari ini. Gaddafi sering melaungkan Libya "diperintah oleh rakyat". Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser kekal sebagai kolonel selepas merampas kuasa manakala Jerry Rawlings, bekas Presiden Ghana, tidak memegang pangkat tentera tinggi daripada leftenan udara.

Sementara di Republik El Salvador yang diperintahkan oleh Leftenan Colonel Oscar Osorio (1950 - 1956); Leftenan Kolonel José Marísatu Lemus (1956 -1960) dan Leftenan Kolonel Julio Adalberto Rivera (1962 - 1967).

Rejim tentera Gaddafi memiliki campuran semangat kebangsaan Arab, nasionalisme dan sosialisme berteraskan Islam. Gaddafi memanggil negara Libya sebagai negara kebajikan dengan sistem pemerintahan secara "langsung, popular demokrasi" dan lebih sesuai dikenali sebagai "Sosialisme Islam". Libya kini membenarkan ekonomi dikawal oleh syarikat-syarikat kecil dengan kawalan minimum daripada kerajaan.

Gaddafi juga memmperkenalkan sistem moral Islam yang melarang minuman alkohol dan berjudi di kalangan rakyatnya. Falsafah politik beliau direncanakan dalam sebuah buku rasmi Libya yang dinamakan 'Buku Hijau'. Buku Hijau ini merangkumi 3 jilid dan dicetak di antara 1975 dan 1979.

Bagaimanapun, dalam praktik pemerintahan, sistem politik yang dilaksanakan tidaklah idealis sebagaimana sepatutnya. Ini kerana Presiden Gaddafi berhadapan dengan kekangan dalam negeri dan terpaksa berhadapan dengan tekanan antarabangsa.

Jawatankuasa Revolusi memutuskan semua penentang Libya di luar negara hendaklah dibunuh. Berdasarkan keputusan tersebut skuad pembunuh telah dikirim ke luar negara. Sembilan rakyat Libya telah dibunuh dan lima daripadanya telah dibunuh di Itali.

Sumber : Wikipedia







PERKARA YANG DIBENGANG SEMASA MEMANDU

Memang betullah dengan apa yang orang selalu cakap. Dalam banyak-banyak benda kita boleh bersabar, tapi ada satu situasi ni memang sukar untuk bersabar iaitu ketika memandu. Perkara ini pun memang sering terjadi pada aku.

Apa yang aku bengangkan ialah pasal sikap pemandu-pemandu yang suka-suka tidak mahu ikut peraturan atau tidak mahu berdisiplin di jalan raya. Sudahlah tak ikut peraturan, menyusahkan orang lain pulak tu.




Di bawah ini aku gariskan beberapa sikap pemandu jalan raya yang boleh membuatkan orang lain bengang :

1. Memotong sesuka hati tanpa memberi isyarat.

2. Pandu tidak ikut lorong dan menyusahkan orang lain (kalau orang luar takpe jugak, tapi nombor plat tempatan)

3. Masuk simpang secara mengejut dan tak memberi isyarat.

4. Mengikori rapat (cucuk angin) kenderaan hadapan (walaupun hakikatnya lorong sebelah kanan ada ruang)

5. Parkir di tepi jalan sesuka hati dan menganggu lalu lintas.

6. Memandu laju dan tak tentu hala. (apa ingat jalan raya litar F1 ke?)

7. Keluar muncung kereta terlebih semasa hendak keluar simpang walau pada hakikatnya dia mahu menunggu kereta kereta lengang jugak (orang yang mengikut lorong yang betul terpaksa mengelak muncung kereta dia)

8. Dah potong kenderaan lain, lepas tu boleh masuk semula secara mengejut (pangkah).

Dah, ni saja lah yang dapat aku fikirkan buat masa ni. Korang pulak, apa yang selalu dibengangkan ketika memandu?

(ps : Namun aku sentiasa cuba bersabar. Taknak maki-maki. Diorang bukan dengar pun)

BLOG YANG BIASA DILAYARI

Korang semua pastinya ada blog-blog yang biasa dilayari. Begitu juga aku, adalah beberapa blog yang juga followers aku yang biasa aku layari blog diorang dan memberi komen pada entry yang dipublishkan.

Gambar : Google

Di bawah ni aku senaraikan 5 buah blog yang biasa aku layari. Korang juga rajin-rajinlah lawat blog-blog ini ye..

CIKGUTIE

AZZEYATIN

THE EYES OF REDBLOODSNOW

AMRY'S BLOG


WADAH PANGLIMA

Mereka ni juga rajin layari blog aku dan memberikan komen. Jadinya, aku pun kenalah juga sering layari blog mereka dan memberi komen juga. Cerita dan entry-entry mereka ini amat menarik juga. So, jom layan blog mereka. :)