Pemain Selangor dan Malaysia, Mohd Safee Sali akhirnya telah memilih pasukan daripada Indonesia sebagai destinasi kariernya. Penjaring terbanyak Piala Suzuki 2010 itu mengakhiri teka-teki ke mana beliau akan bermain akhirnya terjawab dengan memutuskan untuk beraksi dengan Pelita Jaya FC di mana kontraknya diikat selama setahun.
Mungkin ada yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil, namun kita perlu berfikiran terbuka dengan keputusan yang dibuatnya demi untuk memajukan lagi karier beliau sebagai pemain bola sepak. Indonesia merupakan salah satu kuasa bola sepak di Asia Tenggara, justeru itu, adalah relevan sekiranya Safee Sali ingin bermain di sana.
Namun apa yang menghairankan, kenapa beliau memilih kelab bola sepak Indonesia yang tercorot? Adakah dengan kehadiran Safee Sali ke kelab tersebut mampu melonjakkan kelab tersebut ke tangga yang lebih atas? Diharap ada perkhabaran gembira beliau di sana.
Apa-apapun, diharap Safee Sali dapat menunjukan aksi yang terbaik apabila bermain di sana dan secara tidak langsung akan menaikkan nama Malaysia.