Wednesday, February 23, 2011

GAMBAR GEMPA BUMI DI CHRISTCHURCH, NEW ZEALAND

Semalam 22 Februari 2011, Christchurch, New Zealand telah mengalami gempa bumi berskala 6.3 skala Richter. Sehingga kini jumlah kematian dilaporkan ialah sebanyak 65 orang. Di bawah ini disertakan beberapa gambar gemba bumi tersebut untuk tatapan umum sebagai kesedaran betapa hebatnya kuasa Allah S.W.T. Bila mana Dia mengkehendakkan sesuatu, dengan Kun Faya Kun maka jadilah ia.

Kita di Malaysia ini yang tidak terletak di lingkaran gempa bumi seharusnya bersyukur dan lebih mendekatkan diri kepada Allah semoga kejadian seperti ini tidak berlaku di Malaysia. Namun kita tetap bersimpati atas apa yang berlaku di sana, semoga semua kerja-kerja pencarian mangsa yang masih hilang dan kerja-kerja pembersihan dapat dijalankan dengan sempurna.

Bagi pelajar-pelajar Malaysia di sana, harap dapat bertenang dengan musibah ini dan carilah tempat yang selamat untuk berlindung.






Gambar : news.com.au



HAK ASASI ATAU DEMOKRASI?

Peninglah tengok senario politik dunia sekarang. Selepas Presiden Mesir, Hosni Mubarak digulingkan oleh rakyatnya sendiri kini senario seperti ini berjangkit ke negara-negara arab yang lain. Kini, tiba masa pula pemimpin Libya, Muammar Gaddafi sedang menerima nasib yang sama dari kebangkitan rakyat.


Apa yang menjadi persoalannya sekarang, apakah lepas ini banyak lagi kebangkitan-kebangkitan rakyat seperti ini akan berlaku di negara-negara lain? Adakah cara membuat demonstrasi boleh menjamin sokongan terhadap bakal kepimpinan yang baru kelak?

Negara-negara Barat terutama Amerika sekarang dilihat amat menyokong tindakan rakyat Libya yang melakukan demonstrasi jalanan bagi menjatuhkan pemimpin mereka. Namun adakah langkah ini betul dikatakan sebagai Hak Asasi? Kalau ia merupakan Hak Asasi bagi rakyat, tapi apakah Hak Asasi bagi seseorang pemimpin yang dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya. Bukan tidak boleh melakukan demonstrasi, tapi perlulah berdemonstrasi dengan tenang dan aman, bukan dengan melakukan huru hara dan merosakkan harta awam.

Jalan yang baik adalah pilihanraya, iaitu dengan cara Demokrasi. Tengok siapa yang disokong dan dipilih oleh rakyat. Kalau setakat 1 juta rakyat sahaja membangkang dengan melakukan demonstrasi namun ada berjuta-juta lagi yang menyokong pemimpin mereka, adakah patut pemimpin tersebut berundur sebelum masanya?


Jadinya, bagi pemimpin-pemimpin negara yang bergolak dengan kebangkitan rakyat seperti ini, haruslah segera bertindak dengan mengadakan pilihanraya. Sebenarnya, pemimpin tersebut mungkin ditentang oleh beberapa pihak sahaja, namun ramai lagi pihak yang tetap menyokong. Dengan adanya pilihanraya, sekiranya pemimpin tersebut tetap menang, adakah patut dia berundur? Jawapanya tidak, kerana masih ramai yang memerlukan khidmatnya. Sekiranya kalah, barulah boleh berundur. Berundur dengan terhormat, bukan dengan cara yang hina.

Memang adalah satu hak rakyat untuk bersuara, tetapi dalam menjunjung hak tersebut ia tetap tertakhluk pada peruntukan undang-undang. Inilah Hak Asasi yang sebenarnya.




SEDANG BUNTU!

Aduhai.. Takde idea lah pulak beberapa hari ni tanpa entry-entry terbaru. Tak tahu nak cerita pasal apa. Last entry hari Ahad lepas, means aku tak menulis sudah 3 hari.

Gambar : Google ler..

Tapi, walaupun aku tak buat entry terbaru, aku tetap melawat blog-blog followers aku dan mereka-mereka yang tinggalkan jejak di blog aku. Kiranya aku masih berblog walaupun tidak menulis entry terbaru.

Kepada rakan-rakan folower yang sudi melawat blog ini, aku ucapkan...

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Gambar : Google jugak..