Wednesday, March 2, 2011

CERITA PASAL SAMAN TRAFIK

Gambar : Google

Mak ooii.. Rupa-rupanya masih ramai lagi yang gagal untuk membayar saman trafik walaupun pihak polis telah memberikan tempoh yang agak lama untuk membuat demikian. Pada akhir tempoh (tempoh diskaun) pembayaran yang ditetapkan oleh pihak polis pada 12 tengah malam 28 Februari yang lalu, dilihat hanya RM 5.5 juta saman sahaja yang dibayar sebaliknya terdapat 17.3 juta lagi yang belum dibayar.

Nak dikata tidak cukup masa, kenapa saat-saat terakhir baru nak bayar? Sedangkan masa enam bulan yang terdahulu para pesalah trafik tidak membayarnya. Kerja? Oh tidak.. Dalam jangka masa enam bulan takkanlah tak boleh ambil cuti satu hari untuk pergi membayar saman. Jangan kata ambil cuti, masa rehat bekerja pun boleh keluar sekejab untuk bayar saman. Ini tidakm bayar saat terakhir, memanglah sistem pun boleh perlahan kerana terlalu banyak hit ke atas talian tersebut.

Lepas ini kerajaan akan memperkenalkan satu lagi kaedah membayar saman. Sekiranya kita kena saman, segeralah membayarnya dalam tempoh dua bulan kerana sekiranya kita bayar dalam tempoh tersebut, kita akan mendapat pengurangan. Namun sebaliknya, jika kita bayar selepas dua bulan di saman, kita akan membayar jumlah yang tinggi dan akan disenaraihitamkan. Fuh.. Betul-betul tegaslah.

Ada suara-suara mengatakan, sekarang kerajaan tiada duit, pasal tu kerajaan kutip bayaran saman sekarang. Rasanya suara-suara yang mengatakan ini adalah silap. Kerajaan mengutip saman sekarang bukan pada waktu ini sahaja, hari-hari kerajaan kutip saman. Kerajaan siap beri diskaun 50% lagi untuk memastikan saman dibayar, hari terakhirnya ialah 28 Februari yang lepas. Kalau kerajaan betul-betul nak duit, rasanya tiada diskaun 50% diberikan kepada pesalah trafik. Kerajaan dah cukup perihatinlah macam tu. Ni tak, asyik nak salahkan kerajaan. Takkanlah kerajaan nak mansuhkan saja saman trafik tu, kalau tak mana adanya penguatkuasaan..





Tuesday, March 1, 2011

GAMBAR PERKAHWINAN SITI SARAH DAN SHUIB KUMPULAN SEPAH





Mungkin entry ini agak terlewat, tetapi aku sekadar ingin mewar-warkan juga tentang perkahwinan Siti Sarah Raisuddin dan pelawak negara iaitu Shahmira Mohamad atau lebih dikenali sebagai Shuib (Kumpulan Sepah). Mereka telah diijabkabulkan pada 26 Februari yang lepas di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.


Gambar : Media Malaya

Apa yang boleh dikatakan, semoga perkahwinan ini berterusan sehingga ke anak cucu. Shuib ni dikirakan artis baru dalam dunia hiburan kita, jadinya harap dia dapat menyesuaikan diri sebagai artis yang berumahtangga dengan artis. Pastinya mesti ada cabaran yang menimpa (biasalah tu.. artis kan...)

Monday, February 28, 2011

HARI INI MELAKA CUTI KE?

Punyalah banyak kereta yang parkir di Bandar Hilir hari ini adalah di luar jangkaan di mana kebiasaanya kalau banyak kereta hanya pada hujung minggu dan cuti umum. Tetapi kenapa hari ini terlalu banyak kereta sehingga mendatangkan kesesakan lalu lintas?

Nak tahu kenapa? Sebenarnya tempat aku bekerja berdekatan dengan Balai Polis Trafik Melaka, hari inikan hari terakhir orang membayar saman trafik, jadinya ramailah yang berpusu-pusu datang ke sini untuk membayar saman. Aku yang terlupa situasi ini ingatkan hari ini ada cuti umum di Melaka atau negeri-negeri lain.

Gambar : Google

Dari luar aku perasan, orang beratur panjang untuk membayar saman. Tu lah.. Lain kali kalau dah kena saman tu, bayarlah awal-awal. Nanti menyusahkan diri sahaja. Ataupun mereka semua mengharapkan kerajaan memberikan diskaun? Entahlah... Lain kali bawalah kenderaan dengan mematuhi peraturan. Aku ni bukan tak pernah kena saman, kalau tak silaplah akhir sekali pernah aku kena saman ialah masa tingkatan 5 (13 tahun yang lalu). Bawak motor tak pakai helmet, polis trafik kejar dari belakang, ingatkan nak lari masuk kampung, tapi rasa macam tak sempat je, akhirnya aku menyerah sajalah.. :p

Aku berpesan pada semua dan diri aku sendiri, kalau sudah kena saman tu, bayarlah awal-awal supaya kita tidak susah kemudian. Satu lagi, cubalah mematuhi setiap peraturan jalan raya. kalau ikut peraturan semestinya kita tidak akan disaman.. :)